27Dec

Aplikasi e-Parlimen Untuk iPhone Dan iPod Touch Sedia Untuk Dimuat-Turun

Web 2.0

E-Parlimen merupakan salah satu projek baru daripada Terato Tech dengan kerjasama bersama pihak MOSTI, membolehkan para pengguna biasa berkomunikasi dengan wakil rakyat mereka melalui sistem atas-talian sedia ada, sekaligus membolehkan rakyat menyampaikan sesuatu aduan atau maklumbalas dan sebagainya dengan mudah.

Buat masa ini, perkhidmatan ini masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan secara rasminya. Namun begitu, mungkin ianya tidak lama lagi, memandangkan aplikasi iPhone untuk e-Parlimen kini sudah pun boleh didapati melalui AppStore. Aplikasi untuk platform lain masih lagi tidak diketahui bilakah akan dilancarkan, selain pada penerangan aplikasi tersebut, ia mengatakan para pengguna boleh turut sama berkomunikasi dengan wakil rakyat mereka melalui SMS dan juga portal, selain daripada aplikasi yang disediakan.

Kami sendiri masih lagi belum dapat menguji aplikasi ini memandangkan tidak mempunyai peranti iOS buat masa ini, dan tidak pasti adakah ianya sudah boleh dgunakan Namun, bagi anda yang menggunakan peranti iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi e-Parlimen untuk iOS, dan memberikan maklumbalas mengenainya.


Facebook Memiliki FriendFeed Untuk $50 Juta
Lebih RM1 Juta Penjimatan Dilakukan Melalui GroupsMore
MySpace Bakal Dijual Pada Harga Sekitar $30 Juta?
Laman The Pirate Bay Kini Beroperasi Menggunakan Nama Domain .SE
Kini Anda Boleh Pelajari HTML Dan CSS Melalui Codecademy

7 Komen

  1. Azim Norazmi pada 27 Dec 2011

    failed, kena on location services dulu sblm bukak apps, kalo tak exit automatically, app lain rilek je mintak suruh on location services…

    pastu nak request eparliment activation, exit automatically jugak…

    • aman pada 27 Dec 2011

      Mungkin sebab belum dilancarkan secara rasmi kot.

  2. reza pada 27 Dec 2011

    tks for the feedback pls keep em coming will be sending an update in a week

    • ramlan pada 27 Dec 2011

      kasi power sikit design ui.

      • reza pada 27 Dec 2011

        tks will do

  3. kaihnsn pada 27 Dec 2011

    iOS je hahahaha cayalah stevie jo. EPAL terbaeeekkk. anda hanya rakyat biasa jika tiada iOS.

    • anazhd pada 28 Dec 2011

      ini komen butthurt ke. ape kaitan iDevice dengan rakyat. ahahaha. hang kerja, hang dapat duit, beli lah. pun nak suruh kerajaan subsidi iDevice untuk rakyat.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader