16Nov

Windows Update Pada Windows 8 Diberikan Nafas Baru

Microsoft

Nampaknya mungkin masalah Windows Update yang dihadapi oleh para pengguna Windows sekarang nie akan diatasi pada sistem operasi generasi baru Microsoft kelak, dimana kini mereka turut sama memberikan perhatian kepada fungsi Windows Update di dalam Windows 8. Buat masa ini, ujian masih lagi dilakukan terhadapnya.

Melalui blog rasmi Windows 8, Microsoft memperlihatkan beberapa kemaskini yang bakal dibawakan oleh Windows 8 untuk fungsi Windows Update kelak.

Melalui Windows 8 kelak, komputer yang dipasang hanya akan diperlukan untuk di mulakan semula apabila kemaskini sekuriti dilakukan, dan permulaan semula komputer ini hanya perlu dilakukan hanya sebulan sekali sahaja.

Dan menariknya, ia tidak akan memulakan komputer secara paksaan, sebaliknya akan memperlihatkan mesej yang mana para pengguna perlu memulakan semula komputer pada skrin log masuk utama. Mesej ini akan diperlihatkan selama 3 hari, sebelum komputer dimulakan secara automatik.. Namun menariknya adalah terlebih dahulu sebelum ia memulakan semula sistem, ia akan pastikan tiada aplikasi yang berjalan. Sekiranya terdapat aplikasi aktif, maka ia akan tangguhkan permulaan semula komputer sehingga aplikasi tersebut ditutup.

Mungkin kita akan dapat menguji perkara ini pada versi beta kelak, yang mana dijangka akan dilancarkan sekitar suku tahun pertama tahun hadapan.


Masalah Yahoo! Messenger Pada Windows 7
Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09
Internet Explorer 9 Beta Pada 15 September
Avatar Kinect Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Pengguna Xbox Live
Windows 8 Bakal Memberikan Lebih Kawalan Kepada Skrin Kunci Utama

16 Komen

  1. Frizly pada 16 Nov 2011

    Fuuuuh… hebat2

    • Luxuryhost pada 16 Nov 2011

      +1

  2. Luxuryhost pada 16 Nov 2011

    Ayat last tergantung….

    • Omar pada 16 Nov 2011

      Haa…Problem time saving tu.

      • Aman pada 16 Nov 2011

        hehe. dah dibetulkan. ;)

  3. Tersangat hampes pada 16 Nov 2011

    @Aman Sblom ko delete post aku, ko bace ar dlu blog2 Obe..Cube ko nengok ayat2 yg digunakn beliau..Mcm2 ayat ade..lebey kpd PERLI, SARCASM (Rase diri dye hebat sgt)..lps tu de gak ckp psl KAPIR, HARAM..wTf?! dah tinggi sgt ilmu agama dye..kalu btol, xpe ar..bleh mintak nasihat dye lps nih..Tgk gak komen2 yg ditulis..wa sorg je ke kutuk dye?!

  4. AMR pada 16 Nov 2011

    hebat2..

  5. KepalaOtak pada 16 Nov 2011

    menarik.. bagus utk pc dengan kritikal apps dan perlukan update.

    tapi biasanya pc dgn apps kritikal ni tak bersambung dgn internet pon..

  6. Piratz pada 16 Nov 2011

    Kena buat desktop baru nie baru boleh pakai Windows 8… haha.

  7. RoyAkatsuki pada 16 Nov 2011

    amanz suh kita tlg wat ayat senri perenggan last tu.

  8. syahrilhafiz pada 16 Nov 2011

    yes, windows dev pun aku dah stick..

  9. syazwan pada 16 Nov 2011

    ble la nk klua windows8 nieh…x saba gler!!!

  10. Hampes dah.. pada 16 Nov 2011

    TAHNIAH AMAN.

  11. snazzybizarre pada 16 Nov 2011

    pening nak gne win8 ni…

  12. kaihnsn pada 16 Nov 2011

    Ya la inilah antara bug yg patut Bill Gates selesaikan. Saya cukup menyampah kalau saya bangun tido tengok2 torrent saya dah stop. Sedangkan pagi nak tengok cerita baru.

  13. ali mamak pada 16 Nov 2011

    bagus la.. akhirnya dorang permudahkan bnda2 yg menyusahkan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader