15Nov

Apple Melancarkan iTunes Match Pada Harga ~RM79 Setahun

Apple

Hari ini, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini untuk perisian popular mereka, iaitu iTunes 10.5.1 yang mana menariknya bersama-sama dengan kemaskini tersebut, ia membawakan iTunes Match versi Beta kepada semua pengguna, membolehkan mereka menyimpan lagu-lagu kegemaran mereka di perkhidmatan-awan dari Apple, iaitu iCloud pada hanya $24.99 (~RM79) setahun.

Melalui iTunes Match, ia membolehkan para pengguna mengimport semua lagu mereka, termasuk daripada CD dan menyimpannya di iCloud. Kemudiannya, para pengguna boleh memainkan kembali lagu-lagu ini terus melalui peranti iPhone, iPad, iPod Touch, Mac atau PC dengan mudah, dimana sahaja anda berada.

Walaubagaimanapun, memandangkan ia mengambil data lagu, dan menyamakannya dengan yang terdapat pada koleksi lagu di iTunes, berkemungkinan beberapa lagu pada koleksi anda mungkin tidak terdapat pada iTunes, dan mungkin tidak disimpan padanya. Namun, dengan 20 juta lagu yang kini terdapat di iTunes, mungkin kebarangkaliannya adalah rendah.

iTunes Match juga tidak mengambil kira ruangan storan di iCloud anda, membolehkan anda menyimpan lagu tanpa had padanya. Jadi, adakah anda akan terus menyimpan lagu di cakera keras komputer, ataupun menggunakan perkhidmatan iCloud ini pada harga $24.99 (~RM79) setahun?


Generasi iPhone Seterusnya Di Panggil iPhone HD?
Mac OS X Lion Bakal Membawakan Integrasi Perkomputeran Awan?
iPhone Generasi Baru Seawal 16 Ogos?
Apple Bakal Melancarkan iPod Touch Dalam Variasi Warna Putih?
Kini, Anda Boleh Menggunakan Siri Pada iPhone 4

15 Komen

  1. syamilshahimi pada 15 Nov 2011

    Since most Malaysian simpan lagu2 pirate, agak2 iTunes Match boleh baca tak? Ada tak yang berani nak subscribe?

    • rizuani pada 15 Nov 2011

      apa risau..itunes replace dgn yg ori la nanti..kalau kira2 sebulan dlm RM7 ja..lagipun itunes tak buka purchase lagu sebelumnya dari itunes store..ni sudah elok la ni.. :)

  2. rizuani pada 15 Nov 2011

    sangat berbaloi…

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 15 Nov 2011

    berbaloi! camne nak beli?

  4. Beburung pada 15 Nov 2011

    Tak tau la dh ada kt malaysia atau tak.

    Tapi ingat, seperti kebanyakan music store lain, lagu yg dimuaturun dari iTunes akan ada Apple ID kita pada metadata kat file tu. So use digital song responsibly, jangan upload lagi.

  5. Ikmal pada 15 Nov 2011

    Berbaloi-baloi~
    HAHA

  6. Neo pada 15 Nov 2011

    Kat malaysia dah ada ke itune store. Setau aku app store je la

  7. Ismail pada 15 Nov 2011

    senang kalau icloud ade…..terus connect kat itunes kat rumah walau guna iphone di luar

  8. bacteria82 pada 15 Nov 2011

    Rasanya iTunes Match ni hanya utk US buat masa sekarang

  9. Arrul pada 15 Nov 2011

    ape2 pun mmg berbaloi-baloi… :D hahahah xyah susah2 pnuh kn lgu dlm ifon smpai 4-5gb atau lbih…smpn dlm iCloud…kn dah jimat ruang tu..ekekeke

  10. Hazriq Ishak pada 15 Nov 2011

    very nice kot. but sadly, US only for now. Even UK pun dijangka akan mendapat servis ini pada tahun 2012.

  11. barak pada 16 Nov 2011

    berbaloi ke nk bli nie?adui2…smue nk bli..

  12. gigikuku pada 16 Nov 2011

    main lagi sync dari cloud?..kena ada internet dan laju la?.. :\

    • gigikuku pada 16 Nov 2011

      *lagi=lagu

  13. irfan pada 19 Nov 2011

    xmampu den kalau mcm ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader