Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ketika pelancaran iPhone 4S pada bulan lepas, ramai peminat Apple yang seperti kecewa, apabila peranti yang dinantikan mereka, iaitu iPhone 5 tidak diperkenalkan, sebaliknya hanya kemaskini kepada iPhone 4 dengan kamera, cip pemprosesan dan sokongan Siri sahaja diperkenalkan. Namun begitu, kini salah seorang sumber memperkatakan yang mana beliau pernah sendiri mencuba dan menguji prototaip iPhone 5 yang dinantikan itu.
Menurut sumber tersebut, prototaip iPhone 5 daripada Apple membawakan beberapa perubahan, termasuk saiz skrin sebesar 5-inci, bahagian belakang yang dibuat daripada alumnium, butang utama yang kapasitif, kamera 10-megapixel, lebih pantas, dan mempunyai jangka hayat bateri yang lemah.
Selain daripada itu, seperti ura-ura sebelum ini, fungsi Siri dikenali sebagai Asisstant padanya.
Namun, apabila bercakap mengenai mengapa ia dibatalkan, menurut sumber tersebut, Steve Jobs tidak menyukai rekabentuk peranti yang lebih besar, dan berbeza dengan saiz skrin semasa pada iPhone.
Sebelum ini, ia juga pernah dilaporkan yang mana iPhone 5 merupakan peranti terakhir yang mendapat perhatian sepenuhnya daripada Steve Jobs, dan diperkatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan.
23 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sekejap suka sekejap tak suka…hahaahha
tula pasal..heheher
the prototype is ugly and it is from BI. That is not legit.
Why 3.5″ is perfect size for screen -> http://dcurt.is/2011/10/03/3-point-5-inches/
oh ya. it is 4″, not 5.
kenapa da xde reward, amanz???
ade la
hope btul la next yr kuar iphone 5..
cam biasa media akan terus spin cerita pasal Apple.mmg cerita pasal iphone adalah cerita yg boleh jual dlm mana2 media.its a win win situation utk Apple dan jugak media. maka berlambak lah cerita itu ini pasal iPhone. its a good business marketing strategy
Ouccccch! sudah kuar dh
blom lagi.Ura-ura je ni,baca tajuk tuuu
ura-ura, kura-kura….. dah macam jadi spin off dah iPhone 5 ni?
Depa kasi kontroversi je tuh………….. Nak kasi lariskan berita pasal iPhone 5 lepas tuh baru buat info gempak2…
Teknik bisnes memang macam ni… >_<
Teknik diorang memang kool.
lepas tu akan ada prototaip tertinggal kat bar
iphone wont go over 3.5 in term of screen size.
Apple should realize, 3.5″ is not the best size for smartphone screen. Ergonomics is not a good reason. I can access my 4″ Samsung Focus screen with ease with my thumb. Plus, with today’s technology of using smartphone for media purposes (videos, movies, games, internet browsing), I can say that 3.5″ screen is too small.
p/s: I’m no hater. I’m an iFag.
exactly,if u get use to bigger screen, u wont turn back to smaller one.
Sebab Apple sudah meludah kelangit..sebelum ni mendiang Steve Jobs dah cakap mana ada orang nak phone bersaiz besar
bosan….
4″ mmg mula2 rasa besar.. tp bila dah guna, mmg xkan tukar balik ke lower screen size.. mmg puas hati..
Bosan lah iphone… cakap tak supa bikin…
tlg la kata bnda ni xbtol
Alasan skrin 3.5 inci yg sebetulnya ialah apple xnk retina display diorang hilang bila skrin ditingkatkan ke 4 inci dan ke atas lol.. Lps tu buat alasan psl 3.5 inci saiz yg perfect utk jangkauan ibu jari lolx2..
Nothing is imposible…:D hahahaha mne la tau,pot pet pot pet psl iphone bsr tu la ni la…ble kuar scre official…gmpak pnye spec,bru nk pkir “awesome!’”…