Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ianya sudah agak lama kami tidak mengemaskini perkara berkaitan dengan carian popular di Google Malaysia, dan mungkin dalam beberapa minggu akan datang, kami akan cuba memperlihatkan carian popular ini dalam bentuk video. Sementara itu, berikut merupakan carian popular dan terhangat di Google Malaysia sepanjang minggu lepas iaitu dari 16 Disember hingga 22 Disember yang lepas:
Laman sosial paling popular didunia, iaitu Facebook telah pun mula memperkenalkan sokongan Facebook Timeline mereka kepada para pengguna, selain membolehkan para pengguna yang berminat mengaktifkan Timeline pada profil masing-masing serta merta hari ini.
Filem terbaru daripada siri Mission Impossible, yang mana sekali lagi menyaksikan egen IMF, Ethan Hunt bersama-sama dengan pasukan mereka melalui pelbagai misi sukar untuk menyelamatkan dunia daripada berperang.
Ana Dahlia telah pun berkahwin dengan anak Chef Wan, iaitu Chef Riz yang berumur 28 tahun pada 11 Disember yang lepas.
Walaupun iPhone 4S telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober yang lepas, ianya hanya dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Disember yang lepas, dimana ramai yang telah beratur mendapatkan pakej daripada Maxis pada malam pelancarannya, 16 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre.
Dengan tarikh permulaan persekolahan yang semakin dekat, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah pun diumumkan, dimana ramai pelajar mula mendapatkan berita mengenainya.
Siri popular Merlin telah pun mulakan tayangan musim ke-4 di TV3 bermula daripada 16 Disember yang lepas.
Ramai pengguna media sosial marah akan tindakan KFC yang membatalkan promosi baucer elektronik KFC, apabila setelah hanya mengeluarkannya untuk separuh hari sahaja, dan mendapat kritikan ramai pengguna.
Jabatan Akauntan Negara membantu para pekerja awam dengan menyediakan fasiliti atas-talian untuk para pekerja untuk menyemak pelbagai perkara berkaitan gaji dan sebagainya.
Dengan perayaan Hari Natal yang dekat, ramai pengguna telah menggunakan enjin carian popular, Google dalam mendapatkan pelbagai mesej, kad dan sebagainya yang berkaitan dengan Krismas.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
+1
anak Chew Wan??
anak Chew Wan???chew=kunyah jadi anak encik kunyah wan???hahaha harap betulkan
haha. dah dibetulkan.
let it snow xde?
ipong pon ade,, hah
KFC pun ada !!
merlin pun ada?
x menarik sangat untuk minggu ni
kbai
nampak sgt kfc malaysia tu nak publisiti je. sbb tu wat voucher bagai and cancel..haha
tengku sophia nape xde description?..huhu, dia hina islam kan?.
nama kfc naik mesti sebab kes vaucher dorang tu kan? haha.. cam saja ja kfc
nice info !
Kupon Free Cancel!!haha
pelik2 je org malaysia google….
:O
Tengku Sophia? Amenda tu..