08Nov

TM BBphone – Perkhidmatan Menarik Dari TM Yang Tidak Pernah Dipromosikan

Perisian, Telekomunikasi

Semua sedia maklum, yang mana gergasi telekomunikasi di Malaysia adalah Telekom Malaysia, dan menariknya, kini salah satu aplikasi mudah-alih menarik kelihatan, dilaporkan oleh Lowyat terlebih dahulu, memperlihatkan salah satu aplikasi seumpama Yes Life daripada Telekom Malaysia yang mana tidak pernah diumumkan sehingga kini, walaupun telah disiapkan pada tahun 2010 yang lepas.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai BBPhone (BroadBand Phone) itu, membolehkan para pengguna membuat panggilan telefon dengan mudah terus menggunakan perkhidmatan jalur-lebar, menggunakan sebarang platform samada iOS, Android, Symbian, Windows Mobile ataupun terus melalui desktop Windows anda.

Melaluinya, para pengguna boleh melakukan panggilan ke sebarang nombor yang mereka hendaki dengan terus menggunakan peranti mereka, samada menyokong kad-SIM ataupun tidak. Sekaligus ia membolehkan anda membuat panggilan dengan mudah, bukan sahaja melalui sebarang tablet Android ataupun iPod Touch atau iOS, tetapi juga terus melalui desktop Windows anda.

Pada masa yang sama, ia juga didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan, termasuk kebolehan untuk merakamkan perbualan, sokongan permesejan, sokongan muzik sementara menantikan anda menjawab panggilan, kebolehan untuk menghantarkan sesuatu panggilan ke nombor telefon yang lain, dan juga sokongan VoiceMail.

Dari segi bayaran pula, antara pengguna BBPhone, ianya adalah percuma, tetapi sebaliknya untuk panggilan ke talian tetap dikenakan sebanyak 10 sen seminit, dan juga ke panggilan mudah-alih sebanyak 15 sen seminit. Menariknya adalah dimana memandangkan ia tidak mengenakan caj kepada panggilan antara pengguna BBPhone, ia sekaligus membolehkan anda membuat panggilan sesama rakan-rakan anda didalam ataupun diluar negara secara percuma, berbeza dengan aplikasi Yes Life, sekaligus ia membolehkan perkhidmatan tersebut digunakan oleh lebih ramai pengguna dengan mudah lagi.

Walaubagaimanapun, terlebih dahulu, para pengguna perlu mendaftarkan akaun BBPhone pada pengedar rasmi Telekom Malaysia. Kami tidak pasti mengenainya samada adakah perkhidmatan ini aktif ataupun tidak, dan telah menghubungi pihak Telekom Malaysia untuk maklumat lanjut berkenaan BBphone ini. Melalui pertanyaan kami kepada pihak Telekom Malaysia, mereka mengatakan yang mana perkhidmatan ini didatangkan sekali kepada para pengguna perniagaan, melalui pakej yang disediakan, tetapi untuk pengguna persendirian boleh mendaftarkannya dengan mudah di TMPoint terpilih.

Terima kasih Chapree dan @MemerangLaut.


UMobile Bakal Menawarkan Lebih Satu Juta Facebook Credit Kepada Pelanggannya
Chrome Kini Pelayar Web Kedua Popular Di Dunia, Nombor Satu Di Malaysia
Flipboard Bakal Dilancarkan Untuk Android Tidak Lama Lagi
Norton Antivirus 2013 Beta Dengan Sokongan Metro Sedia Untuk Diuji
BitTorrent Bakal Menjenamakan Diri Kepada Gyre?

13 Komen

  1. budakudm pada 08 Nov 2011

    dah boleh dftar sekarang ke?

  2. yapompiow pada 08 Nov 2011

    menarik dr TM

  3. Ekspresi Ruang pada 08 Nov 2011

    konsepnya menarik. hairan kenapa tidak diketengahkan dgn lebih komersial lg

  4. Arrul pada 08 Nov 2011

    wow!! mmg untung! :D

  5. Kaio Dot My pada 08 Nov 2011

    mesti ada sebab kenapa benda ni tak diwar2kan masa tu. tapi bila dia cakap ade disertakan sekali dalam pakej perniagaan tu, macam dah menjawab semua persoalan. rasanya laa..

  6. kaihnsn pada 08 Nov 2011

    Noob nak tanya soklan. BBPhone ni mcm skype jugak ke?

    • Denim pada 09 Nov 2011

      yup macam skype juga.. cuma lebih localized :D

  7. acap pada 08 Nov 2011

    BBphone? mau naik makamah ni.. hahaha.. gogo RIM..

    • abah ko pada 08 Nov 2011

      ape gile ko ni acap!… kan dah mention BB tu “BroadBand” phone.. abes tu kedai makanan BB tu bole saman Blackberry tak?? siku jugak ko kang!

      • nas pada 09 Nov 2011

        releks la der..marah2 plak.. :)

  8. lina tan pada 08 Nov 2011

    interesting…

  9. fadhli pada 09 Nov 2011

    cmne nk register xda id streamyx??

  10. Ahmad pada 11 Apr 2012

    wahhh..
    congrats TM..

    nak cuba nak cubaaaaaaaaaaaa ! :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader