02Nov

Kemaskini Android 3.2 Honeycomb Diperkenalkan Untuk Pengguna Xoom Tempatan

Gajet

Para pengguna Xoom tempatan semestinya gembira hari ini, apabila setelah dinantikan, hari ini Motorola telah pun memperkenalkan kemaskini Android 3.2 Honeycomb kepada para pengguna tempatan yang menggunakan Motorola Xoom WiFi yang mana sebelum ini telah dipasarkan bersama-sama dengan pihak Maxis, selain pada masa yang sama turut ditawarkan secara berasingan melalui pengedar rasmi mereka.

Melalui kemaskini Android 3.2 Honeycomb yang diperkenalkan, ia membawakan beberapa penambahan baik pada tablet Android Honeycomb pertama itu, membawakan sokongan aplikasi QuickOffice versi penuh secara percuma, sokongan MotoPrint untuk mencetak terus menggunakan WiFi, dan dioptimasikan untuk beroperasi dengan lebih pantas lagi.

Bagi mereka yang memiliki tablet Motorola Xoom, anda boleh mengemaskininya hari ini, sementara menunggu untuk Motorola memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich diperkenalkan setelah ianya dilancarkan kelak.

Terima kasih Firdaus.


Android dan Chrome OS Bakal Disatukan?
Intel Bakal Memperkenalkan Oak Trail Esok
DiGi Bakal Menawarkan Pakej Khas HTC Evo 3D Tidak Lama Lagi
Gambar Nokia Searay - Peranti Windows Phone Dari Nokia Diperlihatkan
Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada 22 Mei Kelak?

4 Komen

  1. makangajet pada 02 Nov 2011

    lagi mudah ~

  2. IkmalRedza pada 02 Nov 2011

    Bagaimana dengan model 3G & WiFi? Janganlah hanya untuk pelanggan Maxis sahaja…

  3. Juan pada 02 Nov 2011

    mahal x motorola nih

    • IkmalRedza pada 02 Nov 2011

      Boleh tahan gak. Nak angkat aku punya Xoom tak? :p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader