15Nov

Piktochart Memudahkan Pengguna Membuat Infografik Melalui Pelayar Web

Multimedia Kreatif, Web 2.0

Penggunaan infografik merupakan salah satu cara berkesan dalam menyampaikan pelbagai info, data dan angka dalam bentuk yang menarik. Namun untuk membuat sesuatu infografik, ia adalah sesuatu yang sukar, dan memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, beberapa pembangun tempatan kini dalam fasa akhir pembangunan laman PiktoChart.

Untuk makluman semua, PiktoChart membolehkan para pengguna menggunakan platform mereka dalam membangunkan dan merekabentuk sesebuah infografik terus melalui pelayar web. Memandangkan aplikasi mereka berasaskan web, ia membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya, asalkan mereka mempunyai pelayar web dan juga aplikasi Flash.

Melalui perkhidmatan PiktoChart kelak, ia akan menyediakan beberapa pilihan akaun untuk pengguna, iaitu termasuk percuma (dengan akses terhad) dan juga berbayar (dengan akses meluas), yang memberikan akses tema dan rekabentuk berbeza untuk digunakan pada infografik pengguna.

Buat masa ini, PiktoChart masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan mungkin beta terbukanya akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan menarik daripada salah satu syarikat tempatan ini.


Friendster Memperkenalkan Antaramuka Baru
Friendster Di Beli MOL Global Pada Harga USD$39.5 Juta
Everyday Mensasarkan Pendapatan Tahun 2011 Sebanyak RM10 Juta
Permainan Where's My Chicken Dikemaskini - Membawakan Tahap Permainan Baru
Aplikasi Maxis Loker Untuk BlackBerry Sedia Untuk Digunakan

10 Komen

  1. Am pada 15 Nov 2011

    Menarik!. Lehlah buat infografik lepas ni.

  2. hezzi pada 15 Nov 2011

    best nie..xsabo nk guna…

  3. M.A Fitry pada 16 Nov 2011

    Amanz,wow,.interesting,.!!
    a.fitrys@gmail.com
    hope get special access ^_____^

  4. Hisyam pada 16 Nov 2011

    Aku tak kreatif, acane?

  5. naz pada 16 Nov 2011

    nice alternative! aku slalu buat draf, mindmap, info grafik utk diri sendiri pakai cacoo.com je, senang, banyak choice button & gmba.

  6. joe pussycat doll pada 16 Nov 2011

    woot2!

  7. denz pada 16 Nov 2011

    terbaik la..

  8. Ching pada 17 Nov 2011

    Please sign up at http://www.piktochart.com, and please give banyak feedback selepas launch! Tkasih!

  9. paeh pada 24 Nov 2011

    ini terbaik… hehehe

  10. amoi pada 28 Nov 2011

    lawa infografik kau XD


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader