Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan Xperia Pro, Sony Ericsson Malaysia turut sama menawarkan Xperia Neo V untuk para pengguna tempatan, membolehkan ianya didapati di pasaran Malaysia pada harga jualan hanya RM999 sahaja. Sehingga kini, berita tawaran peranti-peranti Xperia daripada syarikat telekomunikasi tempatan masih lagi tidak kedengaran.

Melalui Xperia Neo V, ia membawakan telefon pintar berskrin 3.7-inci dan diperkasakan oleh Android 2.3 Gingerbread. Pemproses satu teras 1Ghz Scorpion digunakan didalam peranti ini serta GPU Adreno 205. Kamera 5 Megapixel, RAM 512 MB serta sokongan kad MicroSD sehingga 32 GB melengkapakan spesifikasi peranti ini. Nampaknya harga peranti Android semakin murah. Anda bagaimana? Adakah tertarik dengan peranti baru dari Sony Ericsson ini atau anda lebih teruja dengan peranti Samsung seperti Samsung Wave?
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
spesifikasi lebih kurang sama dengan galaxy w,beza pada processor, galaxy w 1.4GHz
nak angkat satu ujung tahun ni..hehehe
design cantik….
Salam..hrp admin bg info yg Nokia 600 telah dibatalkn jualan di seluruh dunia disebabkn ciri2 yg mane bleh membuatkn ia sbg KILLER FON!! Hrp maklum..tq
haaa ? asal kne cancel plak penjualan nokia 600 ni ?
killer fone.. cmne 2.. leh terangkan x??
killer fone saingan or killer fone populariti. or yang leh membunuh???
boleh masuk wishlist aku nih. hahahahaha.
galaxy w (wonder) better…ada 3g video call…yg ni ada cmera depan just utk skype dsb…
sony touch skrin x brape best….anyway bagus gak pndah dri symbian pg android~~
aku baru rembat live with walkman… adeuh..
Walaupon harge yg direkemenkn utk fon tersebut amat murah sekitar RM740, tetapi specs yg ditawarkn adalah lebih tinggi or sama ngan model 700 dan 701..Ciri2 paling utama adalah speaker paling utama dan antena bina dalam..Oleh itu fon ini hanyalah gimik oleh pihak Nokia..Mmg frust ngan tindakan Nokia dan rase trtipu!! So tindakan trbaek adalah ngan boikot fon jenama Nokia selepas ini..Thanks Nokia..:(
cool..wish 2 have one..kt the curve ad jual x?:)