Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang semakin popular hari demi hari adalah peranti berbentuk tablet, dimana sejak daripada iPad diperkenalkan, ia seperti telah memberi nafas baru kepada dunia tablet, dan hampir setiap bulan, terdapat sahaja tablet baru diperkenalkan oleh pengeluar peranti, samada menggunakan Android ataupun platform lain. Dan angka ini juga dijangka meningkat pada tahun hadapan, dengan pengenalan Windows 8 yang mesra skrin sentuh kelak.
Dan untuk memberikan gambaran awal untuk dunia tablet yang semakin meningkat naik, pihak Sortable telah pun menyediakan sebuah infografik menarik, memperlihatkan sejarah dan juga perbandingan dengan peranti lain pada masa sekarang ini.
Jadi, adakah kita boleh melabelkan tahun 2011 ini sebagai tahun tablet?

46 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aku ingat dulu masa mula ipad diperkenalkan, semua mengutuk kata oversized iphone. Baik beli netbook install windows7/linux boleh buat macam-macam.
Sekarang tengok apa jadi. Semua company nak keluarkan tablet masing2.
yang mengutuk tu siapa??
customer kot yg mengutuk
Nak tablet satu ! err
Aku tunggu Microsoft keluarkan OS tablet dia sendiri kot baru beli tablet.. Huhu~
hujung tahun 2012 laaa
huhuhu
lama nyer~~~~
macam2 hal skang….terpulang
em, perkembangan menarik dlm dunia gajet..
the world of tablet….
aku pernah pakai tablet tahun 2003-2004, untuk field work…
time tu, ok dh, tapi boom terus tahun lepas, lepas ipad…hoho~
Samsung akan takeover Apple dlm masa terdekat sbg raja tablet.
Tapi profit apple dalam lingkungan 40% kalau dibandingkan dengan pesaing2 lain dalam 20% je. Tapi tak mustahil samsung akan menguasai dunia tablet.
lepas ni boleh la tengok org tampal sticker samsung kat belakang cermin kereta dari tambal sticker logo apple.
aku tak peduli sapa take sapa. yang penting kita as a user ada byk pilihan dan mereka tak bole kaut untung dan letak harga sesuka hati.
bersepah dowh peranti samsung nih..
sikit2 kluar baru.. mcm enpon nokia dulu2..
tringin nak beli satu.. bila la nak ada sponsor ni? hehe
insyaallah ada rezeki boleh sebat satu ni..
mmg best guna tablet. boleh kata 90% yg pc capable.
harap adobe pun amik inisiatif!
the future is tablet…dgn ada nye cloud services…tak perlu dah pakai netbook ker notebook ker menda..semua ada dalam awan…kena ada internet connection jer which is not a big problem nowadays..
aku pakai galaxy tab 10.1…klu lepak mapley tuh, ramai ler mata yg memandang…kekekeke
internet x per,
Malaysia jer msih masalah.
Overprice, c(R)apping, coverage rendah
entah laa, bila Malaysia nk maju cam negara jiran kita tuu~~~
yang ni agak setuju. kalau nak harga murah kena lah ade lebih ramai pesaing dengan servis capaian internet yang lebih bagus dari segi coverage dan jugak perkhidmatan. kalau jadi camtu mungkin internet akan jadi lebih murah. tapi nak tunggu tu lambat lagi lah. kena tunggu internet meluar dulu sampai ke kawasan sub-urban.
sekarangnya trend, mudah, ringkas dan bergaya. tablet mmg terbaik..
Dah jadi macam benda patut ada bagi kaki online ..
kebetulan artikel akademik yang aku tulis discuss pasal end of pc era, and rise of smartphone and tablet
http://enandroid.blogspot.com/2011/11/pc-era-end.html
wehuuuu
org2 kaya je beli ni….
tak boleh boh
aku tetap prefer pc
what is more stable than that
nak buat muat turun haram file 4-5 gb atau bluray
tablet tak boleh buat
ler..sapa bilang tablet tak leh…aku selamba jer donlod terranova ke dlm tablet aku…dh siap sampai enam episod g…kalu nak extra drive…cucuk jer usb adapter..abis citer…there’s nothing lappy can do that tablet cant do…kekekek
yeahhh
tablet utk lite-user ok la
tablet takleh main dota. hehehe.
+999999
+10000000000000000
bleh jer..tapi kena hack dulu…
trololol tu yang tak bestnya tablet..main garena tak lepas..haha
tablet utk d bwa kemana2 je…
tp klu laptop,dekstop utk sesuai la utk krje2 yg bert..
yeah,tablet utk simplicity and easy-going punya material
kaki online layan facebook 24-7 boleh la pakai
tapi, pc era tak boleh mati, pc not dead
melainkan kalau tablet boleh dimanufacture jadi powering equip mcm pc
aq rasa komputer lagi mudah,sebab komputer lebih cepat bergerak,komputer boleh buat banyak bende dlam satu masa.komputer lebih jelas…tapi kalu dekat luar,tablet la lagi baik,mudah untuk bergerak berbanding laptop.lagi satu,tablet ade banyak applikasi yng menarik.sebenarnya,dua² terbaik,cuma kene tengok keadaan la.tablet untuk tempat yng kene bejalan.laptop untuk dlm rumah,kdai mamak,office.
akhir zaman
hehe..
aku rasa facebook tergolong dalam salah satu faktor peningkatan penjualan tablet.. mungkin mendiang steve job dah menjangkakan demam social network sejak dulu lagi. peh, kalau macam tu aku menjangkakan lagi 10 tahun, tmnuts bangkrap. kah kah
betul, fb jadi salah satu faktor penting
cakap la nak cakap ape pun… pc penting jugak…
Tablet cannot replace PC. Tablets got their plus points and PC have theirs too.
aku tetap prefer laptop/pc sebab untuk buat keje tablet sangat tak tak sesuai.. nak research bahan kat intenet nak bukak tab banyak2 mustahil.. nak buat keje programing memang out la dengan keyboard yang takde feel. tak leh nak bukak banyak banyak2 program/software/apps banyak serentak, tak leh main game power2 cth COD:MW3, BF3, NFS, banyak la kekurangan tablet ni. n paling penting takleh tekan ALT + TAB hhehe..
tapi bergantung pada tujuan masing masing la dan untuk orang macam aku je la tak sesuai.. yang lain nak buat keje kat site ke, online ke anugrah skrin ke ok la kot..
tablet xleh lawan pc dari segi performance dan grafik, tapi tablet mungkin ada kelebihan bila nak bawa kemana saja dengan menggunakan fungsi cloud…
main game power2 sekarang cam crysis pun leh gune cloud…
tapi di malaysia nampaknya fungsi tu xleh digunakan
Sekali lg Apple mengubah gaya hidup.