07Nov

Rokker.fm Membolehkan Para Pengguna Mendengar Lagu Dari YouTube Dengan Mudah

Web 2.0

Seperti semua sedia maklum, YouTube merupakan salah satu perkhidmatan video terkemuka didunia, mengumpulkan jutaan lagu, dan antaranya adalah termasuk lagu bercirikan video muzik. Mengambil peluang daripada itu, salah satu perkhidmatan baru dilancarkan, iaitu Rokker.fm, membolehkan para pengguna mendengar lagu dan menonton video muzik dengan mudah melaluinya.

Buat masa ini, perkhidmatan berasaskan web ini masih lagi pada peringkat beta, dan membawakan antaramuka seakan kepada aplikasi iTunes yang popular. Pada masa yang sama, perkhidmatan Rokker.fm ini juga dijangka akan memberikan persaingan kepada beberapa perkhidmatan muzik-awan yang lain, memandangkan ianya ditawarkan secara percuma, dan menggunakan YouTube sebagai sumbernya.

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh mendaftarka akaun percuma pada perkhidmatan tersebut, sekaligus membolehkan anda membina senarai lagu-lagu kegemaran anda untuk dimainkan pada kemudian hari dengan mudah. Aplikasi iOS Rokker.fm juga dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.


Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi - dRPlaces
Ticket Monster Mengambil-Alih Laman Tawaran Harian Everyday.com.my
WordPress 3.2 Memasuki Fasa Release Candidate 2
Berjayakah Perkhidmatan MyEmail Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini?
Facebook Bersedia Untuk Memfailkan IPO Seawal Rabu Hadapan

9 Komen

  1. riel pada 07 Nov 2011

    macam2 dah sekarang ni..

  2. Omar pada 07 Nov 2011

    interface dah nak cama cam wowloud.com..

  3. alia pada 07 Nov 2011

    yg bgusnye percuma..hee=)

    • Arrul pada 08 Nov 2011

      1+

  4. shahrul pada 07 Nov 2011

    teringin nak dgr lagu 90-an :)

  5. yapompiow pada 07 Nov 2011

    menarik!

  6. sarraazzam pada 07 Nov 2011

    dh buat akaun dh..best..

  7. IkmalRedza pada 08 Nov 2011

    Hanya menyokong Chrome dan Safari :’(

  8. Eriyza pada 08 Nov 2011

    Aigoo, awat depa x guna Firefox??
    Akan diterai kemudian.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader