Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai pengguna tempatan sudah sedia kenali akan perkhidmatan Triberr, dimana membolehkan para penulis blog membuat sebuah kumpulan atau puak khas, membolehkan mereka Tweet artikel satu sama lain secara automatik. Namun, melalui penjenamaan semula yang diperkenalkan oleh pihak Triberr kini, fungsi ini dimatikan, supaya selaras dengan syarat-syarat Twitter.
Langkah ini merupakan salah satu langkah awal sebelum mereka diambil tindakan oleh pihak Twitter terhadap perkhidmatan Triberr. Sebelum ini, Twitter sendiri pernah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai Tweet secara automatik, termasuk pengiklanan, yang mana mengubah pelbagai syarikat pengiklanan sebelum ini, termasuk ChurpChurp yang mengubah daripada Tweet secara automatik kepada sebuah gaya pengiklanan yang baru.
Pada masa yang sama, Triberr juga membawakan beberapa perubahan baru, dimana mereka memberikan nafas baru kepada laman mereka dengan logo yang serba baru, dan kini lebih memfokuskan kepada komuniti. Mereka juga memperkenalkan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan pelancaran laman baru mereka.
Terima kasih Hisyam Nozi.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Telah membuang salah satu fungsi penting pada triberr.
aishh,sedihnye
Bagusla tu, kurang sikit spam
selamat tinggal triberr.
kurang sikit spam dari Triberr =..=
bagus2…
fungsi puak telah hilang, maka boleh ler keluar dari pakatan puak2 ini semua…
Belum puas lagi menggunakan triberr ni, tapi dah dimatikan fungsi tweet automatik.
memang tak puas hatul betui!
Owh triberrr!!!
macam tak best lak ..