06Nov

Windows 8 Beta Bakal Membolehkan Pengguna Mengubah Warna Latar Belakang

Microsoft

Nampaknya, sedikit demi sedikit info berkenaan dengan Windows 8 Beta mula kedengaran dan kelihatan. Terkini ia diperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan membawakan sokongan untuk mengubah rekabentuk dan warna latar belakang untuk skrin desktop Windows 8 mengikut citarasa pengguna.

Walaubagaimanapun, ia kelihatan yang mana Microsoft masih tidak memberikan peluang untuk mengubah latar belakang menggunakan gambar. Mungkin ia akan diperkenalkan pada versi akhir kelak, dan masih tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada itu, ia juga diperlihatkan yang mana Windows 8 turut sama akan didatangkan dengan kebolehan untuk membina folder dengan membolehkan mengumpulkan aplikasi dan menyusunnya dengan mudah padanya.

Mungkin lebih banyak lagi maklumat berkaitan Windows 8 Beta akan diperlihatkan tidak lama lagi, dengan acara PDC 2011 yang menjelang tiba tidak lama lagi. Sebelum ini, ia turut diura-ura akan yang mana Windows 8 Beta akan dilepaskan kepada umum pada awal tahun hadapan. Sementara itu, para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Windows 8 Developer Preview dan mengujinya hari ini.


Office 14 - Aplikasi Pejabat Dari Microsoft
Win 7 Build 7057 Memperkenalkan Skrin Log Masuk Baru
Windows 8 Pada 2012?
Microsoft Menerangkan Fungsi Boot Baru Pada Windows 8
BlueStacks Membawakan Lebih 400,000 Aplikasi Android Ke Windows 8

13 Komen

  1. riel pada 06 Nov 2011

    win7 tetap di hati…

  2. imran pada 06 Nov 2011

    wow tahun depan!!

  3. din je pada 06 Nov 2011

    cantek….da bosan lyan seven ni…

  4. blackrosehunter pada 06 Nov 2011

    best ke win8 ni? bukan ke lebih kurang win7 jugak ke?

    • EddyGeek pada 06 Nov 2011

      major changes.. ce cek feature dia. tapi start metro tu yg xbapa best, tweak buang je. hehe

    • amer sparrowhawk pada 06 Nov 2011

      btol tu. tp aku still suke se7en

  5. BikMama pada 06 Nov 2011

    Poyo je yang cakap suke Win 7 nih..
    Bile klua Win 8 konpem semua tukar gak.

    • ikmal pada 06 Nov 2011

      btol3~

    • sig pada 06 Nov 2011

      hahahaha……poyo 7 kali

    • faiz pada 08 Nov 2011

      tahu xper..

  6. maha muar pada 06 Nov 2011

    tak sabar tunggu full version punya

  7. syahrilhafiz pada 07 Nov 2011

    satu je aku tak berkenan dengan metro ui ni..scroll kebelakangan box software kita install nampak serabut..so far skank tengah godek2 lagi..

  8. ZoOL pada 07 Nov 2011

    Dah try dev preview~ nak tgu beta kuar plak sbb dev preview mmg tak best & functions limited, mmg belum polish utk customer experience..

    Nasihat utk new user, jangan try Win 8 selagi beta belum kuar utk mengurangkan frustrasi anda ;P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader