Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lebih awal daripada apa yang disasarkan, dimana hari ini, Google telah pun mengeluarkan kod sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada umum, membolehkan para pembangun, dan juga pengeluar tablet memuat-turun kod sumber terbuka untuk Android versi terkini yang mesra telefon pintar dan tablet itu tanpa sebarang kos.

Untuk makluman, setelah Google tidak lama mengeluarkan Android yang dioptimasikan untuk tablet dibawah lesen sumber terbuka, iaitu Android Honeycomb, ini merupakan versi pertama yang dikeluarkan oleh Google. Perkara ini sebelum ini telah mengakibatkan beberapa pengeluar yang tidak berurusan terus dengan Google untuk menggunakan Gingerbread pada tablet mereka. Namun, mungkin kini kita boleh nantikan kemaskini Ice Cream Sandwich diperkenalkan untuk semua, yang mana lebih dioptimasikan untuk tablet.
Pada masa yang sama, mungkin juga kita akan dapat melihat pembangun bebas yang mengeluarkan kemaskini untuk peranti semasa dan juga peranti yang lama, seperti CyanogenMod dan sebagainya, turut mengambil peluang ini, mengeluarkan kemaskini berasaskan Ice Cream Sandwich tidak lama lagi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun kod sumber Android secara terus melalui halaman rasmi mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yeah..akhirnye..menunggu Darky Rom utk update ICS 4.0
Terbaiklah Google. Pantas. Sure Cynogen pantas update ROM
custom ROM
CM9 is coming!
+1.. ternanti2. tapi miui dah release versi ice cream..
Miui br framework.. blum add feature lg.. dah ade source code nanti btmbh feature ics..
Steve kondiks annouce dlm google+ CM9 release in 2month from now..
yes! dev lepas ni kena push la..
terbaek…dh terbayang custom ROM yang mantap2 nih…hahah
Oh yeahhh.. cyanodgen ftw.. bye bye touchwiz
donloding.. wakaka.. XD
building~ wakaka… XD
Bila source code release, pasni akan belambak phone & android tablet murah2 kat pasaran mgkin buatan cina atau jugak malaysia. 2012 mesti sgt menarik!
tengok je lah……..merasa belum lagi.
yup.. sama la kite nie.. huhu
rilek lu….
ahaha
I’ll be waiting for CM9 & AOSP Rom…
wahh dah release mula bitau aritu Q1 2012 huhu
Jom buat malaysian nye after market rom..1malaysiaMod..haha
android rules!
Google semakin mesra pengguna!