01Nov

Kinect Menghampiri Ulang-Tahun Pelancaran Pertama – Lebih Banyak Perkara Menarik Bakal Dibawakan

Microsoft

Salah satu produk menarik daripada Microsoft selain Windows Phone, Windows 8 dan Xbox adalah Microsoft Kinect, yang mana membawakan kebolehan untuk mengawal pelbagai perkara dengan mudah melalui pergerakan dan juga suara. Pelbagai perkara baru telah diperkenalkan kepada umum sejak Kinect diperkenalkan, dan kini Microsoft menyambut ulang-tahun pertamanya dengan sebuah video ringkas.

Melalui video yang dinamakan sebagai Kinect Effect itu, ia memperlihatkan kegunaan Kinect sehingga kini, dan apa yang ia berupaya lakukan sepenuhnya pada masa hadapan. Selain daripada pada permainan, Kinect juga turut sama membawakan pelbagai perubahan pada dunia perubatan.

Tentunya Kinect bakal membawakan pelbagai perkara menarik lagi, dan ia kini diperkatakan yang mana Kinect juga bakal disokong melalui Windows 8 kelak, membawakan platform tersebut ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Sama-sama kita nantikan perkembangan dunia teknologi Kinect ini.


IE8 Penamat Pelayar Internet Explorer?
Windows 7 Di Lancarkan Di Malaysia
HTC HD7 Akan Mula Di Jual Jumaat Ini Oleh Maxis
Microsoft Turut Sama Dalam Perbincangan Bersama Skype?
Windows Phone Mango Pada 1 September Kelak?

10 Komen

  1. fadfahmi pada 01 Nov 2011

    Kinect + SIRI = the future

    • Beburung pada 01 Nov 2011

      +1

    • Meleis pada 01 Nov 2011

      Kinect + Siri = sains fiksyen di alam nyata.

      Senang sket wat baju Iron Man dalam autocad.

    • BikMama pada 01 Nov 2011

      Kinect – the one and only device like that
      SIRI – overrated..android users have been using voice control for years

  2. imran pada 01 Nov 2011

    terbaik cool

  3. Beburung pada 01 Nov 2011

    untuk anniversary kat US dia bagi game Child of Eden free dalam kinect bundle.

    kat sini…. :-(

  4. Aikhil pada 01 Nov 2011

    Kinect mmg sesuatu yg sempoi.. + dgn xbox = mmg terbaik!

  5. Arrul pada 01 Nov 2011

    wow…..free hand je? mmg smpoi….!

  6. Kambing Bek2 pada 01 Nov 2011

    aku mmg dah ada kinect!! kome mmg patut beli mmg superb giler!! all motion~ klau nk main movie..ckp jer ”xbox play”..pastu klau nk pgi dashboard ckp ”xbox dashboard” semart weh!! ayah aku tiap2 ptg main tennis kt kinect tu..dah mcm main btoi!! fuh dashyat tau!!

  7. makangajet pada 02 Nov 2011

    syok!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader