Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ada segelintir daripada pembaca Amanz yang masih ingat akan Tulalip daripada Microsoft Research, iaitu salah satu ujian Microsoft pada dunia rangkaian sosial. Kini setelah beberapa bulan, paparan antaramuka baru kelihatan, menunjukkan yang mana Microsoft Research menggunakan penjenemaan Socl untuk rangkaian sosialnya, yang masih tidak diketahui akan direalisasikan ataupun tidak.

Melaluinya, ia dlihat lebih menumpukan kepada carian dan juga perkongsian, dimana berkemungkinan kelak, sama seperti Google+, Socl turut sama mengintegrasikan pelbagai sokongan dan produk Microsoft padanya sekiranya direalisasikan. Dan memandangkan Facebook merupakan salah satu produk pelaburan dibawah Microsoft, berkemungkinan mereka akan menggunakan API Facebook padanya. Namun ini masih lagi spekulasi sahaja.

Sebelum ini, pada bulan Julai yang lalu, nama domain Socl.com aktif dengan ujian oleh pihak Microsoft Research, namun memperlihatkan mesej yang mana mereka sekadar menguji sahaja. Kini, persoalannya adalah adakah versi laman sosial daripada Microsoft Research ini akan dilancarkan, ataupun sekadar ujian sahaja seperti beberapa perkara lain di Microsoft Research.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Pulak dah..tp ni rasa dah lama ni..
budak2 nanti akan kenalkan kawan2 dia camni, ni kawan saya yg duk facebook chat dulu, ni geng hangout saya kat Google plus dan tu pulak kawan spermainan di socl.com…
gile bosan banyak2 social network ni
gambar 1st tu da nampak cam fb je.. lol
mende nie looks like fb je, ==”
mcm fb pon ade…
name pn “Facebook merupakan salah satu produk pelaburan dibawah Microsoft, berkemungkinan mereka akan menggunakan API Facebook padanya.”
“Namun ini masih lagi spekulasi sahaja”
Search Engine Social? Aku rasa camtu la konsep diorg kot..
cool..
Microsoft pun nak ada laman sosial jugak…
mcm fb je
All the best to Microsoft
kebanjiran jaringan sosial maya..
Tak lama lagi ada 3 butang la..
fb, g+, so..
Terlalu banyak laman sosial pun tak bagus, masyarakat semakin pun anti-social.