Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Baru sahaja ia diumumkan mengenai pengambil-alihan Gowalla tidak sampai sehari, dan kini informasi baru kelihatan, dimana menunjukkan Facebook sedang membangunkan sebuah aplikasi khas untuk perkhidmatan Facebook Places mereka. Sekiranya ia dilancarkan kepada umum, maka ia akan menjadi aplikasi kedua daripada Facebook yang memfokuskan kepada fungsi khas, selepas Facebook Messenger.

Ia mungkin masih lagi dalam pembangunan, dan tidak diketahui sepenuhnya samada adakah ia bakal melancarkan aplikasi ini kepada umum ataupun hanya sekadar prototaip sahaja buat masa ini. Namun sesuatu yang pasti adalah tahun 2012 semestinya akan menjadi sesuatu yang menarik untuk Facebook, dengan lebih banyak perkhidmatan bakal diperkenalkan oleh mereka.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ntah ape function dia…nak beat 4square ke…kalau apps messenger serius agak bosan
okey la jugk –’
function ahh android sekarang :3
;D
facebook sentiasa buat pembaharuan,
barulah xbosan, semuenye yang terkini.
bagus camni
fb oh fb
projek time line pun x siap lagi
tahu tapew. fail gila
troll. Facebook tu sorang je ke keje ? mark zuckerberg je ke yg keje. kan ade bnyk department :p .