Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti semua sedia maklum, pencalonan untuk NEF-Awani ICT Awards 2011 telah pun dibuka, dan hari ini, mereka turut sama telah pun mengeluarkan borang pencalonan untuk Anugerah Pilihan Rakyat, dimana lebih 8 kategori dipertandingkan dibawah Anugerah Pilihan Rakyat, membolehkan para pengguna mencalonkan bukan sahaja produk tempatan tetapi juga produk antarabangsa.

Melalui Anugerah Pilihan Rakyat, 8 kategori yang dipertandingkan adalah:
Syarikat Telekomunikasi Pilihan
Anugerah yang dikhaskan kepada syarikat telekomunikasi Malaysia ataupun antarabangsa, dimana para pengguna boleh mencalonkannya berdasarkan jenama, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya yang disediakan oleh mereka.
Perbankan Atas-Talian Pilihan
Anugerah ini ditujukan kepada perkhidmatan perbankan atas talian yang menjadi pilihan ramai pengguna. Mungkin kita akan dapat melihat persaingan sengit diantara Maybank, CIMB dan beberapa jenama lain tempatan dan juga antarabangsa. Paypal?
Perkhidmatan E-Kerajaan Pilihan
Anugerah yang ditujukan kepada perkhidmatan kerajaan yang menjadi pilihan pengguna tempatan, samada dalam atau luar negara. Tahun lepas ianya telah dirangkul oleh MyEg untuk perkhidmatan mereka.
Portal Atau Blog Hiburan Pilihan
Anugerah yang ditujukan kepada industri hiburan tanah-air, dimana para pengguna boleh mencalonkan antara blog atau portal hiburan pilihan mereka. Beautifulnara merupakan antara contoh pilihan yang diberikan NEF-Awani.
E-Komuniti Pilihan
Anugerah ini ditujukan kepada komuniti internet pilihan, samada melalui blog, forum, Facebook dan sebagainya. Ianya agak mengejutkan kerana nama Amanz diberikan sebagai salah satu contoh pilihan yang diberikan oleh pihak NEF-Awani pada bahagian ini. OhMedia mungkin boleh menjadi pemenang anugerah ini sekiranya dicalonkan ramai peminat mereka.
Platform Rangkaian Sosial Pilihan
Anugerah yang difokuskan kepada platform rangkaian sosial pilihan. Seperti sedia maklum, mungkin ianya akan menjadi persaingan sengit antara Twitter dan juga Facebook. Tetapi, adakah wakil mereka akan hadirkan diri pada acara tersebut?
Jenama Peranti ICT Pilihan
Dunia ICT semestinya tidak meriah tanpa peranti dan perkakasan untuk menggunakannya. Melalui kategori ini, para pengguna boleh mencalonkan jenama ICT yang menjadi pilihan mereka. Adakah Apple atau Samsung? CSL?
…
Bagi mereka yang berminat, dan mempunyai idea dan jenama pilihan, anda boleh mencalonkan diri atau jenama pilihan anda terus melaluinya. Lima pilihan ramai akan disenarai pendek dan akan dibuka kepada undian selepas borang pencalonan ini ditutup pada 30 November kelak.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Amanz jadi “E-Komuniti Pilihan” .. saya sokong yang arif
saya sudah calonkan amanz.my
yang lain mana? sila jlnkan tanggungjawab anda sebagai penghargaan buat amanz.my
sudah..hidup amanz…
aku pun sokong jugaklah…
sokong amanz menang e-komuniti pilihan!!!
E-Komuniti…..saya pilih Amanz Network!
Ok,saya nak calonkan Amanz and Bank kesukaan sy!
Oh!Media mungkin boleh menjadi pemenang.. pergh, ayat..
Borang pencalonan dia buruk. tak macam menggambarkan ni award besar-besar.. adoi~
google docs… huhu
Sebab kitorang official blog, rasanya kitorang takboleh bertanding. tapi kalau boleh pun rasanya kena ketepikan. orang boleh kata bias bila menang. katakanlah dalam E-Komuniti tu ada nama yang lebih sah mempunyai lebih ramai peminat & pengundi (contohnya Technohut) kemudian tiba-tiba Amanz yang menang, mesti nampak bias sebab kami official blog. nama Amanz disitu adalah contoh semata-mata.
saya sangat menghargai sokongan anda. saya tidak menghalang anda mencalonkan kami tetapi rasanya kami sendiri tidak dapat untuk meletakkan diri kami didalam pencalonan bagi mengelakkan bias.
+1 yup setuju.. takpe.. Amanz tetap pemenang di hati rakyat hohoho
Vote for Amanz Network
Kat borang pencalonan pun ade typo.. trollololol
Gunakan saja keputusan DiGi WWWoW tempoh hari sudah. Hehe
Hanya Amanz yg layak menang!
Kalau tak menang kami akan BERPIKET!