Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, beberapa laporan baru memperkatakan yang mana Hitachi Displays dan juga Sony Mobile Display telah pun mula menghantar skrin bersaiz 4-inci kepada Apple untuk digunakan sebagai paparan untuk iPhone generasi baru kelak. Namun ia masih tidak dapat diketahui akan mengenai kesahihan perkara ini.
Laporan mengenai Apple akan memperkenalkan peranti iOS bersaiz 4-inci kedengaran sejak sebelum ini lagi, dimana ia dilaporkan Apple bakal memperkenalkan iPhone 5 dengan saiz demikian. Namun sebelum ini, Apple hanya sekadar melancarkan iPhone 4S dengan paparan bersaiz sama.
Apple sehingga kini mengekalkan saiz skrin yang sama supaya semua aplikasi yang dibangunkan untuk iPhone dan iPod Touch dapat beroperasi dengan betul tanpa sebarang masalah. Dan sekiranya perkara ini adalah benar, maka mungkin ia akan membawa masalah kepada komuniti pembangun, dan perlu mengoptimasikan aplikasi mereka bukan hanya untuk iPhone dan iPad sedia ada, tetapi turut sama untuk skrin bersaiz 4-inci.
Namun, perkara ini masih lagi dikategorikan ura-ura tanpa sebarang pengesahan dan bukti rasmi lagi.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kemass.. xkan nak stay dgn 3.5″ je.. screen besar ni kekok mula2 je.. lama2 dah mmg xkan kembali ke screen yg kecik da.. terbaik..!
klu besar2 pn xbest gak..xsesuai dgn jari org asia…
and media spins again. apple win
mcm2 alasan ‘sj’ xnak gune skrin bsr sbb takot kene gune 2jari..adoii!! Customer Always Right!!
Abeh tu nak zoom xgune 2jari ka?? Haha..
kalau nak zoom kan boleh klik skrin tu 2 kali..
kalo btol pon biaq ler nipis skit! Leh lwn nge razr..haha
kalau ikut mendiang steve..dia mmg awal² lg tak berkenan dengan idea phone yg screen besar2..tapi kita tunggu dan lihat je Tim Cook punya keputusan
pe2 pon org ttp beli gak..kecik or besar..
saiz 4 inci ni Apple buat sbb nak bagi users ttp stick kat iPhone je… kan skrg ni Samsung Galaxy S semakin menjadi tumpuan pembeli sbb saiz besar… so Apple kena ambil taktik ni lah utk menangkan kembali keyakinan user kat Apple… takkan Apple masih nak pakai saiz kecik je kot… sbb user akan semakin selesa ngan skrin besar (walaupun Apple dah kukuh dan kukuh tapi x mustahil Samsung blh ambil alih dunia smartphone). Apapon product Apple tetap terbaik.
tunggu dan lihat..
jap ag bungkus la samsung.hehe
+1
p/s : sy pengguna samsung
apa epal ni main tiru2. be ri la epal. baru ada hati saya mau beli.
kalau tak silap, before this Apple nak stay dengan 3.5″ tu sebab apps nye resolution memang dah develop utk screen 3.5″ dengan sekian reso dan sekian ppi.
Samsung kan banyak phone with variety screen sizes. Ada masalah tak dengan isu ni? Aku x pernah guna Android/Samsung phone in details.
terbaek!!