29Nov

(Video) Evolusi Carian Pada Google Dari Dulu Hingga Sekarang

Google

Teknologi carian secara amnya telah berubah dari tahun ke tahun, dan seperti semua sedia maklum, enjin carian paling popular di dunia Google, turut sama melalui evolusi, dari hanya menyediakan carian berbentuk teks sahaja pada awalnya, kini mereka telah menambah satu demi satu fungsi, dari carian imej, berita dan sebagainya sehingga membolehkan para pengguna mendapatkan jawapan pantas dengan mudah terus melalui kotak carian Google.

Untuk memperlihatkan evolusi carian di Google, mereka sendiri telah menyediakan sebuah video ringkas, memperlihatkan perubahan yang dilakukan dari tahun ke tahun. Antara perkara yang ditekankan adalah termasuk sokongan carian universal yang memperlihatkan teks, gambar, video dan sebagainya pada satu halaman dengan mudah, selain turut memperlihatkan jawapan terus pada halaman carian tanpa perlu ke laman yang lain.

Google juga pada masa yang sama, kini telah memfokuskan pada masa depan carian, dimana mereka terus memperkembangkan teknologi carian pada Google, dengan mengintegrasikan pelbagai sokongan, seperti carian suara dan sebagainya. Mungkin dalam tahun-tahun akan datang, kita akan dapat melihat perubahan lebih drastik, tambahan dengan pengenalan Google+ baru-baru ini.


Export Wave Anda Dengan Mudah Dari Google Wave
Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube
Pengguna Google+ Berkongsi Lebih 1 Billion Perkara Sehari
Google Maps Membawakan Sokongan Bahasa Malaysia, Transit Dan Trafik Masa-Nyata
Pesaing Dropbox Daripada Google Bakal Menawarkan Ruangan Percuma Sebanyak 5GB?

10 Komen

  1. hanyaair pada 29 Nov 2011

    pantas sungguh google berkembang..

  2. jaringan komputer pada 29 Nov 2011

    I have read some great articles over here. I just wanna thanks you …

  3. Mejuez pada 29 Nov 2011

    Orang India memang genius… >_< Patut la ramai dokter..

  4. Fikri Adhiey pada 29 Nov 2011

    aku search semua pakai Google…
    aku pcaya korang pon sama?

  5. AMR pada 29 Nov 2011

    google, terbaekkk!!!

  6. Luxuryhost pada 29 Nov 2011

    Mula2 aku pakai yahoo tapi la nie default webpage aku google…..

    • bisyairi pada 29 Nov 2011

      same la.. mula2 guna yahoo lepastu baru perasan yg google lagi mantop.. :)

  7. fiqueobiey pada 29 Nov 2011

    google mmg simple..gmail pn terbaekk..produk dari google smua best2

  8. amirulfaiz pada 29 Nov 2011

    Wow hebatnya hasil dari projek penyelidikan Sergey Brin dan Lawrence Page. Hebat!

  9. Juan pada 29 Nov 2011

    aku dari dulu lagi memang google jer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader