27Dec

Animasi 3D Budak Besi Dari Psychotek Bakal Ditayangkan Tidak Lama Lagi

Multimedia Kreatif

Nampaknya, sepanjang tahun 2012 kelak, dunia animasi dan juga multimedia tempatan akan terus meriah, dimana selain daripada BoBoiBoy daripada Animonsta, dan juga Upin dan Ipin dari Les Copaque, kini munculnya animasi baru dinamakan Budak Besi daripada pihak Psychotek.

Tarikh pelancaran dan juga sinopsis ceritanya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun, melalui video promosi yang dikeluarkan, ia memperlihatkan ia mengisahkan sebuah robot kecil dinamakan sebagai Budak Besi yang memerangi orang jahat daripada agenda yang tidak baik.

Selain daripada Budak Besi yang berkemungkinan dalam fasa produksi akhir, Psychotek juga sebelum ini pernah mengeluarkan sebuah filem ringkas dinamakan sebagai Project Genex yang mengabungkan CGI didalam penghasilan filem.


Firefox 3.7 Mula Mengintegrasikan WebGL
Intel Dan Nokia Bakal Membawakan Dunia Maya 3D
Upin dan Ipin Menerima Anugerah Malaysian Book of Records
Video Pertama Pada Zaman Dahulu Diperlihatkan
Kreatiview #8 - Sheldon Goh & Angelia Ong

46 Komen

  1. soulblade pada 27 Dec 2011

    ada sedikit cam team fortress 2.

    • EcaM pada 27 Dec 2011

      +1 ..art style die lebih kurang tf2

  2. speedrider pada 27 Dec 2011

    oh….. nampak….. macam………. tak best

  3. Fikri Adhiey pada 27 Dec 2011

    cam xbest jerr….

  4. Suhail... NOT SOHAI !! pada 27 Dec 2011

    awat nampak lebih simple drpd upin & ipin dan Boboiboy?

  5. ZoOL pada 27 Dec 2011

    gambar dah lawa.. SATU je problem besar animasi kat malaysia ni.. movement dan special effect tersangat-sangat GANJIL dan TAK LAWA.. mutu kerja diorg seolah2 hangat2 tahi ayam je.. at least Upin Ipin & BoBoiBoy ada bagi “detail” bermutu untuk setiap effect yang diorg buat..

    • naim pada 09 Jan 2012

      sebelum cakap..selidik dahulu …bnda bukan mudah buat bro…cost tinggi..melayu macam ni la yang meruntuh semangat bangsa..

  6. ZoOL pada 27 Dec 2011

    Macam ni la, wahai pereka animasi Malaysia.. korang bertapa la di negara Jepun sbb animasi diorg mmg high class dan sesuai utk semua peringkat umur (American punye stail animasi lebih sesuai utk budak2 je) :P

    • joe jambu pada 27 Dec 2011

      sorry to say la.. sekurang2nya mereka ada usaha nk buat sesuatu dlm mghasilkan animasi ni. kadang-kadang org kita ni berapa nak faham pasal pnghasilan animasi yg memakan masa dan jumlah modal yg banyak. tau komen je. haha

      • sam pada 28 Dec 2011

        + 1

      • keadilan pada 08 Jan 2012

        tau r kita org xtau pasal animasi nie….tpi sthu kami dana dan spnser nie mau 2,3juta bkn
        bkn ckit..gji perkja byar ciput,,smpai ble2 pun hsil kje 2 xmantap,
        ~peace no war!!!

        • Fahmi pada 11 Mar 2012

          sya skong…gaji xbrsesuaian dgn tugas…
          sya juga pelajar multimedia…
          nk bikin animasi malaysia mcm taraf Jepun suatu hari nnti…
          tp klu pkiaq blik psai gaji…adoiyai…
          hilang smangat aku nk truskn pejuangan…

    • orangkayu pada 28 Dec 2011

      apa pasal ko tak suruh diorang guna jer animasi jepun.. kan lagi bagus.

    • syazani pada 28 Dec 2011

      kos nak buat animasi macam jepun perlukan kos tinggi gile dan memakan masa yang lama…
      memerlukan berjuta ringgit untuk satu episode…aku rasa animasi stail 3d dah cool….good job Malaysia…

    • kyrul pada 28 Dec 2011

      dia boleh buat .kau boleh ? think twicely before critics someone.

    • kulat pada 28 Dec 2011

      knp mesti nk ikut style dari negara luar?? bagus la ko dah nmpk malaysia punya animasi nmpk GANJIL sbb animasi malaysia da ada STYLE sendiri.. cuma belum ramai boleh terima disebabkan byk sgt tgk animasi negara luar.. come on laa.. support..animasi tanah air…xpyh nk banding2..ini baru permulaan..

      • Zulhamizan pada 28 Dec 2011

        Animasi GANJIL yang dimaksudkan dia tu seperti movement semua. Itu bukan stail, itu namanya animasi yang tidak bagus. Tak nampak cantik. Memang la industri animasi dalam negara nih masa muda, tapi dalam masa tu lah kita kena belajar perlahan-lahan. Bukannya terus buat animasi dan tayang untuk orang ramai. Polishkan sesuat kerja dulu. Kalau nak dibandingkan negara luar, cerita animasi tv series pun disiapkan dlam 3-4 tahun dulu, barut tayangkan. Untuk apa, untuk kualiti.

        Back to topic, model karakter memang nampak menarik, tapi memang nampak detail, pergerakan pun agak kaku. Aku bukan kutuk animasi nih, aku cuma cakap apa yang aku rasa kurang. Kalau nak kutuk, maki hamun aku, silakan. Sebab attitude Malaysian, bila dikritik sikit, sume jadi panas ja. Kritikan bukan bermakna menghina.

        • gabangabanblack pada 29 Dec 2011

          saya setuju ulasan anda. melihat pergerakan animasi Budak Besi itu,
          masih agak ‘kaku’ lagi. proses ‘rigging’ dalam dunia animasi 3 dimensi
          agak leceh sedikit. namun, kita boleh berbangga dengan animasi
          Budak Besi. Syabas..!!!

          • Fahmi pada 11 Mar 2012

            rigging satu hal…texturing satu hal…
            yg paling penting pemahaman cara guna software…
            negara luar kebanyakkannya guna teknologi ‘motion capture’…
            klu korang prasan ada org pakai suit hitam ngan wire2 tu…
            teknologi ni la utk gerakkan karakter, bru nmpk real…
            dkat malaysia yg gunakan teknologi ni pn aku tgk 1 cmpany ja kot…
            cmpony yg wat animasi Saladin…cuba tgk prgerakkannya…
            yg len suma nmpk kaku…cuma ada la nmpk effort kat upin upin, boboboi..

    • kj pada 01 Jan 2012

      pereka animasi malaysia ni kurang..saya memang setuju dengan saudara,sepatutnya pembuat animasi malaysia tak fokus animasi untuk budak-budak je…sepatutnya ada sekurang-kurangnya satu syarikat pereka animasi malaysia angkat sebuah novel jadi animasi…ini tak,balik2 pembuat movie je yang angkat novel tu jadi movie,memang bosan gile la tengok movie malaysia yang diadaptasi dari novel coz orang yang sama je balik2 berlakon…animasi ni luas,wataknya pun editable menyebabkan variasi watak…so takdelah industri hiburan malaysia ni boring sangat jika ada animasi yang diangkat daripada novel…

      • quera pada 01 Jan 2012

        +1

  7. zool giler pada 27 Dec 2011

    *ZoOL

    kalo terrer ko buat arr…….

  8. malayz pada 28 Dec 2011

    hmm…mcm kurg best jer..jauh sgt klu nk d bndgkn dgn upin ipin or boboiboy..pe2 pon pcubaan yg bek..

  9. Affuan pada 28 Dec 2011

    Professor Ismet Ulam Raja.

  10. Omar pada 28 Dec 2011

    Aku tak nak kutok sebab kalau suruh aku buat, memang takkan siap punya sebab aku noob 3D ngan CGI. Walaupun dari mutu, mungkin x sehebat U&I dan BBB, tapi rasanya kalo diorang dpt mahirkan lagi or ada resource yang sesuai, mungkin boleh pergi jauh kot. IMHO, utk Budak Besi tu, rasanya publish kat Youtube ok kot, or try offer pada narrow-casting company cam Simfoni and so on.

  11. ryzalyusoff pada 28 Dec 2011

    ooorait cool gileks! :D

  12. syafiq roos pada 28 Dec 2011

    cakap nak kutuk memang senang. at least berilah sokongan.

  13. shifa pada 28 Dec 2011

    uiks, ape kate tengok dulu, mane tau jalan cite best cam
    spongebob haha

    ape2 pun jalan cite no1, grafik no2

    • hantuRaya pada 07 Jan 2012

      “Spongebob memang terbukti mantap” kata Patrick

  14. Fizie pada 28 Dec 2011

    wow! hebat.. semakin hari semakin kreatif anak tempatan.

  15. Teratoman pada 28 Dec 2011

    Saya letakkan animasi ini no 2 dalam ranking produk dari Malaysia.

    • quera pada 01 Jan 2012

      x setuju

      -1

  16. Samsul Siji pada 30 Dec 2011

    :)

  17. zuan pada 02 Jan 2012

    still jauh lagi nk compete.. but good work from them :D

  18. ameng pada 03 Jan 2012

    bagi aku ok je..support produk animasi Malaysia..
    tapi bukan animasi ‘KACANG’..lol

    • keadilan pada 08 Jan 2012

      kacang??dlm tv2 tu ke?huahahahaha

    • bobongok pada 30 Jan 2012

      ya betul!!

  19. salah lorong pada 05 Jan 2012

    good idea tingkatkan lagi persembhan grafik boleh menjdi satu fenomena dunia 3D malaysia..

  20. hantuRaya pada 07 Jan 2012

    Lepas aku tengok video trailer di atas, dapatlah aku simpulkan beberapa perkara seperti di bawah:

    +Nanti jangan salahkan bahasa melayu punca penarafan (rating) anda tak sebagus filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula mahupun cerita animasi bersiri Upin dan Ipin.

    +Jangan anggap penonton Malaysia yang dah terbiasa dengan kualiti setahap animasi Upin dan Ipin akan menyokong animasi buatan Malaysia yang cuba melangkah ke belakang (menghasilkan animasi yang kurang baik).

    Tapi aku tetap akan menonton cerita ini sebagai mendokong daya usaha anda. Sekurang-kurangnya anda berusaha! Sempoiii!

  21. blanc j pada 10 Jan 2012

    bilo nak kuar nye….

  22. hakemz pada 06 Feb 2012

    Hahaha!!..aku gelak dow tengok promo video tu..tapi apapun bagusla ada usaha, cuma cuba pertingkatkan lagi usaha bagi animation tu xkaku…ke memang fokus cite tu untuk budak-budak kecik jew?Kalau fokus ntuk budak2 kecik ok r..bagus..tapi pada pendapat aku, kenapa xbuat bentuk animasi macam Naruto ke?Maksudnya xpayahla buat 3D gituw..nanti kos nak buat bagi cantik xkaku pun mahal..kalau macam bentuk animasi Naruto tu, ok r…Naruto tu budak2 pun suka, oghang tua macam aku pun suka..hahaah

  23. mbrkorgdulu2haha pada 23 Feb 2012

    hm.. payah kut nak buat 3d nie.. perlukan smngt yg jitu. kena byk sabar. tahan kritikan. aku sllu support mbr2 aku yg buat cite 3d nie. sbb aku tahu bkn senang. tgk pun nak muntah. tapi boleh hasilkn mcm ni, dgn kekangan masa, budget dll lg.. smua 3d animasi yg baru nak mula akn dpt kritikan biasa lah tu. mcm BBB pun, klu korg perasan duk ulang2 epsode sama je dlu.. kenapa? sbb pyh kut nak buat. mkn masa.. dorg bekerja lebih 24 jam.. so give some respect to them. appriciate dorg punya kerje. but dlm masa sama cuba bg kritikan yg boleh membina.. bg aku, not bad. its a good start lah. at least meriahkan lg industri 3d kat malaysia nie. ayuh psychotek! haha

  24. owel pada 12 May 2012

    Salam semua…………..lau hasil cam naruto tu lg susah ker or 3d ni lg susah…

  25. amphy2308 pada 21 May 2012

    sy sendiri membuat 3D dan masih lagi belajar untuk membuat watak…..sememangnya susah, satu watak simple yang sy ambil contoh dari BBB sudah lebih dari seminggu, belum lagi memasukkan tulang temulang untuk menggerakkan watak berkenaan dan warna kulit, texture…..pd yang hanye tahu mengkritik, terima kasih, sebab bukannya mudah untuk buat bende ni….walaupun anda tak suka, tapi anda masih menonton, walaupun 2 3 saat….cuba la belajar 3D kalau anda mempunyai masa….. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader