30Nov

Microsoft Menyediakan Demo Windows Phone Berasaskan Web Untuk Android Dan iOS

Microsoft

Windows Phone boleh dikatakan masih lagi kurang popular di Malaysia dengan pelancaran penuh Marketplace yang masih lagi tidak diketahui bila. Namun, Microsoft masih lagi tidak berputus asa, dimana kini mereka memperkenalkan sebuah demo khas untuk para pengguna iOS dan juga Android mencuba terlebih dahulu beberapa perkara asas pada Windows Phone.

Untuk menguji Windows Phone pada telefon pintar Android atau iOS anda, hanya perlu melayari sebuah laman khas, iaitu laman WP Demo, dan seterusnya, anda boleh menggnakan beberapa perkara asas. Walaupun ia tidak memberikan fungsi penuh dan lancar seperti pada telefon Windows Phone yang sebenar, ia masih boleh digunakan dalam menguji fungsi asas pada Windows Phone.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menguji demo Windows Phone yang disediakan oleh Microsoft, dan membuat keputusan sebelum membelinya dengan lebih mudah.

Terima kasih Arshad


Apakah Masa Depan Silverlight?
Bing Akan Diintegrasikan Pada BlackBerry Selepas Ini
Pembangunan Windows 8 Beta Akan Dimulakan Pada Julai?
IE10 Platform Preview 2 Dilancarkan Untuk Pembangun
Microsoft Memperlihatkan Perubahan Tetingkap Explorer Pada Windows 8

4 Komen

  1. Arrul Kamarrul pada 30 Nov 2011

    Gila cool!

  2. hadi pada 30 Nov 2011

    Windows Phone 7 dengan kotak2 yang membosankan…. nk rotate landscape pon xbleh…. dan boo jugak kepada windows 8 yang juga bosan dgn kotak2 yang membosankan…. xpandai design langsung….. Harap2 nnti keluar uPhone Ubuntu taun 2014 nnti….

  3. syamilshahimi pada 30 Nov 2011

    WP7 memang best. UI memang cantik + transition yang smooth. Visual people will love it. Sayang, Marketplace kat Malaysia xde lagi, nak mengharapkan Marketplace Singapore aje =(

  4. zerous pada 30 Nov 2011

    best la bila try pakai phone…rasa macam pakai wp laks…kreatif la microsoft. cara yang bagus membawa wp kepada target buyer.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader