29Nov

Twitter Mengintegrasikan Lebih Maklumat Pada Halaman Carian Mereka

Web 2.0

Google baru sahaja mengeluarkan video berkenaan dengan evolusi carian oleh mereka, dan kini ia kelihatan Twitter turut sama melalui pelbagai evolusi secara kecil-kecilan. Setelah mengintegrasikan dan memperlihatkan gambar dan video daripada Tweet yang dihantar pada Twitter, kini pada halaman carian, mereka turut sama memperlihatkan Top News pada bahagian atas halaman carian mereka.

Namun, buat masa ini, ia hanya diperlihatkan untuk berita yang popular sahaja, dan tidak semua topik terhangat ataupun carian yang memperlihatkan perkara tersebut.

Bagaimana sesuatu berita itu diperlihatkan juga tidak diketahui, dan memandangkan ia tidak menyertakan tag mengatakan perkara tersebut dibayar, mungkin terdapat sebuah algoritma sendiri yang dibangunkan oleh Twitter untuk memperlihatkannya.

Kami tidak pasti perkara ini telah diperkenalkan sejak bila, ataupun masih lagi pada peringkat ujian.


Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama
Topik Terhangat Twitter Mengikut Lokasi Kelihatan Menarik
Facebook Places Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
Facebook Deal Hadir Ke Malaysia Melalui CIMB Dan San Francisco Coffee
#Tips : Catatkan Minit Mesyuarat Serta-Merta Melalui Minutes.io

2 Komen

  1. parih pada 29 Nov 2011

    menarik :P

  2. amir pada 29 Nov 2011

    that’s good!


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader