24Nov

Office 15 Versi Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari?

Microsoft

Selain daripada Windows 8 yang kini dalam pembangunan dan akan memasuki fasa beta tidak lama lagi, kini ia turut diura-ura akan yang mana Microsoft bakal mengeluarkan Office 15 Beta pada bulan Januari kelak. Dengan antaramuka Metro yang menjadi keutamaan pada aplikasi Microsoft akhir-akhir ini, Office 15 juga turut sama akan membawakan antaramuka yang sama, dengan beberapa perkara tambahan.

Salah satu perkara yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Office 15 adalah aplikasi yang dinamakan sebagai Moorea, yang mana membolehkan para pengguna membuat dokumen yang ringkas dan bernavigasi antara dokumen dan gambar dengan mudah dan pantas.

Mungkin kita akan dapat tahu lebih banyak perkara berkaitan Office 15 pada bulan Januari kelak, dimana versi beta pertama dilaporkan akan dikeluarkan pada penghujung Januari kelak. Sama-sama kita nantikan aplikasi pejabat generasi baru daripada Microsoft ini.

Sumber paparan antaramuka daripada Windows8Italia.


Malaysia Dapat Menggunakan Aplikasi Dalam Talian Microsoft Menjelang 2010
Microsoft Integrasi Facebook Pada Live
Microsoft Security Essentials Sedia Di Muat-Turun
Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam
Internet Explorer 10 Platform Preview 5 Terus Memfokuskan Pada HTML5

6 Komen

  1. Savvy88 pada 24 Nov 2011

    yg gmbar ikan oren tu kan gmbar default wallpaper apple iphone 1st edition. Apple x marah ke amek gmbr diorg..

    • En. W pada 24 Nov 2011

      Microsoft dah bayar royalti tu

      • Fikri Adhiey pada 25 Nov 2011

        bukan hak ekslusif iPhone. dorang pon celok :p

  2. matmim pada 24 Nov 2011

    salam ziarahh..

  3. amirzaim pada 25 Nov 2011

    kat dlm tv pun aku tengok iklan pasal MS office ni…

  4. Fikri Adhiey pada 25 Nov 2011

    bukan hak ekslusif Apple. dorang pon celok :p


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader