03Nov

(Ura-Ura) Windows 8 Pada Ogos 2012, Windows 9 Pada 2014

Microsoft

Salah satu berita menarik dalam dunia teknologi dan perkomputeran adalah ura-ura mengenai pelancaran produk baru dan akan datang oleh sesuatu syarikat. Dan kini, ia diura-ura akan yang mana Microsoft bakal melancarkan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Windows 8 pada bulan Ogos tahun hadapan, dan diikuti oleh Windows 9 dua tahun selepas itu.

Namun begitu, seperti biasa ianya hanya sekadar ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi, dan berkemungkinan besar perkara ini tidak benar.

Pada masa yang sama, ia juga diperkatakan yang mana Microsoft bakal mengeluarkan Windows 8 Beta yang dinantikan ramai pengguna pada Januari tahun hadapan pada acara CES 2012 kelak.

Windows 8

Menariknya adalah dimana pada apa yang diperlihatkan, Microsoft diperlihatkan untuk mensasarkan pelancaran Windows 8 bersama-sama dengan Windows Phone 8 pada tahun hadapan, iaitu pada bulan Ogos 2012.

Walaupun perkara ini mungkin tidak benar, dan mempunyai perubahan masa dari segi pembangunan dan sebagainya, tahun hadapan semestinya salah satu tahun yang menarik dalam dunia teknologi.

Tips daripada Arif Ishak.


Windows 7 Beta 1 Pada 13 Januari
Aplikasi Nokia Maps Untuk Windows Phone Mula Kelihatan
Windows 8 Akan Menerima Sokongan Perkomputeran Awan Melalui Integrasi SkyDrive
Xbox Generasi Baru Tidak Akan Membawakan Pemacu Cakera?
Nokia Lumia 610 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM699

10 Komen

  1. ali mamak pada 03 Nov 2011

    beta 2 leh download ke x???? free or berbayar

    • Aman pada 03 Nov 2011

      selalu beta dia bagi download free lagi, sama cam Dev-Preview sekarang nie. :D

  2. Jibam pada 03 Nov 2011

    Masih guna Vista..huh.

    • amer sparrowhawk pada 03 Nov 2011

      vista berat doe

    • syamilshahimi pada 04 Nov 2011

      u should upgrade to W7. Even XP is faster than Vista

  3. Omar pada 03 Nov 2011

    Tunggu Windows 9 jer la terus..

  4. nur pada 03 Nov 2011

    windows berubah dlm masa terdekat skrng nih.. sangat beza dengan jarak masa antara windows xp dgn windows vista. bermakna saingan hebat dlm dunia teknologi.. pada masa hadapan kita tak tahu lg.. tunggu jelah.

  5. ZoOL pada 03 Nov 2011

    3 hari lagi.. sabar yea Windows 8 :)

  6. syamilshahimi pada 04 Nov 2011

    Lambat sangat. I’m changing to Mac. Bye

  7. syahrilhafiz pada 04 Nov 2011

    fuh..ada lagi rupanya..aku pun tak menerai lagi ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader