Cari @ Amanz

Salah satu laman blog popular di Malaysia adalah blog milik Perdana Menteri kita sendiri, iaitu Najib Razak. Namun amat mendukacitakan, dengan dunia sekuriti web yang semakin menjadi tumpuan ramai, salah satu halaman pada laman 1Malaysia.com.my telah pun digodam, dan mesej padanya masih boleh diakses sehingga ketika artikel ini ditulis.

Tiada sebarang mesej yang ditinggalkan pengodam tersebut, selain hanya meninggalkan mesej yang mana laman tersebut telah digodam oleh g3mb3lz. Tiada sebarang perkara yang dipadam dan sebagainya buat masa ini, dan mungkin perkara ini dapat diatasi dengan mengubah kebenaran folder tersebut, dan membuang fail pada folder yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd