Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, salah seorang pembaca Amanz telah bertanya bagaimana untuk mengubah fail PDF milik beliau kepada format Word supaya boleh diubah-suai dengan mudah, sebelum digunakan untuk perkara seterusnya. Dan untuk memudahkan proses tersebut, terdapat beberapa aplikasi menarik, yang mana boleh dilakukan secara atas-talian ataupun melalui aplikasi khas untuk perkara tersebut.

Free PDF to Word Converter merupakan salah satu aplikasi percuma yang mana menawarkan sokongan untuk mengubah format fail dari PDF ke Word dengan mudah, dimana para pengguna boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma. Namun begitu, aplikasi ini hanya sekadar menyokong pengguna Windows 7, Vista dan juga XP sahaja. Fail yang dihasilkan juga boleh digunakan pada Microsoft Word atau aplikasi yang menyokong format Word dengan mudah.

Berbeza dengan aplikasi sebelum ini, PDF-to-Word adalah aplikasi berasaskan web dan juga desktop, membolehkan anda mengubah fail PDF dengan mudah. Ia lebih kepada mempromosikan aplikasi desktop berbayar mereka, tetapi para pengguna juga boleh melakukan perubahan daripada PDF kepada Word dengan mudah melalui aplikasi web terbina yang didatangkan, membolehkan fail PDF yang diubah terus dihantar ke emel.
Selain daripada mengubah PDF ke Word, mungkin ramai yang tertanya bagaimana untuk mengubah fail Word ke PDF dengan pantas. Untuk melakukannya terdapat pelbagai aplikasi. Namun, kami lebih gemarkan untuk menggunakan aplikasi OpenOffice.org dan juga LibreOffice, memandangkan ia didatangkan dengan sokongan menyimpan fail dalam bentuk PDF dengan mudah.
27 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semat la aman.. tq2
ade watermark x kalo convert nti??
Takde kut, kalau ada pun boleh buang. Nama pun format word kan, so boleh je edit sesuka hati.
Tapi rasanya takde watermark la, sbb ni pun free software, bukan berbayar.
huhuhu.. tq 4 da info bro..
sbb sblm ni ade gune yg lain.. ade plak watermark.. tp leh edit gak..
cume amik mase cket la coz x reti gune kan
menarik! dah lama carik converter mcm ni.. thanks
solusi yg dh lama dicari
terbaik!
masalah besar program ni ialah tak support format jawi. lintang pukang jadinya..@$#*^% entah ape2..
nanti aku cuba cari yang support Jawi. Tapi cam susah sikit jer. Hehe.
thanx for da info
Selalu guna zamzar jer.
Thanks
Zamzar support macam-macam format nak convert.
kalau word ke PDF,juz buat kat save as je,lagi senang..takde cacat cela pun bila dah bukak dalam PDF..microsoft office 2010 je kot yang ada..
Troll. Pdf to word le. Bukan word to pdf.
no la. beliau maksudkan ayat2 di perenggan terakhir artikel, yang mempertanyakan bahawa ramai tak tau nak convert word ke pdf camne.
+1
+1
+!
canggeh!
nak tanya pulak,
kalau nak save web as PDF mcm mana ye?
ada tak perisian yang boleh convert web atau file html to pdf?
yang standalone punya.
sebab kalau print as pdf, kadang-kadang ada site yang dia print pdf jadi text layout.
saya nak result pdf tu seperti apa yang web / html tu paparkan.
tq wuwuwu~
sudah boleh.
menggunakan chrome extension webpage screenshot.
sorry lari topik.
ok bai
pernah guna tp jenis lain. dah convert tp setting lari jd malas. yg jenis ni ok kot
hoho… da lame aku cari software ni yang free punye. thanx aman… terbaik!
kalau pakai office 2007 ke atas mmg dah boleh convert word atau apa2 fail office ke pdf. cuma install extension dari microsoft.
tq aman atas info bagus ni
Owh, ada rupanya converter pdf kepada word. Ingatkan takde.
sayang aman hahahaaa
Perkongsian pintar..terima kasih di ucapkan..