READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Salah satu perkara yang hangat dibincangkan oleh para pekerja IT Malaysia semalam dan hari ini adalah berkenaan dengan akta baru yang bakal dibentangkan, yang mana akan memfokuskan kepada Badan Perkomputeran Professional, sekaligus memberikan pelbagai impak positif dan negatif terhadap industri IT yang kekal terbuka diseluruh dunia sehingga ke hari ini.

Apakah itu Akta Badan Perkomputeran Professional 2011?

Buat masa ini, ia dikatakan sebagai akta yang membolehkan pembangunan Badan Perkomputeran Professional di Malaysia. Namun salah satu masalahnya adalah disebabkan IT adalah amat luas, ia akan memberikan impak yang besar, dan mereka yang berusaha disebalik perkara ini, perlu memberikan definisi yang lebih tepat dan dibincangkan dengan lebih ramai pihak lagi.

Salah satu perkara yang menjadi persoalan adalah adakah perkara ini telah dibincangkan dengan pelbagai kumpulan yang terlibat dalam dunia ICT tempatan, sebelum ia dirangka.

Bagi mereka yang ingin ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh memuat-turun dokumen draft Akta Badan perkomputeran Professional 2011 ini dalam bentuk PDF (atau baca di Scribd atau Google Docs), dan membacanya untuk mendapatkan idea lebih lanjut mengenainya.

Apakah Kebaikan Daripadanya?

Secara kasar, daripada apa yang dapat dibaca daripada pelbagai perbincangan, lebih banyak perkara negatif yang kelihatan daripada penubuhan perkara ini berdasarkan kepada draft semasa. Malah terdapat video yang sedikit sebanyak menceritakan senario berdasarkan apa yang telah dicadangkan melalui akta ini pada video dibawah ini.

Antara perkara yang dikatakan adalah pekerja ICT akan lebih diiktiraf dan dilindungi oleh badan ini. Walaubagaimanapun, kami masih tidak mengetahui apakah bezanya kelak dengan MSC yang sedia mengiktiraf beberapa organisasi di Malaysia. Kami sendiri masih lagi tidak memahami sepenuhnya, apakah yang bakal dibawakan oleh badan baru ini kepada industri ICT negara. Kami akan cuba mendapatkan lebih lanjut mengenainya melalui perbincangan terbuka yang diadakan pada hari Selasa kelak.

Pelbagai Pertanyaan Yang Timbul

Memandangkan perkara ini masih lagi pada peringkat draft, mungkin lebih banyak perkara perlu dikaji dan perlu hadiri pertemuaan yang diadakan oleh mereka sebelum dapat melihatnya secara menyeluruh.

Namun, antara perkara yang dikatakan adalah ia akan menjejaskan pembangunan industri secara kasar. Ini adalah kerana ia memerlukan kita mendaftarkan kepakaran mereka dengan badan tersebut. Dalam dunia teknologi yang berkembang dengan pesat, semestinya pembangun, perekabentuk dan semua yang bekerja dengan industri IT perlu mempelajari ilmu-ilmu baru setiap hari, dan adakah perlu mendaftar dengan mereka setiap kali pelajari perkara baru?

Melalui pertanyaan seorang pembaca di forum tempatan (WebCampKL, OSDC.my), bagaimanakah pula dengan mereka yang mendaftar dibawah kepakaran Ruby tetapi menggunakan PHP dalam pembangunan mereka? Adakah ianya akan bertentangan dengan akta tersebut kelak? Adakah segala kepakaran perlu dicatatkan, daripada asas perkomputeran sehingga kepakaran seseorang itu kelak?

Bagaimana pula dengan pakar-pakar sedia ada yang bekerja di bidang ICT negara yang mana tidak mempunyai “kelayakkan” seperti yang diperkatakan, tetapi mempunyai kepakaran dalam melaksanakan tugas mereka.

Melalui draft, ia dikatakan, semua perkara berkaitan dengan IT, perlu melalui badan tersebut, dan mereka yang tidak berdaftar dengan mereka, tidak boleh menghantar proposal, merekabentuk, mahupun bekerjasama dengan organisasi lain di Malaysia.

Sekiranya ini semua adalah benar dan dijalankan, maka ia akan mengehadkan tahap kreativiti dan juga kepakaran seseorang dalam bidang IT, malah mereka akan menjadi malas untuk mempelajari perkara-perkara baru dalam bidang tersebut, kerana perlu melalui pelbagai perkara seperti pendaftaran kepakaran dan pengetahuan.

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Walaupun kelihatan pelbagai perkara negatif daripada penubuhannya, mungkin mereka yang disebalik penubuhan ini mempunyai nilai yang murni dalam pembangunan tersebut. Jadi apakah yang boleh dilakukan oleh mereka?

Mungkin mereka masih boleh menubuhkan badan yang mereka kehendaki, dan menjadikannya sebagai badan bebas, membolehkan mereka yang ingin menjadi ahli, boleh berdaftar dengan mereka, dan mereka yang tidak ingin, tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.

Tiada sebarang keperluan untuk perkara ini dijadikan akta.

Selanjutnya?

Memandangkan ianya masih diperingkat draft, pihak berkenaan akan mengadakan sebuah pertemuan khas melalui hari terbuka mereka, dan mereka yang berminat, boleh menghadirkan diri, dan berbincang dan mengetahui lebih lanjut mengenainya. Berikut merupakan maklumat mengenai hari terbuka tersebut:

Tarikh : 13 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan
Aras 1, Blok C4, Kompleks C
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Kemaskini- Sekiranya anda membantah akta ini, boleh tandatangan petisyen atas talian yang sedang dijalankan. Widget ada di bahagian atas sebelah kanan halaman ini. Maklumat lanjut di berita ini.

Terdapat 65 komen
  1. Ini sesuatu yang menarik. Akan tetapi ini adalah satu jalan yang sukar untuk IT menjadi satu profession yang professional seperti Jurutera, Arkitek, Doktor dan Accountant. Elok lagi jika org2 professional diper-ICT-kan.

    Rata-rata industri IT di dunia adalah perniagaan yang dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Intel, IBM, Microsoft, Apple, Google, CISCO, Juniper, dll.. Tahap ke professional seseorang IT sukar juga utk dinilai, adakah dari sijil dari vendor2? adakah sumbangan berkaitan IT? adakah pengetahuan dan pengalaman?

    Barangkali aku tidak fahami menyeluruh berkenaan CPA ni, baca pun susah nak paham. Lets see, we should give a try; harap dapat memberi impak kepada ratus ribuan graduan IT dan keselamatan ICT.

  2. “Mungkin mereka masih boleh menubuhkan badan yang mereka kehendaki, dan menjadikannya sebagai badan bebas, membolehkan mereka yang ingin menjadi ahli, boleh berdaftar dengan mereka, dan mereka yang tidak ingin, tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.”

    —-

    Aku setuju dengan pendapat ini. Badan yang dimaksudkan boleh memberikan akreditasi sebagai satu cara penambahan nilai kepada individu, bukan di atas sebab paksaan. Membawa makna, jika seseorang itu mempunyai pengiktirafan daripd badan ini, kewibawaan mereka boleh diyakini. Namun ini tak membawa maksud mereka yang tidak diiktiraf tiada kewibawaan.

    Dalam dunia pengurusan projek, Project Management Institute (PMI) di US memberikan akreditasi kepada pengurus projek sebagai agen penambah nilai. Siapa yang tak kisah nak mendapatkan akreditasi bukan satu isu. Boleh ambil contoh kes ini.

  3. Sape nak datang hari weekday?takkn sume pekerja IT nak amik cuti semata2 tuk hadir ke sesi perbentangan bil nih.

  4. lagi bagus kalau pendaftaran dibuat sebagai group/company. orang ICT dalam company bertukar2, tapi masih kekalkan teknik yang sama/lebih advance.

    cuma untuk freelance, ini nampak menarik, sebab ia dapat iktiraf. cuma adakah pengiktirafan kepada sijil?

    last sekali, adakah tujuan/objektif utama akta ini?

    - sudut negatif: kalau semua projek perlu lalu s0-called-Badan ni, negatif part:
    katalah kita ada idea, kita hantar proposal kepada Badan ini, pasti ke takde hijack kepada proposal kita? proposal kita direject, kemudian, sebulan/dua kemudian, the exact proposal, tukar nama company/individu pula keluar. and that individu orang2 berkepentingan/kroni kepada BADAN tersebut. dan that proposal approve by so called badan ni…?????

    this is what has happen in our country right now, in most cases. cuma hitam putih susah nak dapat,…..it happen you know, mahu pisang berbuah berkali2 ke?

  5. sebenarnye aku takde la paham sangat dengan isu ni.,..huhu
    yang aku paham kalau bidang IT dah setaraf dengan arkitek
    org yg xde sijil/dip/degree IT cam aku takleh masuk huhu =_=

  6. Ini ? semua nak cari duit lah~ ingat daftar nie free ? Sedih dapat pemimpin bodoh semua nak dicajnya kepada rakyat .. tahu main twitter, fb dan berbini muda

  7. Badan yg diwujudkan mestilah bebas dr unsur-unsur yg tidak diingini. tu yg bnyk mengekang. kalau industri IT di negara ini diwujudkan & lagi membantu mmg perlu diadakan. jika ianya banyak “membunuh” kreativiti, mcmana nk iktiraf malaysia ni negara maju. kaji dulu negara yg dah buat akta berkaitan IT ni.

  8. wtfish…
    seriously?
    diorg ni nak kick rakyat sendiri secara terang2an dgn gn cara ni..
    huhu..

  9. pendapat aku, kat malaysia tak ramai yang programmer yang expert. akta macam ni sibuk je nak buat pensijilan tapi hakikatnya yang buat sijil tu belum tentu lagi expert. ramai yang tak setuju dgn pendapat aku kita takde expert, tapi hakikatnya mmg mcm tu. tak jumpa lagi org Malaysia yang terlibat dgn main application development kat company besar2 mcm Google, Microsoft, facebook atau programmer yang jadi pioneer buat programming language, os atau nosql database. tak jumpa lagi orang malaysia yang buat library atau framework yg ramai orang pakai mcm jquery, ogre, Qt, zend dan sbgnya. bila takde yang expert, sapa diorg nak buat akta2 ni?

    • malaysia ramai expert cuma dorang tak menonjol dan ada yang ada microprocessor sendiri..
      brapa orang sangat kat dunia ni ada microprocessor sendiri..
      dan orang orang betul betul expert susah nak keje ngan company besar sebab keje sendiri senangtak terikat dengan company.. campany dorang bese tak lebih dari 5-8 orang tapi income millions sebulan.. dan sebab company kecik tu yang susah nak cari.. aku pun baru tau 3 4 orang dan dorang cakap ade ramai lagi tapi tak ramai tau kewujudan mereka..

      dan pasal sape yang buat akta no komen..

      • aku dah biasa dengar jawapan mcm ni. tunjukkan bukti dan company tu. lg satu jumlah orang mcm tu ada berapa byk? bg aku org expert la suka dgn company besar sbb dia boleh buat sesuatu yang bertaraf dunia dgn sumber yang banyak dan boleh berkongsi-kongsi idea. setakat sorg dua orang buat keja tak jadi apa2 kecuali masa diorg baru buka startup company. tu pun diorg akan cari lebih ramai developer lain lagi. aku tak pandang berapa byk income dia boleh dapat, tapi lebih kepada betapa expertnya diorg bila buat programming atau hal2 berkaitan IT.

          • pertama sekali. kenapa perlu cakap BI dlm blog melayu dan tulisan semua bahasa melayu? nak tunjuk diri pandai sangat? poyo gila.

            aku dah bg sebabnya dah. takkan nak kena ulang lagi?

            lagi satu sebenarnya aku tak terhadkan org kerja syarikat besar je. dalam komen awal dah bgtau termasuk orang yang ada buat library atau framework sendiri. lain kali baca betul2. tak perlu nak ulang balik perkara yg sama.

        • tahukah anda Facebook ada staff dari Malaysia ? Nah buktinya = http://www.linkedin.com/in/aizatto

          tapi kenyataan ko aku tak sokong gak. ramai je expert. expert mana nak keluar cakap dan hebahkan mereka expert. orang2 yang pakar kalau jumpa orang pun jumpa di Barcamp, WebCamp dan seangkatan dengannya.

          Satu lagi contoh Kamal Fariz, yang bertanggungjawab atas sedikit project dengan Pivotal Labs dan Envato.

          Ada jugak orang Malaysia, Ang Chin Han, yang ada bekerja dengan Google dalam arena GIS.

          Ini hanya sedikit nama je. logik kalau takpernah dengar. programmer bukannya artis. yang buat framework pun ada tapi kalau ko betul2 dalam industri, tentu ko at least pernah dengar nama orang sekali.

          • ok. ni jawapan yg bagus. ada fakta dan tak menghina orang. pendapat aku mmg agak provokasi, tapi kalau nak tangkis dan tak setuju sila bg jawapan yg berhemah.

            aku tak nafikan mmg ada yang expert dalam IT. hari tu pun ada berita designer Malaysia salah seorang yg bertggjwb design iphone dan pencipta pendrive mmg asal malaysia. tapi terlalu sikit dan belum ada lagi yg jadi pioneer untuk application atau code library. kalau ramai, bila aku guna je software atau library mesti ada sorang dua nama2 orang malaysia. tapi takde. aku mmg dalam industri, tu psl aku boleh bg pendapat mcm ni.

            aku ada lawat byk IT company malaysia. bila aku tanya ada apply agile method tak? ada apply design principle? ramai yang tak tau apa benda tu. so tinjauan aku boleh cakap kita masih tak ramai expert lagi. perkara ni bukan aku sorg je ckp. boleh tgk kat sini http://www.fastcompany.com/1791519/malaysias-economic-development-muscle-set-to-spark-a-new-silicon-valley

  10. Menarik~!!! .. seperti yang diceritakan, perkara ini masih lagi diperingkat draft dan memang banyak perkara yang dipersoalkan. tak usahlah kita terburu membuat kesimpulan. IMHO, ini perkara yang baik, satu anjakkan paradigma dalam dunia IT. mungkin profession it selepas ini setaraf dengan Doktor, Arkitek, Akauntan, Peguam. ambil contoh seperti bidang kejururawatan, tak kisahlah kalau jururawat itu dlm bidang pembedahan ( OT ), wad, O&G ( bidan ), fisio, pediatrik … oleh kerana jururawat itu diiktiraf Lembaga jururawat Malaysia, maka mereka mempunyai value yang tinggi apabila bekerja di luar negara. lagipun, masih belum ada lagi badan yang mengiktiraf individu dalam bidang IT ( perbetulkan saya sekiranya saya tersilap ). Bagi saya, ini merupakan satu peluang baru bagi profession IT untuk melonjakkan diri ke satu level yang lain. Jika kita hebat dalam programming pun, tetapi tidak diiktiraf, bolehkah kita pergi lagi jauh? Adakah kita masih lagi mahu berada ditahap sekarang sedangkan profession lain laku di luar negara? Perlu diingat, dalam mencari pekerjaan yang lebih baik, sijil dan pengiktirafan itu adalah yang pertama dipandang kemudian barulah pengalaman dalam bidang yang spesifik. Jikalau tidak, masakan kita perlu LP1 & 2 untuk linux, MCSE untuk microsoft, CCIE untuk cisco .. cuba bayangkan bila kita pergi temuduga, apa bukti yang dapat kita berikan untuk membuktikan diri kita berpengalaman dan diiktiraf,? … sekadar melontarkan pandangan …

  11. Apa kejadah mengarut la pulak. Dulu PPSMI, nih akta IT la pulak. Apa diorang nak sebenarnya? Kalau nak duit cakap terang-terang, MSC boleh bagi Grant macam-macam yang ada tuh. Kan ada berjuta lagi geran tuh semua. Orang macai macam aku bukanya boleh dapat pun grant tuh. Semua untuk kroni2 je tuh. Adoyai.

    Jangan sampai semua orang IT buat mogok pulak. Dia tak tahu ke yang semua orang tak boleh buat kerja kalau orang IT cuti? Diorang pakai laptop pun terhegeh-hegeh. Tuh semua ahli board tuh yang tua-tua belaka tuh bukak emel pun tak tahu. Password email and akaun pegi tampal kat skrin desktop. Citer ‘Cybersecurity’ berdegar-degar tapi common sense zero. Bila salah tekan keyboard then komputer meragam cakap kene virus. Pastuh malas buat keje konon-konon komputer punya hal. KARUT!

    Hatta kalau semua makcik cleaner buat mogok pun dah tak boleh bekerja, inikan pulak profesional mogok. Adoyai…

    Dah, aku dah jadik cam hitler kat atas tuh dah. Dari emo kat sinih baik aku emo kat keyboard nih coding lagi bagus.

    Kalau akta ni lulus pun aku akan tetap dalam IT. Kalau keluar waran tangkap aku pegi US. Lagi syiok~

  12. orang IT dan true programmer selalunya tak suka badan yang mengawal aktiviti diorg. selalunya programmer selalu guna shortcut. hack software untuk capai tujuan dgn cepat. mcm open source movement, ramai programmer nak sesuatu yang free, tak dikawal oleh big corporation apa lagi government. kita boleh tgk programmer pergi kerja pun pakai t-shirt n jeans. tak macam peguam dan akauntan. so sifat rebellious dan tak mau terkongkong tu dah lama ada dalam programmer. insyaAllah idea ni takkan popular malahan sgt ditentang. klu dibuat ada juga website gov kena hack nnt dan idea ni takkan jadi popular.

  13. Ada apa2 respon dari MOSTI berkenaan CPA ni?

    Macam2 dah aku tgh pk dan nanti kan. Siapa tahu jikalau ada kaunter pertanyaan berkenaan ni?

    Pelbagai komen aku baca, nak tahu gak apa maklumbalas dewang.

  14. ini semua duit. lebih bagus pergi train orang2 dalam badan profesional tentang ICT. aku bukan orang IT tapi aku tahu serba sedikit pasal IT. Malaysia ni suka sekat kreativiti orang ramai.

  15. aduh… macam Windows la plak..
    tersekat la kreativiti lepas ni nampak gaya..
    sian orang IT..
    dah la keje terganggu dengan sekatan patent, ditambah plak akta baru..
    nampak sangat yang buat akta bukan orang IT/engineer..
    orang management tak penah nak paham engineer/IT..
    dulu kini dan selamanya..

  16. huh, kena dtg jugak hari terbuka neh..

    aku tak sure apa effect pada fulltime freelancer mcm aku neh.

    kalau fee nye mahal macam gaban payah ler.. kalau annual renewal lg mcm haram jadu.

    apakah lesen ni sah di luar negara? Aku kerja oversea dulu pun depa tak tgk degree aku sgt, cuma degree tu diperlukan utk urusan working permit, tu jer. Depa cuma nak prove yg kita bole buat kerja. Diorang tgk portfolio, dan bagi internal test. Tu dah cukup. Kalau ada profesional cert, kira bonus la.

    next time blogger kena ada lesen gak kot. Sbb depa perasan org bole buat duit dari blog. haaaa depa nk gak sikiiit

  17. bg aku tanpa pengiktirafan mcm doktor, acountant tu semua, org IT boleh hidup. tanpa sijil tp ada skills, byk company yg nak(kecuali keje kerajaan). so, buat apa nak susah2 kan diri nak kena reg bagai, semua benda dorang nak kontrol? nonsense

    • register 2 bukannye kewajipan pn…bg sesiapa yg nak di iktiraf pengalaman n kepakaran, register je…xnk pn xpe…hehe…

      • kalau tak wajib pun, dia akan wujudkan jurang antara org bersijil dan tak bersijil. orang tak bersijil mungkin lagi pandai, tapi sebab dia takde sijil byk peluang yg dia terlepas.

        • btol tu.. diorg ni seperti buat sistem kasta dalam bidang ICT.. banyak negatif dari positif,.

  18. mmg untung pd yg ada sijil tp xblh wat keje yg tahap² dewa..
    & mmg x untung pd yg xde sijil tp blh wat semua keje yg xpert lg tahap dewa prgkt trtnggi skill nye..

  19. Ini saya rasa sama macam profesional lain seperti dotor (dr) lawyer (?r), engineer (ir), architect (ar) dan ada banyak lagi yang ada R – “register”. ia ada badan sendiri dan arta, dan ditakbir oleh orang2 yang dilantik dari ahli2 berdaftar dengannya. Sama macam profesional lain ada president dipilih selama 3 tahun kalau tak silap yang ditulis .
    Saya rasa ada baiknya. sebab yang mentakbir pertubuhan ini kita (yg berdaftar) yang lantik dikalangan yang tahu kendak kita.
    Saya (pernah berkerja arkitek) berdaftarkan part I (pelajar, sijil pelukis), part II (diploma, degree), Part III (selepas ada part II dan menduduki pepereksan kerajaan dan baru dapat “?R” )
    Jadi saya nampak yang menjadikan persoalan disini, orang IT yang tidak belajar secara formal seperti saya. ???

    • ICT tak macam Arkitek, Doctor dan Lawyer bro.
      Kebanyakan orang IT dok kat belakang tabir je.
      Ada yg takde cert atau sijil pun, boleh buat design web site gempak.

      Kau cuma kenal Steve Job, tapi ko kenal ke budak yg buat software dia.
      Mungkin dia hire budak sekolah buat development kau bukan tau pun.
      Tapi dia boleh buat mobile game yg hebat.

      Bukan macam arikitek.
      Kalau arkitek tak dipantau, bangunan runtuh.
      Kalau doctor tak dipantau pesakit mati

      Tak sama la bro..
      Semua benda melibatkan IT. Tak bleh control la..!!

  20. Ada pro dan kontra dalam hal nie. Bidang IT sangat luas dan unik. Asas pentingnya, JANGAN dihalang unsur KREATIVITI . Bukan semua bidang Profeasional mempunyai ‘sebatian’ IDEA kreativiti seperti IT.

    Kreativiti hanya PERLU kepada pandu arah dan matlamat. Kreativi tanpa ‘guideline’ akan mencelarukan perkembangan IT bukan sahaja kepada Pengguna tetapi juga Pembangun (Developer). Sekiranya akta ini sebagai ‘pusat sehenti’ kepada arah & matlamat yang sama adalah digalakkan

  21. Rais Yatim punya Kementerian bukan ? apa inovasi dia nak buat sebenarnya ? Dulu nak lesenkan blogger dalam Malaysia ? Lesen TV dah batal .. lepas nie lesen sosial networking kot ? haaaa nak beli laptop kena lesen .. nak main facebook kena lesen .. beli nombor telepon kena lesen .. beli no ekor jer belum kena lesen

  22. memangla nampak pada satu tahap dia boleh melonjakkan orang yang dah di ikhtiraf untuk upkan lagi diorang punya value. Tapi macam nak disamakan macam profession medik semua tu nonsense je. Sebabnya IT orang boleh belajar kat mana2 je, even tak masuk sekolah it pun masih boleh buat it. kalau dah buat macam ni bukan masalah nak cari makan dah susah, malah kreativiti memang terjejas habis.. sepatutnya orang yang boleh buat sesuatu dengan lebih baik di sekat kerana takde pengiktirafan badan yg sebenarnya nak cekau duit rakyat saja..

    sape diorang nak menilai kita??

  23. sila baca btol2 draft akta tu. satu je bende yg aku tak suka.

    ” A Registered Computing Professional may only provide Computing Services in the disciplines or specialisations of Computing he is qualified to practise and as is shown in the Register under subsection 12(2)”

    “12(2) – There shall be indicated against the name of each Registered Computing Practitioner and Registered Computing Professional kept in the Register a record of disciplines or specialisations on computing obtained or acquired by such personnel through academic qualification or training including on-the-job training or skill or specialist or professional certifications.”

    so, apa yg aku paham, kalau kite ada cert Microsoft Office, bleh buat keje/business dlm bidang tuh je..

    baca kat google doc, ramai org komen kat situ https://docs.google.com/document/d/1j1VC50ER9hjSLgGnnShiTMoSHQ6ZqaGZEFJ6-X-kac8/edit?hl=en_US

    • Saya setuju pada dasarnya, cuma siapa yang layak berdaftar jadi persoalan ? Jangan orang seperti Bill Gates dan Steve Jobs kalau ada di malaysia tidak layak berdaftar (mereka tak berkelulusan)

  24. Dari segi cari makan “dapat job” saya rasa tak jadi masaalah sama je macam hospital yg besar di Malaysia – bukan dimiliki oleh dotor pun.

  25. saya anggap requirement untuk masuk tender kerajaan pasni kurang2 kena ada major people berdaftar ngan cpii ni… company kalu nk amik sapa2 pn bleh, x terikat ngan badan ni…. xpun sukahati depa nak amik yg berdaftar xpun yang x…

  26. Dah la nak cari makan bukan main susah sekarang nie .. cukai elektrik 1% letak atas kepala pula ?

    Ada pihak simpati dengan kita ker ? ada kerajaan pun macam nak bermusuh dengan rakyat .. baru anak-anak muda lepasan Universiti nak buat usahawan ICT letak tembok ..

    Kes ini macam kes 70an masa tu ramai pengusaha kilang padi adalah orang Melayu .. apa Kerajaan buat masa tu ? buka kilang Bernas bunuh usahawan Melayu.

    Tahun 80an-90an kita lihat ramai kontraktor perumahan adalah Melayu .. Kerajaan tubuh Sime Darby dan bolot semua tender-tender untuk usahawan Melayu ..

    Kali nie usahawan ICT pulak ? entah ler~

    Caj tambahan 1% bil elektrik ditunda 1 Dis.

    KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kutipan caj tambahan satu peratus terhadap penggunaan bekalan elektrik pengguna melebihi 300 kilowatt sejam (KWj) sebulan yang sepatutnya dilaksanakan awal bulan ini ditunda kepada 1 Disember ini.

    Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ia disebabkan masih terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan agensi berkaitan supaya pelaksanaan secara menyeluruh dapat dijalankan dengan berkesan.

    “Bagi pengguna yang menggunakan bekalan elektrik di bawah 300 KWj sebulan tidak akan terjejas dan pelaksanaan ini sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang diluluskan Kabinet pada April lalu.

    “Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) adalah lebih mesra alam dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat demi kesejahteraan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini.

    Turut hadir Timbalannya, Noriah Kasnon; Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee.

    Fah Kui berkata, tujuan mengenakan caj tambahan itu adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat menggunakan RE.

    Beliau memberitahu, SEDA akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam mengutip caj tambahan tersebut dan melaksanakan Feed-in Tariff (FiT).

    Tambah beliau, menerusi FiT, pengguna hanya perlu memohon akaun untuk memasang penjanaan RE bersama-sama dengan sistem dua meter di dalam rumah.

    “Dengan adanya FiT, pengguna lebih mudah untuk menjana bekalan elektrik yang boleh diperbaharui dan menjual kembali kepada TNB,” ujarnya

  27. Rasanya akta ni just nak membendung aktiviti hacker dalam malaysia je..kononnya nk bg nmpk la goverment wat keje.. cis.. kalo dorg nak sijilkan setiap satu bidang komputer..mmg xda org la nk improve dorg punya knowledge.. kalo komputer ni takat buka mic office xkisah la.. abis yg developer ni.. nk berapa sijil baru dorg approve.. membebankan.. then bleh menimbulkan penyelewengan.. drpd dorg wat mcm ni.. better diorg develop 1 team programmer yg boleh kawal serangan hacker di internet.. ini sume MENGARUT!!!!

  28. lol! ini mengarut… mana boleh nak sijilkan IT ni mcm doktor, jurutera pa semua…. habistu orang yg takde sijil IT akan rasa terpinggir. Sebenarnya tak perlu pon akta2 ni…. dengan adanya akta ni hanya menambahkan jurang perbezaan. Kalau yg ade sijil tu kira dia diiktiraf la?… mana boleh! IT ni tak perlu masuk sekolah pon boleh belajar la!

  29. yes lah.
    diorang cipta benda yang menyusahkan ni bersebab.

    iaitu//

    hendakkan rasuah.

    ye, bile kita disekat itu disekat ini sedangkan itu periuk nasi kita,
    hendak tak hendak, rasuah akan berkembang pesat seperti cendawan lepas banjir kat kelantan.

    nak keje kena ada sijil, nak sijil kena bayar mahal.
    jadi, nah duit kopi-o, kau bagi aku sijil tu supaya aku dpt cari makan.

    itu la yg mereka nak.
    sekian abis cerita.

  30. Pingback: Apa Kata Blogger Tentang CPB2011? | Blogger to Bloggers

  31. Aku rasa one of the reasons is diorg nk pastkan org yang buat kerja itu “layak” supaya takdalah isu website2 tertentu (sebagai contoh) sewenangnya dihack :) . And takdalah company XYZ sewenangnya charge 2 juta untuk website2 tertentu yang takda apa2 pun

    But at the end of the day, Client & Vendor Side perlu ada badan pengurusan project masing masing. Pekerja masing masing. Tangjawab masing2. Dimana tanggungjawab vendor menghasilkan, Tanggungjawab client untuk memastikan ia mencapai standard yang diperlukan pada harga yang berpatutan.

    Tapi kalu dah amik semua jokers kat situ (client side) and takda monitoring & control, proper verification & procuentation, Akta ni takkan membantu pun.

    Akhir kata.. in the long run, mungkinlah akta ni boleh di guna pakai kalu ada enforcement yang betul . Tapi kalu jokers je yang draft.. takkan ada benefit pun. and more importantly.. jokers kat client side yang patut go thru this certification first. Make sure they KNOW the standrad.. what is and should not be… Clean your own shit before cleaning others :)

    *akhirkata contoh2 yang disebut mungkin atau mungkin tidak berdasarkan project2 yang sedang hidup atau telah menjadi gajah putih.

Komen

Nama
Web