Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, kami pernah tulis akan mengenai rekabentuk baru YouTube yang telah pun dimulakan ujiannya. Dan salah satu pertanyaan ketika itu adalah bagaimana untuk mendapatkan rekabentuk tersebut. Walaupun ketika itu kami tidak ketahui akannya, kini semua pengguna sudah boleh menggunakan rekabentuk baru ini dengan hanya menambah sedikit kod JavaScript sahaja.

Semestinya bagi pengguna Chrome, yang mana menggunakan produk Google, perubahan ini dapat diaktifkan dengan lebih mudah, dimana anda hanya perlu menambah kod JavaScript berikut pada Console.
Anda boleh membuka YouTube.com, dan aktifkan Console dengan klik pada Tools dan memilih JavaScript Console ataupun dengan hanya tekan akan CTRL + SHIFT + J pada pelayar web anda. Seterusnya anda hanya perlu menambah kod berikut padanya :
document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=ST1Ti53r4fU";
Kemudian, tutup kembali Console tersebut, dan Refresh semula halaman YouTube.com dan anda akan dapat melihat antaramuka baru tersebut.
Lebih kurang sama bagi pengguna Firefox, anda hanya perlu membuka laman YouTube.com dan seterusnya membuka konsol pada Firefox dengan menekan Ctrl + Shift + K, dan menambah kod berikut:
document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=ST1Ti53r4fU";
Tutup semula konsol tersebut, dan buka kembali laman YouTube.com dan anda akan melihat rekabentuk baru padanya.
Seperti semua sedia maklum, para pengguna hanya perlu menambah kod JavaScript berikut pada konsol pelayar web masing-masing, dan seterusnya anda boleh aktifkan rekabentuk baru tersebut.
Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan beberapa perubahan, termasuk sokongan integrasi Facebook, Twitter, dan beberapa laman sosial yang lain padanya. Selain daripada itu, halaman utama kini kelihatan lebih menarik, dimana ia diintegrasikan dengan sokongan Google+, anda boleh melihat segala kemaskini rakan anda dan video yang dikongsikan padanya dengan mudah.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah dapat 2 tiga hari lepas.
tapi macam mana nak check video yang orang upload je keluar dekat stream/timeline?
ini orang like, favourite semua keluar. semak je.
Maybe ada tutorial dalam video ke ? kan ;p
nampak lebih cool
wow, interface baru youtube terbaik!
owh macam tuh… ok2… tapi memang cool ..
dh cuba, menarik design baru ni, rasa mcm sistem pengurusan koleksi video sendiri jer…
Aku suka dengan perubahan baru YouTube ni. nampak coooool
kalau nak buka console untuk safari 5 dekat windows macam mana?
mmg awesome!
Orait dah buat dah…
Sangat best dan nampak canggih ah…
terbaikk la
CTRL + SHIFT + J? kalau MacOSX ape plak? huhuu
CMD + OPTION + J
leh aku guna untuk projek baru nanti. haha..
memang boleh guna sekali je ke? semalam dah buat tapi hari ni jadi macam biasa balik.
mcm best je..hehe..nk wat gak..
best2
cam mane nak tuka youtube lama balik??
Panda version lagi best.
Eh salah.. Cosmic Panda.
interface yang cantekk