20Nov

Ramai Pengguna Malaysia Gemar Membeli Tiket Penerbangan Melalui Atas-Talian

Lain-lain

Mungkin semua sedia kenali akan SocialShout, salah satu perkhidmatan menarik yang menawarkan ganjaran kepada para pengguna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya, mereka telah pun menjalankan sebuah bancian ringkas mengenai dunia perniagaan digital di Malaysia, dan telah pun mengeluarkan laporan menarik berkaitan dengannya.

Daripada laporan yang dikeluarkan oleh mereka, berikut merupakan beberapa perkara penting dan menarik berkaitan dengan dunia e-perniagaan di Malaysia:

  • 62.5% daripada pengguna Malaysia yang membeli atas talian – membeli tiket kapal terbang secara atas-talian.
  • 59.4% telah atau akan membeli pakaian secara atas-talian.
  • 56.3% akan membeli barangan elektronik secara atas-talian.
  • 53.1% teringin membeli kasut secara atas-talian.
  • Sebanyak 37.5% memperkatakan ingin menempah hotel melalui internet.
  • Hanya sebanyak 6.3% teringin membeli beg pakaian secara atas-talian.

Untuk makluman semua, SocialShout menawarkan mata ganjaran yang mana membolehkan para pengguna menukarkannya dengan baucar diskaun untuk digunakan untuk membeli melalui laman mereka. Versi beta SocialShout dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember kelak.

Pada masa yang sama, SocialShout juga berkongsi yang mana Facebook kini menghampiri sejumlah 12 juta pengguna di Malaysia, dan Twitter kini merupakan laman ke-9 paling dilawati pengguna tempatan, memperlihatkan peningkatan dunia rangkaian sosial di Malaysia.


Astro Byond - HDTV Pada Tambahan RM20 Sebulan
Segalanya Mengenai Perkhidmatan Maxis Home
Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz - Tajaan @TeratoTech
MHMobile - Perisian Malaysia Airlines kini untuk Symbian
Media Atas-Talian Akan Dikawal Selia Seperti Media Lain

8 Komen

  1. topo pada 20 Nov 2011

    aku antara 53.1% teringin membeli kasut secara atas-talian.. tapi sampai sekarang tak beli-beli lagi.. hohoho

  2. AMR pada 20 Nov 2011

    part of 62.5%!

  3. kaihnsn pada 20 Nov 2011

    No. 1, 3 dan 5 sudah dilakukan. Yang lain tu macam kena try yang betul hehehe baru sedap nak beli.

  4. RIS-FAMILI pada 20 Nov 2011

    Aku rasa hanya beli tiket kapal terbang dan tempah hotel je yg releven kalau atas talian.
    Yang lelain tu rasanya tak patut buat atas talian, boleh jumpa dimana2 kedai berhampiran.

    • riel pada 20 Nov 2011

      setuju…….

  5. Juan pada 21 Nov 2011

    tiket kapal terbang memang ramai beli secara online tu memang x dinafikan lah

  6. encikarman pada 21 Nov 2011

    boleh beli public mutual atas talian jugak ke? komisen 36% katanya

  7. wazy pada 21 Nov 2011

    Beli tiket kapal terbang secara dalam talian memang menjimatkan masa


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader