08Dec

Akta Badan Perkomputeran Professional 2011 Bakal Dibentangkan Tidak Lama Lagi?

Lain-lain

Salah satu topik hangat yang dibincangkan pada forum-forum IT tempatan sepanjang minggu ini adalah berkaitan dengan akta baru yang bakal diperkenalkan, sekaligus memperkenalkan badan perkomputeran professional di Malaysia, berkemungkinan sama seperti badan perakaunan, badan kehakiman, persatuan doktor-doktor, dan yang lain-lain, sekaligus memberikan impak besar kepada dunia ICT tempatan.

Apa yang dibimbangkan oleh ramai pekerja sektor IT adalah berkenaan apakah yang bakal dibentangkan kelak. Adakah selepas ini setiap pekerja IT memerlukan sijil daripada sesuatu institusi sebelum membolehkan mereka bekerja disesuatu sektor, sekaligus menjadikan mereka-mereka dengan kepakaran rangkaian, sekuriti, sistem sumber terbuka dan sebagainya, yang diantaranya lepasan sekolah menengah, dan mungkin tidak mengambil subjek khusus IT terjejas? Ia masih lagi tidak diketahui sepenuhnya berkaitan perkara ini buat masa ini.

Untuk membincangkan perkara ini, sebuah hari terbuka bakal diadakan pada hari Selasa akan datang, iaitu pada 13 Disember di Putrajaya, membolehkan mereka-mereka di industri ini berbincang bersama untuk apa yang bakal dibawakan oleh akta dan badan ini kelak. Sebuah halaman khas untuknya juga telah disediakan, namun masih lagi belum diaktifkan buat masa ini.

Tips awal daripada WebCampKL dan juga Miki.


Ikuti Anugerah Skrin Melalui Twitter
AMaxCity Yang Pertama Di Perkenalkan
YouthSays Malaysia Di Jenamakan Semula Sebagai Says.MY
Rais : Sebanyak 198 Web Kerajaan Telah Digodam
Gangguan Internet TM Seluruh Negara Daripada 25 Hingga 31 Julai 2011

31 Komen

  1. Azam pada 08 Dec 2011

    Kalau ada badan professionals gaji merek akan jadi tinggi…

  2. sweemeng pada 08 Dec 2011

    Tetapi, adakah ini bermaksud semua yang digunakan dalam satu organisasi memerlukan persijilan. Adakah seseorang tidak boleh terus berkerja dalam bidang IT tanpa sijil.

    Untuk yang pertama, it penting, sebab banyak teknologi sumber terbuka digunakan tetapi tak banyak yang ada sijil.

    untuk yang kedua, jika seseorang tidak ada sijil maka tidak dapat bekerja dalam bidang IT. tetapi, bill gate tidak habis belajar dalam universiti, adakah ia tidak boleh menulis aturcara. atau mark zuckerberg, beliau pun tidak habis belajar

    • Azam pada 08 Dec 2011

      Bill Gate & Mark Zuckerberg..yang tak abih belajar..memilih untuk tidak abih belajar…tapi adakah mereha pergi mencari kerja dengan syarikat? stahu saya takdalah pulak…tapi mereka membina syarikat sendiri…

    • QJ pada 08 Dec 2011

      bukan sijil. akan tetapi, hanya utk ijazah dan ke atas sahaja boleh bekerja dalam bidang IT jika akta ini ditubuhkan.

  3. Juan pada 08 Dec 2011

    bagaimana pula dengan mereka yang ingin membuka kedai cyber cafe

    • syahrilhafiz pada 08 Dec 2011

      nak buka cc modal yang cukup kira ok dah, kalau ada kemahiran technician apa lagi lagi bagus, sebab tak payah hire orang lain dah kalau kita berilmu semua tu :)

      • TechTarik pada 08 Dec 2011

        Mungkin maksud Juan, adakah boleh kita mengendalikan CC tanpa kelulusan
        dalam bidang IT, jika akta ini diluluskan

        ~habis freelance job aku lepas ni~

  4. EiNS pada 08 Dec 2011

    Diharapkan akta baru ini tidak akan “membunuh” kareer mereka yang bergiat dalam bidang IT walaupun sekadar belajar sampai SPM atau Diploma saja…

  5. boboiboy pada 08 Dec 2011

    byk pro n kontra….emmmm

  6. Haziq pada 08 Dec 2011

    wow. habis la kalau akta ni diluluskan..

  7. Junai pada 08 Dec 2011

    Kalau akta ini mensyaratkan ijazah dan ke atas untuk bekerja dlm bdg it mmg xde harapanla org mcm aku nie sijil dah la xde cuma kerja ikut bakat yg ada dlm bidang IT.. huhuhuhuuuu

  8. Khai pada 09 Dec 2011

    Merepek :)

  9. Han pada 09 Dec 2011

    macam mana dengan orang yang dah expert dalam IT, tapi dia tak ambil pun bidang IT? Kadang2, orang macam ni lagi expert dari mereka yang ambil sendiri bidang IT ni..

  10. eyra pada 09 Dec 2011

    ridiculous

  11. phoenixstudio pada 09 Dec 2011

    kalau akta ni diwujudkan, player lama sakit woo..

  12. Izzat Aziz pada 09 Dec 2011

    Walaupun akta ni tak de, tapi memang banyak syarikat yang menjadikan ijazah sebagai object untuk permilihan, walaupun aku tak rasa ijazah itu penting.

    Aku tak lama lagi akan ada ijazah dalam IT, tapi skill yang aku guna sekarang boleh dikatakan 1% datang dari apa yang aku belajar dari universiti. selebihnya adalah dari usaha daya aku untuk belajar sendiri.

    Dalam bidang IT, jangan pandang rendah orang yang tak de sijil/ijazah, diorang mungkin lebih pandai dari aku yang berijazah ni.

    Aku nak komen pun masih ragu lagi tentang benda ni.. amanz please explain detail lagi..haha

    • Tek pada 09 Dec 2011

      Dalam pg 46 draf itu juga kata. mereka yang tidak menjadi ahli perbadanan tu tidak boleh mengambil kerja IT atau sebarang software dev. di malaysia. Jika di dapati bersalah, akan di hukum penjara atau rm20k. Itu kan melampau, bagi sesiapa yang tiada ijazah atau sebarang pengiktirafan. Mereka yang serperti mark zuckerberg atau bill gates atau steve jobs tidak boleh memulakan projek-projek dari rumah mereka.

      • Pisyek pada 09 Dec 2011

        tak jadi la aku nak drop out camni, tak boleh nak tiru bill gates. hehehe. :P

  13. Alan pada 09 Dec 2011

    Sebelum dia luluskan CPB ni, kerajaan kena betulkan dulu kursus2 yang dia tawarkan kat universiti awam Malaysia ni. Contohnya graduan2 IT baru kat Malaysia. Kalau tanya diorang pasal version control, design patterns, server load balancing, mesti boleh garu kepala je. Terutamanya kalau jenis graduan terer exam je yang boleh grad 4 flat.

    Bidang IT gerak cepat sangat, terutamanya SW development. Kalau nak ilmu terkini bukannya boleh harap kat buku. Kena study sendiri online. C++ pun baru je release update bulan Ogos lepas. Universiti awam mana yang ajar teknik2 baru yang boleh guna ngan C++11?

    Kalau kat Nigeria diorang dah implement benda macam ni. Nampak gayanya industri IT diorang lumpuh terus. Setakat terer guna email hantar spam Nigerian Black Money. Yang jadi kaya syarikat kroni kerajaan diorang yang layan keluarkan cert ngan uruskan pendaftaran syarikat IT.

  14. TheSkop pada 09 Dec 2011

    Kan dah banyak tauliah lain dikeluarkan….tak perlu lagi

  15. awi216 pada 09 Dec 2011

    Ala,, benda ni.. Pandai2 sendiri la kan.. Skrang ni pun berapa banyak kontraktor bidang2 letrik tu yang gantung lesen orang lain kat syarikat diorang je untuk amik project2.. pandai2 la kan nak hidup..

    Bagi yang amik ni sebagai benda positif, badan ni sepatutnya semakin menjaga lagi kebajikan dan kualiti orang2 IT kat Malaysia ni..

    • Alan pada 09 Dec 2011

      Pandai2 sendiri?

      36. (1) Any person, sole proprietorship, partnership or body corporate
      who contravenes this Act or any regulations made there under shall be
      guilty of an offence and shall, where no penalty is expressly provided
      therefore, be liable, on conviction, to a fine not exceeding twenty thousand
      ringgit (RM20,000) or imprisonment not more than six months or both.

  16. sweemeng pada 09 Dec 2011

    http://www.nitc.my/index.cfm?&menuid=60

    Ia juga terpulang kepada definisi CNII. Sebab daripada pautan atas, ia sebenarnya agak luas

  17. farizluqman pada 12 Dec 2011

    merabih duit je dua tiga certifications pada satu masa.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader