Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua sedia maklum yang mana Facebook sebelum ini telah pun memperkenalkan fungsi panggilan video hasil kerjasama bersama-sama dengan pihak Skype milik Microsoft. Dan kini, melalui kemaskini aplikasi Skype yang diperkenalkan oleh pihak Skype, para pengguna Skype kini boleh terus membuat panggilan video kepada rakan-rakan Facebook mereka dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut.
Untuk memulakan panggilan video, terlebih dahulu, para pengguna perlu menghubungkan akaun Facebook mereka bersama-sama dengan akaun Skype, dan seterusnya hanya perlu memlih nama rakan mereka di Facebook, dan seterusnya terus membuat panggilan terus menggunakan aplikasi Skype.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Skype 5.4 Beta untuk Mac ataupun Skype 5.7 Beta untuk Windows. Sesuatu perkara yang amat mendukacitakan adalah kerana masih tiada sokongan Facebook diperkenalkan untuk versi Linux.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tue ler susahnyer klo yg punya skype adalah pengluar windows
Amanz, dengar cita Microsoft nak letak fungsi Bing Cam yakni fungsi chat webcam pada laman search enjin mereka. Betul ke???
wow
YAY (Y)!
kdg2 payah gak. sbb kita online skype tp contact dekat fb nampak kita online gak…
lebih baik call direct kat fb jek
aq lgi ske webcam gne skype….yeeppiii!
ada sesiapa nak bangkitkan isu video call ni agenda Yahudi nak jatuhkan Islam? trololol
Aku tak guna skype
best!
wowww