30Nov

LinkedIN Memperkenalkan Rangkaian Sosial Mereka Dalam Bahasa Malaysia

Web 2.0

Salah satu laman sosial professional terkemuka di dunia adalah LinkedIN, yang mana membolehkan mereka yang bekerja mempunyai identiti professional mereka tersendiri. Menariknya, kini dilihat LinkedIN telah pun memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia, dengan menyediakan perkhidmatan mereka sepenuhnya dalam bahasa Malaysia, membolehkan lebih ramai pengguna tempatan menyertainya.

Menurut LinkedIN, kini terdapat lebih daripada 135 juta pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, yang membolehkan mereka daripada industri yang sama dan juga berlainan berhubung antara satu sama lain, disamping memperluaskan kenalan dalam industri dan juga berhubung dengan antara satu sama lain, sekaligus membolehkan masing-masing memperluaskan perniagaan mereka.

Ia juga dilaporkan LinkedIN mempunyai lebih daripada 700,000 pengguna di Malaysia, dimana tiga industri yang paling popular di LinkedIN dikalangan pengguna tempatan adalah industri IT, Minyak dan Gas dan juga industri pendidikan.

Terima kasih Marzuki.


Facebook Lite Sebagai Pencabar Twitter?
KLFB Menggunakan Plugin Pendaftaran Sosial Facebook
Aplikasi Android Oh!MediaFM Kini Dalam Pembangunan
Flvrd Terpilih Untuk Menyertai Startup Chile
Social Media Week 2012 Bakal Memperlihatkan Lebih 15 Startup Bertanding

10 Komen

  1. fairuz pada 30 Nov 2011

    Terima kasih kerana memperkasakan Bahasa Melayu. Tapi masih pelik ramai developer Melayu masih segan nak menggunakan bahasa melayu dalam pembangunan aplikasi mereka.

    • alraubi pada 30 Nov 2011

      setuju…masih ramai pembangun (developer) seolah-olah malu menggunakan Bahasa Melayu dalam teknologi maklumat komunikasi.

    • EddyGeek pada 30 Nov 2011

      ramai menganggap bahawa bahasa inggeris membuatkan mereka kelihatan profesional. =_=

      • khairil pada 30 Nov 2011

        +1

  2. Ikmal pada 30 Nov 2011

    nice!

  3. topo pada 30 Nov 2011

    fuh menarik! aku baru nak berjinak-jinak dengan linkedin ni

  4. IkmalRedza pada 30 Nov 2011

    Serius wei LinkedIn ni tak macam JobStreet semua tu bagai. Kat sini diaorang punya HR sendiri yang cari orang, email, telefon semua tu. Jobstreet? Sampai sekarang tak pernah satu call/email pun yang aku terima. Pfftt…

    • van der Rui pada 30 Nov 2011

      ???
      LinkedIn ni job portal ke? Aku dapat je emel dari Jobstreet (Job Alert)…

  5. ZoOL pada 30 Nov 2011

    Eh? baru tau ke yg LinkedIn ada versi BM.. Aku ada akaun kat situ utk cari kenalan bisnes oil & gas.. hehehe..

    Sape2 yg terlibat secara direct/indirect dgn company/contractor oil and gas.. sila e-mail aku yea :P

  6. muhammad fakhruddin pada 01 Dec 2011

    Bahasa jiwa bangsa, walaupun di alam maya ;)


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader