26Nov

TM Mengumumkan Gangguan Perkhidmatan Di Kota Bharu, Kelantan

Telekomunikasi

Selain daripada masalah kabel AAG yang menghadapi masalah menghubungkan trafik Malaysia ke Amerika Syarikat, Asia Utara dan juga Eropah, kini Telekom Malaysia turut sama mengeluarkan berita dukacita untuk para pengguna TM di Kota Bharu, Kelantan, dimana mereka mungkin akan menghadapi masalah dan gangguan menggunakan perkhidmatan TM sehingga Isnin, 28 November 2011 kelak.

Menurut Telekom Malaysia, para pengguna dan pelanggan TM di Jalan Hospital, Kota Bharu akan menghadapi gangguan dalam menggunakan talian telefon dan juga jalur-lebar, memandangkan keadaan banjir di sana. TM melaporkan yang mana pembaik-pulihan akan dilakukan secepat mungkin, dan dijangka menjelang 28 November kelak, tetapi masih bergantung kepada keadaan cuaca di sana.

Kami masih tidak dapat pastikan samada adakah ianya menjejaskan semua pengguna Telekom Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, atau hanya di suatu kawasan kecil sahaja.


Adakah IPTV TM Bakal Guna Jenama HyppTV?
Samsung Galaxy Tab Di Lancarkan Di Malaysia
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Peranti Hotspot Mudah-Alih - Yes Huddle XS Dengan Lebih Dekat
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3 - Lagi Sekali?

9 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 26 Nov 2011

    byk masalah btol la TM ni. adoyai… kena bagi rebat ni. :)

    • Meleis pada 27 Nov 2011

      tu la. setakat ni kalo yang dapat rebet cumalah orang yang request time call CS. selebihnya burn camtu je.

      tapi kalo bab banjir tak tau la camne.

  2. Ekspresi Ruang pada 27 Nov 2011

    sbb tu la kena sokong kerajaan Barisan Nasional.
    ‘sarcasm’

    • Pisyek pada 27 Nov 2011

      tak quote sarkastik pun orang tau. keh keh keh.

      kat rumah aku selalu juga banjir, tapi takde pulak gangguan macam kat KB ni. alhamdulillah. :)

    • Affuan pada 27 Nov 2011

      :o

      Cyber cafe aku dah tutup seminggu dah – line takde. Makasih TM. Satu lagi, kopitiam baru aku dah 2 bulan pohon tak dapat-dapat sebab takde tiang walhal dalam bandar. Terima kasih sekali lagi untuk TM.

      • ramlan pada 27 Nov 2011

        ok la dua bulan.

        hari tu TM telefon pasal application aku.

        TM: hello encik, permohonan streamyx telah diluluskan. Kami akan pasang dalam masa terdekat.
        R: tak pa. application tu tahun lepas punya. saya dah pindah rumah lain.

        bangang.

        • Ikmal pada 27 Nov 2011

          haha .

  3. Hisyam pada 27 Nov 2011

    Kat kawasan rumah aku gangguan pencuri kot. Asal baiki je kene curi. Fucker tol.

  4. Kentaro pada 27 Nov 2011

    Banjir ke x banjir ke sama gak.
    Service teruk cam beruk.

    Nama je broadband, line lebih teruk dari dial-up.

    Aku jangka Unifi akan tiba kat Kelantan 10 tahun lagi.

    Kerajaan bodoh, asyik bela syarikat kroni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader