01Nov

PayPal Membuka Pejabat Di Malaysia – Mensasarkan Untuk Mengambil 500 Orang Pekerja Menjelang Penghujung 2013

Web 2.0

PayPal hari ini secara rasminya telah membuka pejabat operasi mereka di Malaysia, sekaligus membawa dunia pembayaran atas-talian di Malaysia setapak kehadapan lagi. Pejabat PayPal Malaysia kini dibuka di Dataran Bandar Utama, dan kini sedang dalam proses mencari pekerja, dimana PayPal Malaysia mensasarkan untuk mengambil lebih 500 pekerja menjelang penghujung tahun 2013.

Sebelum ini, PayPal telah pun mula memperkenalkan sedikit demi sedikit perkhidmatan mereka di Malaysia, dimana telah bekerjasama bersama-sama dengan pihak Maxis untuk pembayaran bil atas-talian, bekerjasama bersama dengan pihak RHB untuk menghantar wang dengan mudah, serta menawarkan perkhidmatan prabayar mereka bersama-sama dengan pihak MOL.

Mungkin selepas ini, kita akan terus dapat melihat PayPal menjadi salah satu medium pembayaran utama di Malaysia dan dunia atas-talian di Malaysia kelak.


MobileKini - MalaysiaKini Versi Mudah Alih
Groupon Menolak Tawaran Google?
Profil Faces.my Turut Akan Menyertakan Halaman Portfolio Terbina
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me
Aplikasi Petronas PitStop Dilancarkan Untuk Pengguna Android

14 Komen

  1. ekspresiruang pada 01 Nov 2011

    cun. nk tgk sket id paypal msia cmne. hehe

  2. Aikhil pada 01 Nov 2011

    ..bagus2 ..dulu malaysia sampai tahap nak kene bann, harap2 paypal berkembang dgn sihat dlm pasaran intenet malaysia..

  3. Jyundoo pada 01 Nov 2011

    nnt leh guna wat beli ikan kat mydin guna paypal . hehe

  4. Haz Issac pada 01 Nov 2011

    kat mana nak dpt borg kerja dkt company paypal ni? ekekke

    • funzool pada 01 Nov 2011

      Select Position Location (Kuala Lumpur Malaysia) http://rt.my/sm

      Product Integration/Process Manager
      Enterprise Account Manager – SEA
      Senior Trainer
      Customer Solutions Agent
      Content Specialist
      Fraud Prevention Agent

      good luck! haha

  5. shahrul pada 01 Nov 2011

    x reti aku gune paypal nih

    • Luxuryhost pada 02 Nov 2011

      Same la aku…. So, tolong ajar aku wei…….

  6. izzatruslan pada 01 Nov 2011

    siapa yang penah keja bank rasanya senang skit kot nak masuk paypal ni. sepupu penah submit resume, tapi sampai sekarang tak ada berita.haha

  7. Zulhilmi Zainudin pada 01 Nov 2011

    Ini yang best ni!

  8. life4hire pada 01 Nov 2011

    bukan dah lama ke bukak pejabat dia kt MY? kat satu building ngan opis aku kat One 1st Avenue

  9. zuan pada 02 Nov 2011

    hmm brtambah peluang pekerjaan :)

  10. don pada 02 Nov 2011

    lawa la gadis bertudung kt board 2..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader