12Nov

(Video) Demo Ringkas Peranti Motorola Droid Razr Dengan Kevlar

Gajet

Motorola Droid Razr telah pun dilancarkan secara rasminya pada awal minggu ini, bersama-sama dengan Motorola Defy+, dimana kedua-dua peranti telah dimulakan jualan semalam, masing-masing pada harga RM1999 dan juga RM1099. Celcom juga turut sama menawarkan peranti Droid Razr bersama-sama dengan pakej dan pelan mereka pada harga serenah RM1308.

Selain daripada ulasan ringkas dalam bentuk tulisan sebelum ini, kini kami turut sama membawakan ulasan ringkas peranti ini dalam bentuk video, membolehkan para pengguna melihat dengan lebih dekat akan peranti yang membawakan Android 2.3 Gingerbread, skrin seluas 4.3-inci, cip pemprosesa dwi-teras 1.2GHz, kamera 8-megapixel dan juga badan yang tahan lasak, dibuat menggunakan Kevlar.


Peranti Pertama Symbian Belle Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi?
Samsung Mengumumkan Peranti Ice Cream Sandwich Pertama - Galaxy Nexus
BlackBerry Bold 9790 Disasarkan Untuk Pelancaran Bulan November
Xperia Active - Telefon Pintar Yang Benar-Benar Tahan Lasak
Nokia Telah Mula Mendominasi Jualan Peranti Windows Phone

13 Komen

  1. Syukri Lajin pada 12 Nov 2011

    awat lagunya sedap sangat bunyik.. huhuhu

    • zerous pada 12 Nov 2011

      ader background lagu tamil…hahaha

  2. rizuani pada 12 Nov 2011

    Bila nak try Kevlar tu..? test la pakai bullet baru bole claim ‘bullet proof’

    • Ikhwan pada 12 Nov 2011

      Rasanya akan hancur kalau tembak dari belakang. Sebab getaran ;)

      • rizuani pada 12 Nov 2011

        hahaha mcm tu tak da la bullet proof…

        • androidians pada 12 Nov 2011

          lol, kevlar ni mmg guna utk bulletproof vest tp kena letak some material la utk tahan peluru tu…nak stopkan momentum peluru tu…sbb konfem ada impak apabila peluru tu collide with something, so kita perlu sesuatu utk menyerap impak die…

  3. Mohd Azizul pada 12 Nov 2011

    bkan bullet proof la… bullet proof kena guna byk lapisan + seramic…

  4. kaihnsn pada 12 Nov 2011

    Awat bengap sangat ni heheh. Kevlar je bullet proof.

  5. pyrozyro pada 12 Nov 2011

    err – Dude -

    memang la belakang tue dibuat dari Kevlar (kevlar digunakan untuk buat baju kalis peluru macam amanz tulis lam video)… tapi tak semestinya kalau pakai Razr kat badan .. tembak tak mati …

    ** susah kalau nak suruh ikan menari shuffle …

  6. riel pada 12 Nov 2011

    macam2 hal lah…..

  7. royAkatsuki pada 13 Nov 2011

    nak kevlar yg kalis lagu tamil.

    • Beburung pada 13 Nov 2011

      lagu tamil la yg kalis peluru. takyah kevlar.

      (gurauan semata2)

  8. Pawang raja pada 20 Nov 2011

    Saya terjumpa satu review berbahasa melayu tentang motorola Razr di youtube harini.. just nak share.. http://www.youtube.com/watch?v=CBTpp9PbEfU


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader