Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan perkhidmatan jalur-lebar yang menetapkan had penggunaan data pada setiap bulan, mungkin anda ingin mengawal penggunaan data dan menguruskannya dengan mudah, supaya tidak terlebih guna dan menjejaskan kelajuan pelayaran anda kelak. Fungsi seperti ini diintegrasikan pada Android Ice Cream Sandwich, dan para pengguna desktop Windows boleh mengetahuinya dengan mudah melalui aplikasi yang dinamakan Networx.
Selain daripada menguruskan dan memperlihatkan penggunaan data dalam bentuk grafik dan juga angka yang menarik, ia juga turut menyertakan integrasi bunyi dan audio, membolehkan ia mengingatkan anda sekiranya rangkaian tidak dapat diakses, ataupun mempunyai sebarang aktiviti yang tidak diingini, seperti kapasiti muat-turun data yang tinggi dan sebagainya.

Networx juga pada masa yang sama menyertakan beberapa aplikasi ringkas, membolehkan anda mendapatkan maklumat mengenai rangkaian yang anda gunakan, serta menguji dengan mudah seperti Ping dan sebagainya, terus melalui aplikasi tersebut.
Dan menariknya adalah, anda juga boleh menetapkan untuk nyah-aktifkan rangkaian dan sambungan anda kepada internet apabila mencapai sesuatu tahap.
Para pengguna Windows yang berminat, boleh memuat-turun perisian ini, dan mula menggunakannya dalam mengawal penggunaan data anda pada desktop, dan tidak lagi melebihi had penggunaan yang ditetapkan oleh penyedia rangkaian internet.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaik la amanz, tip yg sgt berguna utk aku,
150 gb limit pon leh habes 2 minggu, gilo
Pkai ape limit 150gb?
ISP ape bro?
banyak gila limit..
150gb? Errr. Tnggi gile. Isp ape letew. Haha
eh sori leeee, aku guna broadband kat india, terbaik bai tenet sini
giler ap 150gb..mantap sehh
tapi x guna gak kalo habis cepat sangat haha
aku download sekarang!!!
software terbaik!!!!ta
tips terbaik!
ok teraiiiI~
eh aku rasa ada bug la, bila aku ubah setting nak monitor router je dah not responding
dah lama guna software nih untuk monitor speed tapi jarang monitor bandwith usage .mmg bagus software nih stabil smpi sekarang.
Kalau guna P1 boleh tau remaining quota tapi leceh sebab kena login setiap kali nak cek. Jadi inilah alternatifnya… ;D
Aku pernah guna software ni masa pakai handset di jadikan modem sebelum ni…skang ni masih menggunakan software ini lagi kerana memudahkan buat semakan berapa banyak bandwitdh kita dah guna…
mantop r…sampai meletop letopp…tq amanz