15Nov

Ulasan Penuh Samsung Galaxy Note

Gajet

Samsung Galaxy Note ialah sebuah peranti yang jatuh didalam klasifikasi baru yang diberikan nama sebagai note. Peranti didalam pengelasan ini mempunyai paparan skrin sebesar 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. Galaxy Note boleh dikatakan peranti untuk mereka yang merasakan Samsung Galaxy S2 terlalu kecil manakala Samsung Galaxy Tab pula terlalu besar untuk digunakan. Pada pendapat saya Note ialah gabungan sebuah telefon pintar dan PDA seperti Palm Pilot yang pernah popular suatu ketika dulu.

SPESIFIKASI : Beza Note dan SGS2

Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 yang saya pasti ramai setuju yang mana ia merupakan antara telefon pintar terbaik di pasaran. Yang berubah pada note ialah cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC. Lain daripada itu Note mempunyai spesifikasi yang sama dengan SGS2. Dari segi kemasan Note mempunyai kemasan yang lebih cantik dari SGS2 yang terlalu plastik.

Badan Note dikelilingi besi sama seperti yang ada pada Galaxy Tab 10.1. Ini membuatkan Note kelihatan lebih seksi dari SGS2. Dari segi keselesaan memegang juga sekali lagi Note lebih sedap dipegang walaupun pada awalnya saya merasa agak canggung memegang peranti sebesar ini. Disinilah terletaknya dilema Note. Orang ramai sudah biasa dengan peranti sebesar 4.3″ ,7″ dan 10″ tetapi tidak 5.3″. Pengenalan peranti 5.3″ sebelum ini gagal menarik minat pengguna. Peranti pertama mempunyai saiz sebegini ialah Dell Streak yang sudah dihentikan pembuatannya. Sebagai seorang pengguna tablet 7-inci, Note ialah peranti yang mengabungkan yang terbaik antara dua dunia

Kebolehan menjawab panggilan telefon tanpa kelihatan seperti berbual dengan sebuah talam (semua pengguna Galaxy Tab akan akui ini adalah sangat jengkel) dan pada waktu yang sama skrin yang cukup besar untuk melayari web tanpa perlu dizoom sebelum boleh dibaca dengan selesa.

STYLUS : Apa Ada Dengan Stylus?

Stylus ialah perkataan jijik dalam kosakata mendiang Steve Jobs. Antara sebab mengapa beliau mencipta iPhone ialah kebencian beliau menggunakan stylus untuk berinteraksi dengan antara muka dan aplikasi. Stylus juga mudah hilang. Jadi mengapakah ianya dihidupkan kembali oleh Samsung? Samsung merasakan masih ada orang diluar sana yang mahukan stylus kembali digunakan pada peranti generasi ini. Stylus inilah dijadikan salah satu titik jualan untuk Note.

STYLUS : Gimik atau Keperluan?

Antara persoalan yang saya terima dari pembaca Amanz ialah “bergunakah stylus ini dalam kegunaan harian?“. Jawapan ikhlasnya tidak. Seperti kemampuan mengambil gambar 3D pada HTC EVO3D dan LG Optimus 3D, saya hanya menggunakn stylus untuk beberapa hari sebelum langsung berhenti menggunakannya. Sebab utamanya ialah stylus yang disertakan terlalu pendek dan tidak selesa bila digunakan untuk melakar. Tambahan lagi lebih mudah menaip nota penting ketika bertugas dari menulis dengan tulisan cakar ayam! Secara teorinya perisian S-Note boleh mengubah nota yang ditulis dengan stylus kepada teks tetapi dalam 7/10 percubaan teks yang terhasil langsung tidak sama dengan apa yang ditulis.

Adakan ini masalah tulisan saya yang hodoh atau perisian yang masih belum matang? Sebagai penulis yang ego saya menyalahkan perisian yang tidak cukup hebat untuk membaca tulisan saya yang terlalu hebat.

Sungguhpun begitu melukis menggunakan stylus adakah sangat menyeronokkan dan lebih natural dari menggunakan hujung jari. Tatkala bosan saya menggunakan aplikasi S-Note untuk menghabiskan masa terluang. Aplikasi seperti Zen Brush dan Autodesk Sketchbook lebih senang digunakan dengan stylus Note. Apa yang menarik ialah kedua-dua aplikasi ini tidak direka untuk digunakan bersama stylus tetapi masih dapat berfungsi dengan baik. Pihak Samsung hanya akan mengeluarkan SDK S-Pen kepada pembangun aplikasi pada bulan Disember ini. Kapabiliti dan kepergunaan stylus hanya akan benar-benar diketahui selepas ini. Buat masa sekarang stylus yang digunakan masih pada pendapat saya sebuah gimik yang akan jarang digunakan oleh 90% pengguna.

Jika ada yang tertanya-tanya, stylus hanya boleh digunakan dengan Galaxy Note dan tidak boleh digunakan dengan SGS2 ataupun Galaxy Tab.

BATERI

Bateri 2600 mAh digunakan bagi mengusai Note. Dari segi saiz ianya lebih besar daripada SGS2 (1680 mAh) tetapi jauh lebih kecil dari yang digunakan Galaxy Tab (4000 mAh). Pada penggunaan sederhana bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Pada penggunaan berat yakni dengan menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam.

Sekiranya perhidmatan data dimatikan terus padanya, Note mampu bertahan sehingga 25 jam (lihat gambar dibawah). Bolehlah disimpulkan Galaxy Note mempunyai jangka hayat bateri yang biasa bagi sebuah peranti dua teras. Jika anda mahukan lebih kuasa Samsung ada menyertakan aplikasi pengurusan bateri. Sebagai contoh jika anda mahu menghentikan penyelarasan (syncing) apabila bateri mencecah 40%, anda boleh melakukannya. Perlu juga  dinyatakan Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas dan ianya boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer. Ini tidak seperti yang Galaxy Tab yang menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.

PENANDA ARAS : Quadrant dan Antutu Benchmark

Apabila aplikasi penanda aras (benchmark) Quadrant dan Antutu digunakan berlaku sesuatu yang aneh. Sungguhpun mempunyai pemproses lebih tinggi, markah yang diperolehi oleh Note jauh ketinggalan dari SGS2 apabila Antutu digunakan. Tetapi apabila quadrant digunakan markah Note lebih tinggi dari SGS2. Mengapakah ini berlaku saya sendiri tak pasti.

PRO dan Kelebihan

  • Skrin Super Amoled HD berkepadatan pixel 285 PPI sangat cantik. Paparan gambar dan warna yang tercantik dalam keluarga Samsung Galaxy.
  • Stylus memberikan anda kemampuan melakar terus keatas skrin.
  • Cip pemprosesan dwi-teras 1.4 Ghz dan RAM 1Gb memastikan semua aplikasi dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
  • Bateri boleh dibuka dan ini memudahkan penggantian bateri pada masa hadapan atau penggunaan bateri berkapasiti lebih tinggi jika perlu.
  • Kemasan dan buatan yang sangat cantik. Ia membuatkan SGS2 kelihatan seperti telefon mainan.
  • Kamera 8 MP yang pantas serta mampu mengambil gambar berkualiti. Ia menggunakan kamera yang sama seperti yang terdapat pada SGS2 dan kualiti gambar SGS2 memang cukup bagus untuk kegunaan harian.

KONTRA dan Kekurangan

  • Saiz 5.3″ tidak untuk semua orang terutamanya pengguna wanita.
  • Walaupun seronok digunakan didalam aplikasi nota dan melukis, penggunaan stylus untuk penggunaan lain amat terhad dan terasa seakan gimik. Sama seperti gimik kamera 3D.
  • Tiada berita sokongan penaik tarafan kepada Ice Cream Sandwich untuk masa terdekat. Namun ada ura-ura  Note bakal menerima ICS April tahun hadapan.
  • Kerana resolusi WXGA, ada aplikasi yang tidak dipaparkan dengan betul. Sebagi contoh aplikasi MOLOME hanya menggunakan 1/3 paparan skrin. Namun ini hanya dalam peratusan yang kecil. Aplikasi lain tiada masalah melakukan scale up kepada resolusi WXGA.
  • Pada harga saranan sebanyak RM2299 ianya agak mahal kerana ada ura-ura Galaxy Tab 7.7″ akan dijual dalam lingkungan RM 1700.

KESIMPULAN

Galaxy Note ialah sebuah peranti yang mempunyai keunikan dari segi saiz dan penggunaan stylus. Sebagai seorang pengguna tablet saiz skrin 5.3″ Note bukanlah masalah besar dan secara ikhlas peranti ini sudah berjaya mencuri hati dan duit didalam dompet saya. Ianya peranti yang telah lama saya nantikan kerana ianya menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet dengan form factor yang tidak membebankan poket.

Permasalahan utama Note ialah tidak ramai orang yang mahukan peranti pertengahan (intermediate) sepertinya. Ia bolehlah dikatakan sebuah peranti NICHE. Apa yang pasti ianya peranti yang mampu memenuhi semua keperluan harian anda. Sepanjang tempoh ulasan selama 2 minggu, Note berjaya menggantikan kamera 16 megapixel dan Galaxy Tab saya dalam kegunaan melakukan tugasan untuk Amanz.my.

Akhir kata Samsung Galaxy Note ialah peranti yang masih mencari-cari identiti dan ruang dihati pengguna diluar sana. Jika saya disoal “Engkau akan beli atau tidak Samsung Note?” jawapan yang akan saya berikan ialah “Mahu beli 2… satu untuk sendiri dan satu untuk bini“. Ya saya akui…… saya sudah jatuh cinta dengan Note. Ini peranti yang terbaik pernah saya ulas sejak mula menulis untuk Amanz.


P1 Bakal Memperlihatkan Perantian WiMAX WiFi Router?
Pelancaran Malaysia Nokia N9 Ditangguhkan Ke Bulan September?
BlackBerry AppWorld 3.0 Bakal Dilancarkan Untuk Semua Minggu Depan
Raspberry Pi Komputer Bersaiz Kad Pengenalan Dimulakan Jualan Hari Ini
Galaxy S3 Berharga Dalam Lingkungan RM2k Di Malaysia?

134 Komen

  1. acat pada 15 Nov 2011

    any comments on the call quality and other telephony functions? or is it standard like the sgs2?

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      clear and clean. though u have to get use to the size though.

      • Acat pada 15 Nov 2011

        bluetooth headsets jugak la kot penyelesaian nye.

        • Obefiend pada 15 Nov 2011

          no need. i mean ear placement, after a few hours ok je pakai, not that weird pun. just a bit of adjustment size wise. macam het use to typing on 4.3″ after dah lama biasa dengan 3.5″. hardly nyusahkan pun

          • Ahmad Fuad Adzmi pada 15 Nov 2011

            kalau s pen pakai kat phone lain boleh ke?

            *EDITOR — ada diatas tertulis

            “Jika ada yang tertanya-tanya, stylus hanya boleh digunakan dengan Galaxy Note dan tidak boleh digunakan dengan SGS2 ataupun Galaxy Tab.”

  2. Nasuha pada 15 Nov 2011

    fuh

  3. cheguzaxx pada 15 Nov 2011

    ko dh berjaya buat aku pening kepala.. time to sell my iphone.. GALAXY NOTE is the new drugs!

  4. ejam pada 15 Nov 2011

    ulasan yg menarik, tidak ada sesi “kipas” yg melampau, sangat jujur sekali..

  5. Irzan dhom pada 15 Nov 2011

    Review yang kemas dan penting untuk rakyat malaysia yang berhasrat menghabiskan duit bonus hujung tahun ni.

    Device crossover macam ni memang buat orang terpana sebentar. Kurang2 tak merasa jelik ketika mengambil gambar YB singgah kampung. Dan juga kurang rage untuk orang yang tangan bersaiz besar.

    Saya yakin bila diupgrade ke ICS, gNote ni lebih menarik penggunaannya.

  6. incek wan pada 15 Nov 2011

    Sebagai penulis yang ego saya menyalahkan perisian yang tidak cukup hebat untuk membaca tulisan saya yang terlalu hebat.

    cm haram. terbahak aku baca haha

  7. raja_unta pada 15 Nov 2011

    Caya la..
    Best woo..
    Harga je cm hampesss…

  8. vostro pada 15 Nov 2011

    sedikit teguran, pada perengan “stylus” yg bertulis “Stylus ialah perkataan jijik dalam kosakata arwah Steve Jobs.” dimana perkataan “arwah” mungkin tidak sesuai digunakan utk org yg mati nya bukan dlm keadaan islam. mungkin lebih baik digunakan perkataan “mendiang”.

    betulkan kalau saya silap.. :)

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      saya dari skul literatus indonesia. oleh kerna itu perktaan awah bisa diguna pada muslim atau bukan. jika muslim jadi saya gunakan almarhum.

      • Nama diperlukan pada 16 Nov 2011

        dekat sini pulak, almarhum khas untuk raja-raja…

        • rompey pada 17 Nov 2011

          vostro..ko yakin ke arwah tu perkataan yang sesuai dan asal perkataan dari bahasa arab islam?.. arwah itu bukan kata tunggal, ia datang dari perkataan roh dalam nahu arab yang dijamakkan (lebih kurang penjodoh bilangan)..tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan arwah bagi yang bukan muslim, lagipun tak ada tercatit dalam hukum fardu.. untuk muslim, arwah bukan perkataan yang tepat, adalah yang paling tepat adalah Allahyarham ataupun Almarhum..dan Almarhum bukan hanya untuk raja, dalam kubur semua sama..makna perkataan Almarhum dan Allahyarham juga sama..
          wahahaha..ini dah bukan cerita it dah

    • kaihnsn pada 15 Nov 2011

      Bisa juga menggunakan “gemulah” seperti kami di Borneo. Saya sendiri nda tau ini gemulah dari mana salnya.

      • Azwan pada 01 Jan 2012

        Gemulah / gemuloh orang kelantan juga sebuat begitu untuk arwah.

        Sekian sesi pelajaran dialek.

  9. Junaidix pada 15 Nov 2011

    “Stylus ialah perkataan jijik dalam kosakata arwah Steve Jobs” <– macam emo pulak ayat ni.. hahaha

  10. Shazwan pada 15 Nov 2011

    Kebolehan menjawab panggilan telefon tanpa kelihatan seperti berbual dengan sebuah talam… *aku suka ayat ni & mcm best Note ni +1

  11. aimannajmy pada 15 Nov 2011

    huhu mantop! review dalam bahasa melayu yang lengkap.. selalu dok baca review mat salleh je…
    p/s: teringin nak pegang secara real pastu nk try masuk dalam poket hehe

    • waieimam pada 15 Nov 2011

      +1

  12. Haf pada 15 Nov 2011

    aku dah beli ni jumaat lepas di pavilion, setakat ni memang power la.browsing internet dan tengok video pun best. muat diletakkan dalam jeans dan selesa berjalan di sekitar KL mahupun berebut dan berasak2 masa naik komuter.

  13. Riey pada 15 Nov 2011

    Besarla jgk klu nk msuk dlm poket. Baru try smalam, cm xsesuai jer.

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      kau mesti mat hipster pakai skinny jeans. Aku letak dalam poket ok je. siap boleh solat sujud semua stable

      HAHA

      • gigikuku pada 17 Nov 2011

        +1
        obe pkai dah berminggu, riey baru jek cube, memg lain la

  14. Izamir Ridzwan pada 15 Nov 2011

    Samsung dah confirmed kan ICS on SGSII dan NOTE… ni ade beritanya

    http://www.androidauthority.com/samsung-confirms-ice-cream-sandwich-for-the-galaxy-note-and-galaxy-s-ii-29957/

    • Shukri.My pada 16 Nov 2011

      Yahooo..at last keluar jgk nt firmware br utk sgs2 walaupun jeles teramat dgn Note!

  15. hakeemhakee pada 15 Nov 2011

    amanz,
    nak rectify skit…galaxy tab 10.1 mmg tak leh charge via usb thru pc kalau tgh on…tab kena off dulu baru boleh di caj thru pc…tapi mengambil masa yg teramatlah la lama…

    • androidians pada 15 Nov 2011

      peranti2 mudah alih sememangnye x sesuai utk dicas melalui komputer…everyone agrees on that…

      • Obefiend pada 15 Nov 2011

        tried it using my tab. took too long might as well say “baik tak payah”.

      • hakeem pada 15 Nov 2011

        better than none rite???

      • hakeem pada 15 Nov 2011

        but since thy are called smartphones..thy shld be smart n make our life easier kan…kikiki

        • Obefiend pada 15 Nov 2011

          exactly hakeem…….. patut esnang la charge. from LAPPIE leh charge is a MUST now. deswai i like this NOTE. Tablet aku dah 2 minggu tak digunakan. A HA

          • Piratz pada 16 Nov 2011

            Bagi aku la tab ko tue..

  16. Anonymoust pada 15 Nov 2011

    tuan blog, bagaimana dengan kualiti suara samsung galaxy note ini dibandingkan dengan smartphone yang lain? bagaimana pula dengan kualiti sgs2? saya belum memiliki mana2 smartphone kekaran kekangan kewangan, tetapi sangat mengikuti rapat perkembangan teknologi telefon cerdas.

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      fungsi suara sudah saya nyatakan diatas sekali tapi takpe

      fungsi suaranya jelas dan terang. saya rasa ini standard sekarang. tanpa perlu diulas fungsi telefoni memang sedia bagus. tiada DROP CALL macam Iphone itu yang pasti

      • AzAAwan pada 01 Jan 2012

        Apa itu drop call?

        • Aman pada 01 Jan 2012

          Kadar panggilan tak dapat dijawab ataupun putus ketika sedang jawab.

  17. Anonymoust pada 15 Nov 2011

    maaf,maksud saya kualiti bunyi. mana boleh telefon cerdas bersuara seperti manusia.

  18. nur pada 15 Nov 2011

    barang dah bagus dah tu. galaxy note. samsung dah makin samseng dah. he he

  19. myvitrd pada 15 Nov 2011

    Pilihan ditangan anda.. aku pon minat juga..

  20. alia pada 15 Nov 2011

    geram je tengok..

  21. kikoz pada 15 Nov 2011

    amanz dh kawin ke?
    smua mcm dh perfect..cuma xde NFC…xsabar mnggu depan..

    • Aman pada 15 Nov 2011

      nope. tue tunang Effi.

      Yup. Tapi, buat masa ini, NFC kat Malaysia still tak popular lagi, walaupun Nokia dah push melalui NFC-hub kat Malaysia.

      • AzAAwan pada 01 Jan 2012

        Apa itu NFC? National feedlot shahrizat tu ker??? sori saya meme banyak taktau.

  22. azwan11 pada 15 Nov 2011

    nice review!

  23. hampes pada 15 Nov 2011

    ‘Speaking’ konon!! Meluat aku nengok!! Ni page owg puteh ke owg melayu?? Amanz pon gune bhs melayu kite..:) nak speaking g ler kat forum lowyat ker..hahaha

    • Aman pada 15 Nov 2011

      Tak faham. :-?

      • Obefiend pada 15 Nov 2011

        meleis biasalah. mesti dia ada kad keahlian PERKASA hidden in his ass

        • kaihnsn pada 15 Nov 2011

          Obe jangan la bawak peel twitter kat amanz. not nais.

          • snazzybizarre pada 15 Nov 2011

            +1

        • mean pada 16 Nov 2011

          +1

  24. taroathirah pada 15 Nov 2011

    video call ohsem tak? certerai buat demo vid call XD XD

  25. Ikhwan pada 15 Nov 2011

    “pengecas berkepala 30 pin”

    3 pin atau 30 pin?

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      30 pin. atau dalam bahasa inggerisnya 30 pin headed charger

  26. awei pada 15 Nov 2011

    sgs2 boleh tak setting tone sms dia? cari2 tak jumpa pon. nak tukar kepada mp3

  27. Mejuez pada 15 Nov 2011

    Tip Top Review!!!

    macam ni punya review la paling terbaik pernah aku baca… tahniah obe!

    lepas ni kalau ada peranti baru yg hot class ko review kaw kaw punya ……

    aku bosan dah baca review versi omputeh jee… jarang tgk review peranti verai bahasa melayu ni….

    Samsung Galaxy Note peranti terbaik selepas Samsung Galaxy S II….

    =)

  28. Mejuez pada 15 Nov 2011

    Tip Top Review!!!

    macam ni punya review la paling terbaik pernah aku baca… tahniah obe!

    lepas ni kalau ada peranti baru yg hot class ko review kaw kaw punya ……

    aku bosan dah baca review versi omputeh jee… jarang tgk review peranti verai bahasa melayu ni….

    Samsung Galaxy Note peranti terbaik selepas Samsung Galaxy S II….

    =)

  29. Joe pada 15 Nov 2011

    Testogalot

  30. jazal pada 15 Nov 2011

    bro masa cas cepat ke lambat?sejak aku pakai smartfon iphone paling pantas nk cas..tab 10.1 lambat bena nk penuh,sgs2 pn sama..itu aku xsuka..satu lagi sofware kt tab mcm xbyk n xsesuai untuk tab 10.1.bila on zzz heng..note mcmna ok ke dari mslh ni?tq

    • Obefiend pada 15 Nov 2011

      charge time dalam 2-3 jam. kapasiti bateri besar so tak boleh elak. tapi since nyawa dia dalam 12-17 jam aku rasa masa malam dah nak tidur baru perlu caj maka tak rasa sangat lah lamanya

      ini pendapat aku lah

      • jazal pada 16 Nov 2011

        00..sebab biasa aku guna iphone kaw2 gak le batri sempat tahan sampai ptg..cas kejap dalam 1/2 ur 1jam da sampai ur lbh separuh..ak tgk note ni boleh tahan..sgs2 cas mmg lambat beno klu 1/2 naik dalam 5% cmtu je..

      • sam pada 23 Nov 2011

        bro,stylus leh digunakan utk crop gmbr ke contoh bila browse gmbr dari internet or sewaktu dengannya..smooth x?ke still kena edit lik after crop?

  31. kaihnsn pada 15 Nov 2011

    Setelah aku mengomen komen orang baru aku nak komen pasal review si Obe ni. Terima kasih Obe di atas komen yg hampir sempuna begini. Perenggan terakhir tu memang Samsung patut hadiahkan satu untuk Obe satu untuk bini Obe hahaha.

  32. Kosanostra pada 15 Nov 2011

    Obe,Amanz,

    bagaimana hendak mendefinasikan kelajuan ‘processing’ sesebuah smartphone/phone untuk mengakses bandwidth data?Camne korang berdua lihat ni dkt Samsung Notes ni?Bagaimana QoS data untuk phone ini tanpa gunakan Wi-Fi? (maksudnya apabila berada di rural area/kerna kita semua tahu QoS data provider kita dalah teruk).

    Selalunya duo-core akan consume lebih bateri dr single core device.betul?

    Bagaimana hendak tahu Notes ini punya application running and consume battery?Ada apps untuknya?

    Sekian.

    • tekong pada 18 Nov 2011

      salah satunya kita boleh guna speedtest.net ada appnya untuk android

  33. Aikhil pada 15 Nov 2011

    Nice review Obe..

    Awei – Nak setting tones sms rasa xde direct, tp u can add the mp3 as a notification and use it as sms tone..
    Copy file tu ke Media » Audio » Notifications..
    Kalau folder tu x wujud, create je la.. ;-)

  34. Siri pada 15 Nov 2011

    tetap x boleh lawan Siri. keh3

  35. Wacava Dot Net pada 15 Nov 2011

    awesome! menarik! tertarik! dabomb.. nipis je.. seksi plak aku tengok.. *gian… giannn*

  36. Aria pada 15 Nov 2011

    xsangka aku suara obe seksi.. dan xsangka aku obe boleh tulis mcm nie.. hahaha.. selalu baca blog dye tulis cara lain.. takut kne marah dgn aman la tu..

  37. hampes pada 15 Nov 2011

    wat malu je aku bace review n posting2 kat sini!! blom lg owg luar bace!! dah ler post aku kene delete!!!

    • Aman pada 15 Nov 2011

      En Hampes. Sebenarnya, saya yang memadam komen saudara. Kebiasaannya, saya tidak memadam sebarang komen pada laman blog ini kecuali komen berunsurkan kepada politik dan juga komen FIRST. Tetapi komen saudara dilihat seperti berunsurkan kebenciaan terhadap Effi.

      Sebenarnya, bagi kami di Amanz, kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan beliau. Malah penulisan beliau pada bahagian gajet adalah baik, malah ulasan yang dibuat untuk Samsung Galaxy Note ini juga adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya.

      Jikalau saudara boleh memberitahu berkenaan apakah yang saudara malu dengan ulasan ini, harap saudara dapat keutarakan, supaya kami tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.

      Sekian.

    • Tak Hampes pada 15 Nov 2011

      hampes yg mmg hampes, lu tak suka ka org berubah jadi baik? lgpun rebiu obe terbaek. sini pasal teknologi jer bai, nak serang-serang obe gi kat blog dia. ada paham?

  38. Ekspresi Ruang pada 16 Nov 2011

    mmg ada keinginan nk angkut seketol tp dgr citer xsmpt release pon stok dh abes. pecer?

  39. redzabes pada 16 Nov 2011

    ermmmmm, review nokia N9 dan lumia 800 bila nak buat eh?
    hati dah tertawan dengan design nokia, hehe
    note ni rasa maca besar sangat je, s2 pulak ramai sangat orang pakai

    • malayz pada 16 Nov 2011

      btl tu…harap amanz blh wat rview tok n9 n lumia 800…aq sgt2 la bmnt tok dptkn 2 model nokia tuh…Note ok sgt cme tlalu besa tok aq..huhu..

      • Piratz pada 16 Nov 2011

        Nokia N9 aku ada dapat… Meh baca blog aku tuk review Nokia N9.. Tapi review tak tulis lagi..hihi…

        • redzabes pada 16 Nov 2011

          kthxbai

        • waiewaie pada 26 Nov 2011

          tq.dapat satu lagi blog IT.

  40. Hisyam pada 16 Nov 2011

    “Sebagai penulis yang ego saya menyalahkan perisian yang tidak cukup hebat untuk membaca tulisan saya yang terlalu hebat.”

    Kool giler ayat ni. Hahaha!!!!!

  41. hampes pada 16 Nov 2011

    @Aman Wa ckp Obe gune bhs lucah kat posting pon xley ker?? Kat review pon gune perkataan j*j*k!! Apesal nk salahkn wa plak?? Bru wa tau sape Obe nih..

  42. Tersangat hampes pada 16 Nov 2011

    @Aman Sblom ko delete post aku, ko bace ar dlu blog2 Obe..Cube ko nengok ayat2 yg digunakn beliau..Mcm2 ayat ade..lebey kpd perli, sarcasm..lps tu de gak ckp psl KAPIR, HARAM..wTf?! dah tinggi sgt ilmu agama dye..kalu btol, xpe ar..bleh mintak nasihat dye lps nih..Tgk gak komen2 yg ditulis..wa sorg je ke kutuk dye?!

    • sinach pada 16 Nov 2011

      bro, sini website AMANZ.MY. ko bace x header atas tu. sini Website informasi teknologi semasa. asalkan apa yg dia ulas pasal technology, pergi mampos la dia nk buat apa kat real life. aku xkesah pon penulis tu penzina ke homo ke kapir laknat ke.sbb kat techno blog ko xbaca pasal real life diorg. ko bace pasal teknologi yg diorg ulas. pls get a life.

      anyway, NOte adelah dlm must get list aku.

      • sam pada 23 Nov 2011

        +1

    • RoyAkatsuki pada 16 Nov 2011

      waa…panas nih.siap bleh tegoq amanz lagi.heheheh.
      aku cdgkan hg bukak laman web senri,bleh delete post sapa2 yg hg nak.

    • pok pih pada 16 Nov 2011

      paper the star ko bace? facebook ko guna? ko tau x tu kapir yg buat.tapi ko guna gak. so kalo ko x suke obe ko serang la kat blog die. jangan nyemak tempat org nak usha gajet2 baru ni.

  43. syahrilhafiz pada 16 Nov 2011

    pehal ramai sangat hater si obe ni hah? baca review ni terbaek pa…mudah difahami kot
    thumbs up amanz :)

  44. Hampes dah.. pada 16 Nov 2011

    Kpd Pro Obe, Tahniah diucapkn n Tahniah juga buat Amanz.my kerna mndpt penulis yg sgt bgs (mcm xde penulis len da).

  45. Hampes dah.. pada 16 Nov 2011

    Wa xsuka suki nk delete post owg..kat sini xde freedom..kalo ngan member xde hal..ckp camne pon, post xkene delete..TAHNIAH AMAN..

    • Aman pada 16 Nov 2011

      Encik Hampes dah..

      Kami tidak memadam sebarang komen di blog ini seperti yang diperkatakan sebelum ini. Hanya komen berunsurkan politik dan juga komen FIRST sahaja yang dipadam. Tetapi komen saudara bercirikan kebencian terhadap salah seorang penulis kami. Saya tidak ketahui dimanakah silap beliau pada ulasan kali ini, yang tampak amat profesional berbanding sikap saudara yang spam akan kotak komen kami. Pada masa yang sama, saudara bukannya membincangkan mengenai topik yang dibincangkan disini, sebaliknya membincangkan mengenai salah seorang penulis kami yang mana kami ia tidak perlu dibincangkan disini. Selain daripada topik ini, saudara juga spam akan pada beberapa artikel lain dengan komen saudara berunsurkan kebencian terhadap beliau. Oleh sebab itu, saya terpaksa memadam komen saudara.

      Sekiranya saudara tidak berpuas hati, dan ingin berjumpa dengan kami, saudara boleh terus berhubung melalui emel yang tertera seperti mana pada bahagian bawah laman kami, ataupun terus boleh menghantar komen kepada bos kami melalui Twitter di @tekong. Mungkin kami juga boleh aturkan perjumpaan antara empat mata antara saudara dengan penulis kami Effi, sekiranya itu yang saudara mahukan.

      Berkenaan dengan FREEDOM yang saudara katakan itu, sekiranya saudara tekankan mengenai FREEDOM berkaitan dengan SPAM, memang ia tiada disini.

      Dan harap, selepas ini, saudara boleh membincangkan mengenai topik yang disediakan disini, dan bukannya membincangkan mengenai penulis kami, kerana ia serba sebanyak menganggu pembaca kami yang lain.

      Oh ya, kotak komen ini turut mempunyai butang balasan yang dilabelkan sebagai “Reply” yang boleh saudara gunakan supaya komen saudara tidak terlepas pandang oleh pihak kami.

      Sekian.

      • redzabes pada 16 Nov 2011

        LIKE A BOSSS!!!

    • abahko pada 16 Nov 2011

      freedom la ni hampes oii…ko ade freedom kutuk obe personally..& admin pon ade freedom nak delete komen ko hahaha

  46. Wan pada 16 Nov 2011

    Bro..ada fungsi Auto On/Off tak mcm BB? Satu method utk jimatkan penggunaan bateri.

  47. Hampes dah pada 16 Nov 2011

    Aman, ke situ plak! Wa bg pndpt je lah ttg Obe..Nak tanye 1 jek kat bro..Bro de tgk posting beliau kalo de word ‘A**’, pe kes??? Wa cume nk btolkn..tp prob xley repot as spam..

  48. Hampes dah pada 16 Nov 2011

    Aman..FYI, wa guna mobile versi..not full versi.Tq

  49. mean pada 16 Nov 2011

    tested & tried, galaxy note is in my list

  50. Hampes dah pada 16 Nov 2011

    Wa suka baca blog Obe n tgk komen..mcm2 ada..haha

  51. topek pada 16 Nov 2011

    perghh!! menetess tgk note nih… mahal betul harga dia… huhu..

  52. Kaka pada 16 Nov 2011

    Perisian tambahan: S-Note???

  53. Hampes dah pada 17 Nov 2011

    @Pok pih Tq..The Star, Facebook, ko dah larik dr tajuk asal lor. xde kaitan dgn kafir lor. Ko bace blk komen wa. Ke ko men hantam je..:)

  54. Hampes dah pada 17 Nov 2011

    @Abahko Freedom? Freedom ler sgt. Member seniri xpe nk mncarut ke hape..:) Nmpk BIAS kat sini. Ko bace xkomen OBE? Kalo xbace, bek ko diam jek..haha

    • abahko pada 17 Nov 2011

      haha sebab aku bacer la aku komen. Obe bukan member aku pon sampai aku nak kena bela & belai2 dia dalam komen aku. Lgipun, komen dia pasal ” mEleis & hidden in his ass” tu mmg btoi apa? Nak2 orang cam ko. Tak boleh tengok org lain senang langsung. Typical Meleis

  55. Hampes dah pada 17 Nov 2011

    @Aman Camne kalo wa ckp, bro ngan Obe same jek. Member komen, no hal. Dun wori. I wun del ur comment..:)

  56. pengembala pada 17 Nov 2011

    dah try masuk poket masa test kat low yat

    x besar x kecik,tapi cam trasa janggal memula

    mcm best

    plan nk angkat 4s ,skang rasa nak angkat note

  57. Azri pada 17 Nov 2011

    Satu dokumentasi yang baik dengan klip video yang informatif, teruskan usaha ini.

    Saya baru gunakan Galaxy S2 sejak 3 minggu lalu, dan tidak menyangka Galaxy Note akan keluar begini cepat, kalau tidak dah tentu saya akan tunggu. Ini adalah fon Samsung ke-2 saya selepas Galaxy Tab dan fon pintar Samsung kini adalah pesaing utama kepada iPhone.

    Pada saya, masalah bateri tidak begitu banyak ‘juice’ bagi Galaxy Tab dan Galaxy S2 adalah satu kekurangan besar, dah diharapkan bateri Galaxy Note lebih tahan lama di antara caj.

  58. Syafiq Kamil pada 17 Nov 2011

    Teringin nak memiliki .. hohoho ..

  59. Wafiq pada 18 Nov 2011

    Rekabentuk industri peranti ni sangat kemas dan cantik, tak hairanlah Apple meniru rekabentuk ni pada iPhone 3GS.

    • zerous pada 18 Nov 2011

      hah ye ke.

    • Enche Jobs pada 19 Nov 2011

      amat menakjubkan bukan?! terpersona saya!

  60. E.K pada 18 Nov 2011

    dah tentu dual core perlukan bateri berkapasiti tinggi. Mungkin strategi pemasaran samsung macam ni kot.

  61. syamilshahimi pada 19 Nov 2011

    Okay to be honest, suara Obe lain daripada yang aku jangka.

  62. suarapeople pada 20 Nov 2011

    berbaloi tak memilikinya?

  63. Hisyam pada 20 Nov 2011

    Tq for the Demo!

  64. fikri pada 24 Nov 2011

    Menarik, cuba skrin besau… aku nak genggam satu tangan pun payah pasal tangan aku kecil. uwaaaa

  65. jiha pada 10 Dec 2011

    sya ad terbaca yg GNOTE ni akn di upgrade ni mnggunakan Android 4.0 berbanding Android 2.3 skrg. sahih ke hal ni?? boleh AMANZ tlg pastikan? kalu ye, sy igt nk tnggu yg upgrade GNOTE white version.. trima kasih.

  66. ayu jamal pada 03 Jan 2012

    memang samsung note mcm x berapa best sgt..besar gedabak, sbb tu mcm me kaum wanita rmai yng gemar pilih i phone kot.

  67. Syam pada 12 Jan 2012

    Sebagai pemilik iPhone sejak 2009 saya akui NOTE adalah hebat .. banyak juga wanita yg menggemari NOTE sbb tak sebesar TAB .. dengan adanya NOTE , menyebabkan iPhone saya seakan2 rosak (jarang guna) .. kualiti gambar/video sgt bagus ..

  68. shahrul pada 13 Jan 2012

    aku dgr ada org sendawa

  69. Sitiey Eimah pada 27 Jan 2012

    Dah beli dah..huhuhu..buang blackberry bold..best gune note..

    • Sitiey Eimah pada 27 Jan 2012

      Tq to my hubby hadiah note semperna my b’day..love my hubby sbb sgup buang blackberry bold walau baru guna sebulan semata2 kerana i minat note..hhuhuhu

      • zahrul hayat pada 30 Jan 2012

        untung lah.. :)

  70. Eza pada 11 Mar 2012

    sgsII ngn note mn lg bagus?

  71. ajisyam pada 13 Mar 2012

    saya dah pun tukar iphone 4 dgn note..memang paus hati

  72. azura pada 23 Mar 2012

    kenapa agak tak sesuai buat perempuan aman…saya tengah survey2

  73. Iskandar pada 09 Apr 2012

    saya tengah survey2 utk beli telefon..antara Galaxy Note & HTC One X mn lagi abg aman syorkan? mn lg better?

    • Aman pada 09 Apr 2012

      erm. kalau suka lukis-lukis, nak amik nota, dan nak hybrid antara telefon pintar dan tablet, maka amik la Note. Kalau cuma nak telefon pintar maybe boleh amik Xperia S.

  74. aju pada 14 Apr 2012

    dh beli dah…..mmg best bg org yg suka kecanggihan dan suka menconteng2….hehehe…

  75. zoulsham pada 16 May 2012

    Saya dah tengok galaxy note ni… Cuma sistem yang digunakan tak berpadanan dengan harganya iaitu Gingerbread 2.3.6 yang juga terdapat pada model Samsung lain yang berharga lebih murah.
    Dari segi saiz, gajet ni tak sesuai dimuatkan dalam poket… Ia memungkinkan skrinnya patah atau melengkung disebabkan tekanan kontur tubuh. Lebih sesuai disimpan dalam blazer atau jaket berpoket dalam. Note pilihan yang terbaik untuk menggantikan DSLR, Tab dan Telefon. Cuma lebih baik kalau ianya dibuat dalam versi 2 sim bagi membolehkan 3G dan GSM diasingkan. Saya puji bab bateri yang boleh dibuka. Kalau modal lebih, beli 1 bateri tambahan sebagai backup.


Trackbacks/Pingbacks

  1. 4 Sebab Mengapa ANDA Harus Miliki Samsung Galaxy Note | SyahrilHafiz.Com
  2. Samsung Galaxy Note, You Are Mine! | Ikhwan Shah [dot] Com
  3. SAMSUNG GALAXY NOTE VS SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 GADGET IMPIAN | syaisya.com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader