Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu produk daripada Yahoo! yang masih popular dikalangan pengguna adalah Yahoo! Messenger, dan hari ini, pihak pembangunnya telah pun memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Messenger mereka, iaitu Yahoo! Messenger 11.5.0.152 yang membawakan beberapa perkara baru padanya, termasuk salah satunya adalah sokongan tab pada tetingkap sembang.
Melalui sokongan tab, ia membolehkan anda menguruskan semua tetingkap sembang pada hanya satu tetingkap dengan mudah, dan tidak memenuhkan desktop anda dengan hanya tetingkap Yahoo! Messenger sahaja. Selain daripada itu, beberapa perkara baru yang lain turut ditambah, termasuk sokongan SPAM yang dipertingkatkan, kebolehan akses pantas kepada semua emoticon, dan sokongan permainan sosial yang baru padanya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Messenger hari ini, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Harap yahoo messenger kekuatan
bagi yahoo.huuu.
tq bro… akan ku d/load nnt
Tak mampus lagi YM ni.. aku x suka interface die sbb x blend dengan Windows 7, skin die masih pada taraf Windows XP.. :/
Akhirnya YM dah ikut langkah seperti Pidgin, Empathy dan lain-lain.
dah tak minat nak YM dah
Kemass.. versi phone pun leh upgrade cmtu kn mntap..
Amanz, nie offline installer.. http://xh.yimg.com/gj/msgr/115/client/ymsgr1150_0152_us.exe
macam tiru pidgin lak y tab tu..huhu
nyampah gile byk contacts yg dah kena virus..
setuju, byk contacts da kena virus..
berat la YM. Gtalk jugak best. simple aje
ini betul, tapi sayang member tak ramai ada gtalk..
lama dah x pakai, lepas format pc ari tuh, rasa macam nak pakai plak jer. huhuhu
aku nak tetingkap sembanggg nakk ! HAHAHAHAHAHAH kiut gila tetingkap sembang huahuahuhau dah download ok bai
Terima kasih info ni…baru tahu. Berita terbaru selalunya dapat dari amanz.my tqvm..
masih dalam pembangunan ke.. patutnya dimansuhkan. banyak lagi sosial klien yang sedia servis, fungsi lagi baik dan percuma.
Interface macam Yahoo Messenger for Vista Edition tahun 2008 dulu yang tak lepas BETA then kena terminated.
lama giler xgne YM ni.
gak bisa upgrade ke versi baru…tolong dong