Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan dunia freelance yang semakin berkembang di Malaysia, laman-laman seperti Freelancentral dan Faces.my dilancarkan, semestinya salah satu perkara yang menjadi cabaran adalah menyediakan invois kepada pelanggan. Dan bagi pekerja bebas, mungkin mereka tidak mempunyai aplikasi yang sepatutnya. Tetapi kini mereka dengan mudah boleh membina invois tersendiri melalui aplikasi dinamakan sebagai BillAble.me.

Melalui BillAble.me, ia menyediakan aplikasi berasaskan web, membolehkan para pengguna mengubah dan menambah apa yang diperlukan terus melalui pelayar web mereka dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, ia juga turut didatangkan dengan sokongan pengiraan asas terbina untuk cukai, dan menjumlahkan harga yang perlu dibayar.
Kemudiannya, para pengguna boleh menghasilkan fail PDF terus melalui laman web tersebut, dimana kemudiannya boleh digunakan dalam menghantarnya kepada emel pelanggan.
Secara ringkasnya, melalui BillAble.me, selain daripada menyediakan perkhidmatan percuma, anda juga boleh menghasilkan invois yang professional, yang mana pada masa yang sama memudahkan anda menyediakan invois kepada pelanggan anda.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Thia is smart..
sangat2 perlukan benda ni..
sangat bagus, edit edit dan convert ke pdf atau print terus…sgt2 mudah.
ini mmg sempoi..
Apa susah sangat ke nak buat template invoice ni? Dgn excel atau word pun boleh buat.
senang sikit nak buat kerja..
kalau dia ada simpan data dalam database website tu kn senang
..
simple & menarik.. sebelum ni guna freshbook je
sama! tapi freshbook limited function. macam biasa ada upgrade version
senang keje. template dah ada, fill in the blank aje.
Invoice je ke yang ada? Huhu, sungguh berguna benda ni, kena pulak programmer macam aku ni kena buat invoice, DO, resit segala kejadah semua tu, mau pengsan aku nak buat tu.. thanks Amanz!
Siyes memudahkan Kerja Aku
serius ini the best
hek eleh..perlukan template macam ni? mungkin semua orang sudah lupa MS Word atau Excel ye?
tapi..boleh la utk orang malas nk buat sendiri..kbai
Salam semua..
Apa yg aku nampak lagi bagus technology ni lagi malas untuk otak ni nak berfikir..Google jer semua dah ade.. biar google ni fikirkan bagi kita.. Ape2 pun org yg cipta ni jugak berfikir.. Marilah kita jadi antara org2 yg mencipta..
Ape2 pun satu perkongsian dari satu renungan.. Selamat Maju Jaya
senang keje..online je