21Nov

ShoutMix Memasuki Versi Ketiga – Turut Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia Dan Indonesia

Web 2.0

Salah satu syarikat web tempatan yang berjaya adalah ShoutMix, dan kini, sudah hampir 10 hari syarikat tersebut memperkenalkan kemaskini ketiga terbesar pada platform mereka, membawakan rekabentuk dan antaramuka yang lebih kemas lagi, selain pelbagai sokongan bahasa tambahan bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, kaunter pengunjung juga telah dinaik-taraf berbanding sebelumnya.

Untuk makluman semua, ShoutMix merupakan salah satu perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan kotak permesejan untuk blog dan forum. Perkhidmatan ini telah dimulakan ketika kotak permesejan popular suatu ketika dahulu, iaitu sekitar 2004, dan masih kekal aktif dengan lebih 5 juta pengguna harian untuk perkhidmatan mereka.

Dan menariknya, dengan peredaran zaman, ShoutMix turut sama mengintegrasikan pelbagai fungsi menarik, termasuk kemaskini masa-nyata dan juga kaunter pengunjung yang dikemaskini mengikut masa-nyata. ShoutMix kini turut mengintegrasikan sokongan sosial, membolehkan para pengguna menghantar mesej mengikut akaun Facebook atau Twitter, dan mengurangkan spam pada sistem tersebut.

Selain daripada itu, ShoutMix versi 3 ini juga turut didatangkan dengan sokongan Bahasa Malaysia, Indonesia, Brazil, Portugis, Jerman, Itali, Turki dan beberapa bahasa yang lain lagi. Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman ShoutMix untuk mendapat info lanjut, dan mendaftarkan akaun percuma untuk blog atau web anda.


AdZara - Media Pengiklanan Tempatan Yang Terbaru
Tiada Lagi Facebook Lite
Laman 1Malaysia.com Digodam Kerana Telah Dicabar?
Facebook Menggunakan Sokongan OAuth Sepenuhnya - Mengubah Kata Laluan Kini Lebih Mudah Dan Pantas
Bersama Pembangun Evenesis - Finalis Anugerah NEF-Awani 2011

15 Komen

  1. Hisyam pada 21 Nov 2011

    Shoutmix ni syarikat tempatan? Means from Malaysia ke? Tak sangka lah.

    • Pisyek pada 22 Nov 2011

      aku pun first time dengar nih. padahal dah pakai sejak zaman sekolah lagi. hehe :D

  2. Ekspresi Ruang pada 21 Nov 2011

    dah lama xpakai shoutmix. xmau nmpk serabut dan nmpk lebih pro. otai2 cm Amanz, Denaihati dll mana pakai shoutbox2 ni. hehe

    • Hisyam pada 21 Nov 2011

      kat blog saya guna, hehe. untuk memudahkan lagi komunikasi. tapi kalau untuk blogger baru, memang penting shoutmix ni utk diorang blogwalking.

  3. Mejuez pada 21 Nov 2011

    Lohh orang tempatan rupanya… ingatkan org luar negara yg bikin shoutmix ni..

    terbaikkkk

  4. Mejuez pada 21 Nov 2011

    Lohh orang tempatan rupanya… ingatkan org luar negara yg bikin shoutmix ni..

    terbaikkkk

  5. razfira pada 21 Nov 2011

    lorh rupa2nya selama ni aku pakai barangan Malaysia. I’m proud!Sokonglah barangan buatan Malaysia. hohoho

  6. Juan pada 21 Nov 2011

    dah lama aku x pakai, tp yg terbaru ni nmpk mcm cantik jer

  7. Hisyam pada 21 Nov 2011

    Malaysia punya? :O

  8. Faizal Bahruddin pada 21 Nov 2011

    patot depa ltak nama ‘GabunganJeritan’. martabatkan bahasa ibunda.. hehe

    • azwan11 pada 21 Nov 2011

      LOL

      • Ikmal pada 21 Nov 2011

        lol

  9. eiman pada 21 Nov 2011

    lawa jugak interface baru nih.. dah update ..

  10. Ikhwan pada 21 Nov 2011

    Dah masuk V3, tahniah!

  11. MaKR pada 22 Nov 2011

    Owh, aku ada update kat blog aku pasal benda ni. Huhu.

    ShoutMix v3 memang gempak. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader