03Nov

Penggunaan Media Sosial Dan Peranti Mudah-Alih Di Malaysia Semakin Meningkat

Lain-lain

Nampaknya, dunia mudah-alih atas talian di Malaysia akan terus meriah, dimana melalui laporan yang dikeluarkan oleh Neilsen baru-baru ini, ia memperlihatkan angka penggunaan peranti mudah-alih dengan akses internet yang semakin meningkat dari hari ke hari. Selain daripada Malaysia, secara umumnya, rantau Asia Tenggara juga memperlihatkan peningkatan penggunaan peranti mudah-alih sepanjang tahun.

Melalui laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Neilsen, ia memperlihatkan yang mana Malaysia merupakan antara pengguna internet tegar, dimana ia diperlihatkan pengguna Malaysia menggunakan dan menghabiskan sekurang-kurangnya sebanyak 20 jam setiap minggu di alam maya.

Pada masa yang sama, penggunaan peranti untuk mengakses internet juga kelihatan menarik sekali, apabila penggunaan desktop dan juga telefon mudah-alih adalah pada angka yang sama untuk isi rumah, iaitu pada 77%, berbanding komputer riba pada angka 79% untuk isi rumah. Penggunaan tablet juga kelihatan tinggi, iaitu sekitar 18%.

Penggunaan profil aktif di Malaysia juga berbeza dengan beberapa negara yang lain, dimana pengguna Malaysia dilihat lebih aktif pada laman Facebook, YouTube dan juga menariknya pada laman Blogger. Pada masa yang sama, Nielsen turut sama melaporkan yang mana pemasaran digital dan sosial di Malaysia juga mempunyai tahap kejayaan yang tinggi, memperlihatkan lebih 60% daripada pengguna digital sering berhubung dengan jenama dan produk melalui media sosial.


Akademi Kaspersky Di Perkenalkan Di UiTM
Tiga Pemegang Lesen WiMax Di Saman SKMM
Video : Proses Pemasangan HSBB Oleh TM
Tiada Data Pengguna Diminta Kerajaan Malaysia Dari Google Sepanjang 2010
Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Pertama Adalah 1.6Mbps

7 Komen

  1. khydir pada 03 Nov 2011

    Tahniah Malaysia.
    Moga jalur lebar boleh diperluaskan kepada kawasan2 yg #bukanUrban agar kadar penembusan internet lebih tinggi untuk penduduk Malaysia.

    • riel pada 03 Nov 2011

      setuju Bro……hehehe dan yg penting harga harus berpatutan

  2. fikri pada 03 Nov 2011

    Dah meningkat pengguna…. kos kadar internet kasilah berpatutan dengan capaian kelajuan

  3. Kaio pada 03 Nov 2011

    kena ade banyak persaingan supaya internet lebih murah,.

  4. syamilshahimi pada 04 Nov 2011

    20 jam setiap minggu for just social sites? Agak banyak la

  5. Hisyam pada 04 Nov 2011

    Jom lawan singapore walaupun diorang dah ada iPhone 4S lagi awal dari Malaysia.

  6. Danzat pada 04 Nov 2011

    rakyat malaysia suke facebooking..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader