11Nov

Laku.my Memperkenalkan Pusat Direktori Untuk Penipu Internet – API Bakal Diperkenalkan

Sekuriti, Web 2.0

Ingatkah lagi dengan laman Laku.my yang pernah kami tulis sebelum ini? Kini nampaknya mereka telah mempunyai senarai pengguna yang tersendiri, dan menariknya, turut melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah pusat khas untuk melaporkan senarai nama mereka-mereka yang melakukan penipuan atas talian.

Selain hanya menjadi direktori untuk mengumpulkan nama senarai pesalah laku, pembangun laman web Laku.my juga turut sama mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan API umum untuk semua pembangun, dimana kelak pembangun lain boleh menggunakannya dalam pembangunan laman mereka, serta mengurangkan bilangan mereka yang melakukan penipuan jualan di internet ini.

Buat masa ini, tiada API yang diperkenalkan lagi, dan mungkin akan dilepaskan dalam masa beberapa minggu lagi. Para pengguna dan pembangun boleh melihat senarai nama yang tersenarai pada laman Laku.my melalui halaman Scam Fraud Centre padanya.


Carian Nama Kembali di Twitter
Plugin Butang Sosial Amanz Untuk WordPress Dilancarkan
Perisian Antivirus Dan Keselamatan - Avast! 7 Sedia Dimuat-Turun
Zynga Mengumumkan Platform Permainan Sosial - Zynga.com
Permainan Where's My Chicken Dikemaskini - Membawakan Tahap Permainan Baru

20 Komen

  1. Lisa pada 11 Nov 2011

    Thanks Amanz

  2. Syukri Lajin pada 11 Nov 2011

    laku.my..noted.. napa tak guna tipu.me.. kan lawa.. hohoho

    • Lisa pada 11 Nov 2011

      Laku.my adalah marketplace

      • Syukri Lajin pada 11 Nov 2011

        ooo.. silap sudah.. hoho.. yg rekod pasal penipu ni cuma dari laku.my ke report dari website2 lain pun ada gak?

        • Lisa pada 11 Nov 2011

          akan dikumpulkan dari website lain juga.

          • Syukri Lajin pada 11 Nov 2011

            nicee.. :D ada kerjasama dengan cyber999?

  3. ali mamak pada 11 Nov 2011

    thanks… ade gak bnda2 cmni ye

    • Lisa pada 11 Nov 2011

      benda2 macam ni memang perlu sangat :)

  4. scromix pada 11 Nov 2011

    penipu berdasarkan ape? kalo report je, letak name sape2 pn dah bersalah hu3

    • Pisyek pada 11 Nov 2011

      boleh clear balik kot bila dah slowtalk dengan admin. hehehe. :D

  5. Mejuez pada 12 Nov 2011

    Report lah pape pun… Kasi je depa IP Adress si pesalah.. Suh je Laku.my ambil tindakan.. ahahah pape pun terbaik!

  6. Lisa pada 12 Nov 2011

    @Syukri Lajin – kita berharap dapat bekerjasama dengan SKMM dalam membendung masalah conman di malaysia ini

    • IkmalRedza pada 12 Nov 2011

      Bagus. Mungkin boleh juga buat kerjasama dengan PDRM? Tahniah saya ucapkan.

      • Lisa pada 12 Nov 2011

        erm. kita akan usahakan supaya masalah penipuan dapat dikurangkan

    • Syukri Lajin pada 12 Nov 2011

      nicee~ ramai dah skrang.. lagipun tak ramai tahu apa nak buat kalau dah kena tipu.. paling2 report dekat bank dierang balik.. sy sendiri pun rasanya tak pasti apa perlu buat kalau kena walaupun ada asas iT.. :(

  7. ADSERVER DOT MY pada 12 Nov 2011

    Nice!

    Conman is the real culprit that menace our Malaysian local net industries, sigh ~

  8. naz pada 12 Nov 2011

    sorry, nak tanya, tak paham. huhu. camne Laku.my detect teh real scammer? ada special investigation ke? LOL. kalau tak, sesapa pun boleh jadi “salah”, even kalau orang dengki dgn bisnes pesaing, boleh jadikan pesaing tu penipu walaupun tak salah, nampak macam senang nak submit kat Laku.my. LOL. bahaya. (dah pernah jadi kat facebook satu masa dulu)

    • Lisa pada 13 Nov 2011

      Hi naz.
      Nnti kita akan buat butang “devote me”, so dia boleh buang dia as scammer/conman. Kita akan hubungi kedua-dua belah pihak jika terjadi kes seperti ini.

      Secara random nnti, kita akan contact submitter untuk verification.

      • IkmalRedza pada 22 Nov 2011

        +1

        API bila nak keluar?

  9. atieyy pada 14 Nov 2011

    alahai…ketinggalannya saya…baru tau ada laku.my…thnx 4 da info…senang la lps ni bila dah ada satu database khas mcm ni…tahniah pd yg membangunkan laman ni!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader