14Nov

iBilik Menerima Suntikan Dana Dari Cystal Horse Investments

Web 2.0

iBilik merupakan salah satu web yang membolehkan para pengguna tempatan mencari bilik untuk disewa untuk suatu jangka masa dengan mudah. Sebelum ini, ia dikenali sebagai CariBilik, dan telah dijenamakan semula menjadi iBilik baru-baru ini, disamping memperkenalkan pekhidmatan mereka di Singapura dan Indonesia selain di Malaysia.

Dan menariknya, hari ini, mereka telah pun menerima pelaburan dana kedua daripada Crystal Horse Investments yang berpangkalan di Singapura. Walaubagaimanapun, jumlah dana yang dilabur tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dana yang diterima akan lebih kepada tujuan pemasaran perkhidmatan mereka kelak, selain pada masa yang sama memperluaskan perkhidmatan mereka lagi.

Sebelum ini, iBilik telah menerima suntikan dana pertama pada bulan April 2011 daripada pelabur bebas dari Malaysia, iaitu Tan Swee Yeong, dan setelah lebih kurang 7 bulan, kini mereka menerima suntikan dana kedua daripada Crystal Horse Investments, sekaligus memperlihatkan yang mana ramai pelabur yang ingin melabur pada produk dan perkhidmatan yang dibangunkan di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Crystal Horse sebelum ini telah membuat lebih 12 pelaburan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, dimana telah melabur di 5 syarikat dari Singapura, 5 syarikat dari Malaysia dan masing-masing satu dari China dan juga India.


FeedMalaya Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Innity Kelihatan Di Laman Advertlets
GengBlogger Melangkaui 15,000 Pengguna
Friendster Meminta Penggunanya Membuat Salinan Data Sebelum Data Dipadam
Kini 12 Restoran Di TableFour.us - Versi Web Akan Datang

7 Komen

  1. myFirdaus pada 14 Nov 2011

    semakin meluas laa pengaruh nnti.

  2. Junaidix pada 14 Nov 2011

    hm.. investor skrg dah suka ambil risiko untuk high return :)

  3. naz pada 14 Nov 2011

    Airbnb?

  4. zool pada 14 Nov 2011

    terbaik ni.. lepas ni leh buat ihomestay plak…

  5. Mejuez pada 14 Nov 2011

    Pelaburan hartanah terbaik ! Jual je bilik… focus utama cari umah berdekatan dengan universiti.. pastu beli then sewakan je dekat pelajar…

    >_< Bulan2 boleh dapat untung bersih… hehee

    • Arrul pada 14 Nov 2011

      +1

  6. yapompiow pada 15 Nov 2011

    ibilik sgt mudah!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader