02Nov

Jualan Peranti Nokia 600 Dibatalkan – Tiada Sebab Pasti Diketahui Buat Masa Ini

Gajet

Ingatkah lagi dengan peranti Nokia Symbian Belle yang pernah diumumkan sebelum ini, iaitu Nokia 600. Kini, ia disahkan yang mana Nokia tidak akan mengeluarkan peranti tersebut ke pasaran, dan sebab disebaliknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Sebelum ini, Nokia 600 telah pun diumumkan untuk jualan pasaran Malaysia pada harga RM740, dan disasarkan untuk jualan pada suku tahun ke-empat ini.

Buat masa ini, sebab disebalik pembatalan peranti tersebut tidak diketahui lagi sepenuhnya. Namun apa yang dapat dilihat adalah dimana Nokia telah pun mula membuang dan memadamkan semua halaman web dengan maklumat peranti tersebut.

Pada masa yang sama, pada bulan lepas, Nokia telah pun melancarkan peranti baru mereka, Nokia 603, mungkin merupakan sebagai ganti kepada Nokia 600 yang dibatalkan jualannya kepada umum. Kami akan cuba mendapatkan maklumbalas pihak Nokia berkenaan dengan pembatalan ini.

Terima kasih kepada pembaca Amanz yang menghantarnya semalam. Kami lupa untuk bookmark nama.


Pelan Dan Pakej iPhone DiGi Tersebar Di Internet
BlackBerry AppWorld 3.0 Bakal Dilancarkan Untuk Semua Minggu Depan
BlackBerry Bold 9900 Daripada DiGi Seawal 29 Ogos Ini
HTC Mengumumkan Dua Peranti Mango Baru - HTC TITAN Dan HTC Radar
Peranti Pertama Boot-To-Gecko Akan Dilancarkan Pada Awal 2013

16 Komen

  1. seybegon pada 02 Nov 2011

    apa sudah jdi ni..

  2. Blaze pada 02 Nov 2011

    Paling tak bole bla comment yang atas comment nokia tu. huhuhu

    • snazzybizarre pada 02 Nov 2011

      haha… cannot go r xD

  3. Luxuryhost pada 02 Nov 2011

    Aduiiihhh…. Aku tunggu yang 600 nie la… nilai terbaik untuk hp bawah 800

  4. imran pada 02 Nov 2011

    haah kempunan……

  5. amirzaim pada 02 Nov 2011

    Hardware fault atapun ada orang ghaib yang cuba suruh Nokia tarik balik pasaran hanset symbian ni…mesti komepeni M$ si keparat kapitalis punya kerja!!!

    • Beburung pada 02 Nov 2011

      errr…ang macam salah tempat je ni.

    • rizuani pada 03 Nov 2011

      Tanya la microsoft..

  6. azwan11 pada 02 Nov 2011

    haha lawak gila komen brader tu.

  7. rizuani pada 03 Nov 2011

    nampaknya Belle OS dah nak sampai masanya nak kena simpan awal…

  8. azul pada 03 Nov 2011

    Trime kasih pd pihak amanz.my kerana memberi info tersebut.

  9. azul pada 03 Nov 2011

    Mungkin ia adalah KILLER FON ngan harge murah yg mane bleh mengugat jualan fon Nokia spt model Lumia berasakn Windows Phone OS..

    • Beburung pada 03 Nov 2011

      Deduksi yang langsung tak make sense. Kalau macam tu kenapa lak Nokia masih nak keluarkan model 603?

      Mungkin antara design flaw atau Nokia nak kecilkan sket portfolio telefonnya. Senang sikit untuk support kalau tak shotgun market dengan pelbagai model yang hampir2 je fungsinya, ye tak. Smart move by Nokia.

  10. Mohd Zohri pada 03 Nov 2011

    mungkin ad masalah hardware tu…xkn senang2 je nak batalkan sebab lagi seminggu je nak ke market..

  11. nur pada 03 Nov 2011

    ade sebabnyer. mesti diketahui last minit.

  12. tiki pada 11 Nov 2011

    sebabnye takut jadi kes saman menyaman cth kes samsung & iphone disebabkan patented ‘look & feel’ , interface nokia ni nk ade iras iphone dah , takut kena saman je nt


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader