Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun telah memperlihatkan Android 4.0 sebelum ini ketika pelancaran Samsung Galaxy Note bulan lepas, pihak pembangun Android, atau secara ringkasnya, Google, masih lagi belum mengeluarkan dan melancarkan kod sumber Android 4.0 secara rasmi. Kini, dengan acara khas Android yang disasarkan pada 16 November (17 November waktu tempatan), ia diperkatakan Google akan melancarkan pada tarikh tersebut.

Dengan pelancaran Android 4.0 Ice Cream Sandwich kelak, ia bakal menjadikan segala tablet Android di pasaran dan juga telefon pintar Android dipasaran serasi dan menggunakan platform yang sama, sekaligus memudahkan para pembangun mengeluarkan kemaskini aplikasi mereka, disamping Google sendiri mengeluarkan kemaskini untuk Android.
Sehingga kini, peranti yang diketahui menggunakan Android Ice Cream Sandwich hanyalah Samsung Galaxy Nexus, dan beberapa pengeluar lain seperti HTC dan sebagainya telah mengeluarkan kenyataan mereka akan mengeluarkan kemaskini platform tersebut pada tarikh tersebut.
Mungkinkah kita akan turut melihat pelancaran beberapa peranti baru pada hari tersebut kelak?
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
minta2 ada support untuk mini, unofficial pun dah ok
galaxy mini kalau fully supported by Cyanogenmod, insya-Allah ada…
mesti ada pnye.
4 hari lagi
apa beza 4.0 dengan 3.0 ?
3.0 untuk tablet, 4.0 untuk phone. kalau salah, minta betulkan
betul tu…4.0 utk tablet & phone…
4.0 untuk tablet dan phone
4.0 untuk tablet boleh buat calling..
Semoga cepat-cepat kemaskini cyanogenmod…
Minta2 boleh di update … >_<
Apa yang pasti samsung ketinggal untuk support update untuk device yang sebelum ini, pernah dengan pengguna Samsung Galaxy 5 mendapat kemaskini? kalau tak silap masih belum ada kemasakini. salah satu sebab aku masih belum tertarik dengan Android,
Iphone walaupun iPhone versi pertama masih mempunyai kemaskini sehingga sekarang.
just stay dgn iphone je bro.
Will Samsung Galaxy S2 get ICS update? I wonder. :O
Q2 2012
Oh..4.0.. agak2 sesuai utk phone 1 core x?
Terbaik
awesome la!
tablet & phone…2-2 bleh halo2…