Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti semua sedia maklum, pada penghujung minggu ini, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha, dan pada masa yang sama mereka yang pergi melaksanakan Rukun Islam Ke-5 di Mekah, akan melakukan ibadah haji bersama-sama dengan 2.5 juta umat Islam yang lain disana. Dan menariknya, perkara tersebut akan turut sama ditayangkan secara langsung melalui saluran YouTube hasil kerjasama pihak kerajaan Arab Saudi dan juga Google.
Melaluinya kelak, para pengguna internet seluruh dunia boleh menyaksikannya dan pada masa yang sama berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang lain di seluruh dunia secara langsung melalui saluran YouTube rasmi untuknya.
Ini bukanlah kali pertama kerajaan Arab Saudi bekerjasama bersama-sama dengan pihak Google, dimana sebelum ini pada bulan Ramadhan, dimana mereka telah menyiarkan solat terawih langsung dari Mekah ke seluruh dunia.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh melanggan saluran rasmi YouTube untuk siaran tersebut, dan ikutinya secara langsung pada penghujung minggu ini.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wow.. impresif.. boleh tengok secara live solat Aidiladha tu
wow. ini best
best best
best2.. produk google salu mmberikan impak besar kt org..yahoo? haha~
Yahoo dah jadi yabedabeduuuu.. haha… terbaik google!
terbaik dari google!
Alhamdullilah..
google terbaik,yahoo…terbaLik….
that is what we need now.. thanks a lot Google..
menarik! ni boleh tambah minat orang nak menunaikan ibadah haji ni
bagus juga benda nih
terima kasih utube
terbaik lah dari google
terbaik lah
bagus!
I want that air zamzam punya bekas tu!! grrr. did anyone see it ade satu tong kat atas kaabah tadi hehe