11Nov

WutMedia Dilancarkan – Wut2Feed Ditawarkan Secara Percuma Dalam Bentuk Beta

Perisian, Web 2.0

Seperti mana yang dinantikan, hari ini WutMedia telah pun dilancarkan, bersama-sama salah satu produk mereka, iaitu Wut2Feed. Secara ringkasnya, WutMedia menyediakan perkhidmatan pembangunan aplikasi iOS dan juga Android, manakala Wut2Feed merupakan salah satu produk mereka yang membolehkan para pemilik laman web bercirikan berita untuk membangunkan aplikasi mereka tersendiri untuk iPhone dan juga Android.

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana aplikasi Amanz turut sama menggunakan Wut2Feed. Melaluinya, para pengguna boleh membangunkan aplikasi mereka sendiri dengan pelbagai ciri-ciri tanpa mengetahui sebarang asas pengaturcaraan. Pada masa yang sama juga, ianya bebas iklan, dan didatangkan dengan sokongan notifikasi dan juga rangkaian sosial.

Buat masa ini, Wut2Feed masih lagi pada peringkat beta, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan aplikasi mereka tersendiri, Wut2Feed menawarkan perkhidmatan percuma untuk pengenalan ini, dimana anda boleh hubungi mereka melalui emel di dev@wutmedia.com. Namun tawaran ini hanyalah untuk laman yang bercirikan berita.


Facebook Memperkenalkan Rekabentuk Feed Baru
Evi Menyediakan Sokongan Bantuan Pintar Untuk Pengguna iOS Dan Android
Mozilla Thunderbird 13 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan IM
Rocket Internet Bakal Melancarkan Lazada Malaysia Tidak Lama Lagi
Antaramuka Prototaip Untuk Firefox Metro Diperlihatkan Pembangun

1 Komen

  1. Arrul pada 11 Nov 2011

    at least xyah bkk 1-1 website… :D feed da ade kn ckup tu..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader