05Nov

Twitter Memperlihatkan Profil Pengguna Dalam Bentuk Baru

Web 2.0

Nampaknya, sedikit demi sedikit perubahan dilakukan pada laman web Twitter. Jikalau sebelum ini, ia kelihatan yang mana pihak Twitter menguji rekabentuk dan fungsi pada garis masa yang serba baru, kini ia kelihatan yang mana mereka membolehkan para pengguna melihat info pengguna sesuatu Tweet itu terus pada laman yang sama tanpa perlu membuka halaman baru.

Kami tidak dapat pastikan sejak bila fungsi ini aktif. Sebelum ini, sekiranya klik pada sesuatu nama pengguna, Twitter akan membuka halaman profil pengguna tersebut, sebaliknya sekarang ini, Twitter memperlihatkannya dalam sebuah cara baru, tanpa perlu membuka tetingkap yang baru seperti sebelumnya.

Nampaknya, kini, sedikit demi sedikit, Twitter mengintegrasikan beberapa fungsi, membolehkan para pengguna menghabiskan lebih masa pada laman web mereka berbanding sebelumnya.


Lebih 60 Permasalahan Di Selesaikan Pada WordPress 2.6.1
Groupon Bakal Dilancarkan Di Pulau Pinang
JomTTS - Nikmati Teh Tarik Dengan Mudah Bersama Rakan-Rakan Lain
Video TED Kini Turut Sama Ditawarkan Dalam Pilihan Bahasa Malaysia
Pengguna Facebook Di Malaysia Melangkaui Angka 12 Juta Orang

8 Komen

  1. alia pada 05 Nov 2011

    eh xperasan pulak..

  2. Faizal pada 05 Nov 2011

    Pe barang kena click baru keluar. Patut hover je dah keluar info mcm @anywhere. Google+ & fb pun guna hover je.

  3. Danzat pada 05 Nov 2011

    bila boleh dapat nih?

  4. syahrilhafiz pada 05 Nov 2011

    fuyoo, keluar popup pulak..menarik

  5. amoi pada 06 Nov 2011

    tak try lagi. T__________T

  6. amir pada 06 Nov 2011

    bgus twitter!keep improving~

  7. nev pada 06 Nov 2011

    apsal xjadi pon? :(

  8. din je pada 06 Nov 2011

    da mcm facebook photo da..ahdoi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader