Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan Asus Transformer Prime yang disasarkan untuk memasuki pasaran Malaysia sekitar Januari tahun hadapan, kini Lenovo turut sama melukis langkah awal, dimana kini dilaporkan yang mana Lenovo bakal kelak memperkenalkan tablet empat-teras menggunakan NVIDIA Tegra 3 mereka yang mana turut menggunakan Android Ice Cream Sandwich padanya.

Selain daripada itu, tablet baru daripada Lenovo ini turut sama diperkatakan akan membawakan RAM 2GB, slot khas untuk sambungkan storan USB, kamera belakang, cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz NVIDIA Tegra 3, dan juga bahagian khas untuk imbasan cap jari pada bahagian belakang untuk sekuriti dan keselamatan tambahan.
Selain daripada itu, informasi berkenaan dengan tablet terbaru daripada Lenovo yang masih belum diumumkan lagi ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Ia disasarkan yang mana Lenovo akan memperkenalkan tablet 10.1-inci mereka ini sebelum penghujung tahun ini.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Terbaik lahhh… Gila kentang RAM 2 Gb tu…. dah mcm ram notebook je… zaman ni memang tak sah kalau tak rembat satu tablet ni…..
Best ni!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak
itu pun selepas Apple launch ipad.
kluar lg yg baru..
Nasihat aku kalau harga mahal baik amik macbook air 11.6″ SSD sangat berbaloi..
Dasyat ni. Tpi aku ttp nak asus transfomer prime sbb aku pakai laptop ASUS. Hahaha. Tpi betol gak. Kalau mahal baik beli macbook air. Pastu aku pun tukar lah pakai iphone.
iPad 3 yang akan dilancarkan pada Februari 2012 juga akan dilengkapi A6 (pemproses empat teras). Persaingan yang sihat dan ia baik buat pengguna.
Tak jadilah saya mau angkat Prime. Nampak Lenovo ni lagi cantik dan murah. Tapi rtikel.com sakap iPad 3 pun mau kuar Februari. ermmm tunggu raya cina la angkap Ipad 3 mcm tu.
nice.
byk choice tablet
RAM 2G.gile ah
byk gler tablet, satu pon aq mrase lagi…T.T
gile kentang 2GB RAM